Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

KAJIAN LAPANGAN KE TAMAN NEGARA DAN PUSAT PEMULIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH, PAHANG pada 13, 14 dan 15 September 2013

Anjuran

Pelajar Guru PISMP Ambilan Januari 2012 Tahun 2 Sains 1

1. PENGENALAN Pada semester keempat bagi pelajar guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Sekolah Rendah) mempelajari kursus SCE 3107 Ekosistem dan Biodiversiti.Kursus ini membincangkan ekosistem dan biodiversiti di mana ia meneroka ekosistem, perkhidmatan yang diberikan oleh ekosistem, kepelbagaian biologi, pemuliharaan in situ, pemuliharaan ex situ, tentang trenda populasi, ancaman terhadap biodiversiti, kepelbagaian genetik, ekologi akustik dan kepatuhan pengumpulan biodiversiti. Sehubungan dengan itu terdapat tugasan di bawah Praktikal 3 dan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) 2 bagi menjalankan satu lawatan ke pusat pemuliharaan ex situ. Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Spesies yang dikategorikan sebagai diancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbakakan dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Tugasan praktikal dan PPIK ini mengkehendaki pelajar guru untuk membuat pemerhatian tentang program pemeliharaan dan pemuliharaan satu jenis haiwan atau tumbuhan yang dijalankan oleh pusat yang dilawati kemudiannya dibentangkan di dalam kelas. Selain itu, kajian lapangan ini merupakan salah satu pendedahan kepada pelajar guru untuk melihat sendiri dengan lebih dekat tentang cara cara yang dijalankan oleh pusat pemuliharaan tersebut serta menyemai semangat cintakan alam sekitar dalam diri pelajar guru. 2. OBJEKTIF a. Melaksanakan tugasan Praktikal 3 dan PPIK 2 di bawah kursus SCE 3107 Ekosistem dan Biodiversiti. b. Mengetahui beberapa cara pemuliharaan spesiesspesies yang hampir pupus. 1

c. Memberi pendedahan tentang kepelbagaian ekosistem hutan hujan tropika di Malaysia. d. Menyemai semangat cinta dan sayangkan alam sekitar. e. Mengukuhkan hubungan dan jalinan kemesraan yang positif di antara pelajar guru dan pensyarah 3. TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh : 13, 14 dan 15 September 2013 Tempat : Taman Negara Pahang dan Pusat Pemuliharaan Gajah, Kuala Gandah, Pahang

4. JAWATANKUASA PROGAM Sila rujuk Lampiran 1.

5. TENTATIF PROGRAM Sila rujuk Lampiran 2.

6. SASARAN 6.1 18 orang pelajar guru Tahun 2 Sains 1 dan 2 orang pensyarah kursus.

7. SUMBER PENDAPATAN 7.1 Sumbangan/tanggungan oleh pihak institut. 7.2 Yuran yang dikutip dari peserta RM 190.50 x 18 orang. 7.3 Memohon bantuan kewangan daripada pelbagai pihak

8. ANGGARAN PERBELANJAAN Sila rujuk Lampiran 3.

9. PENUTUP Sesungguhnya kajian lapangan seperti ini dapat memberi peluang kepada pelajar guru untuk mempelajari pelbagai ilmu baharu di samping menerokai keindahan alam semulajadi yang terdapat di Malaysia. 2

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

. (M.SHAMINI A/P MORGAN) Setiausaha, T2 SN1, IPG Kampus Pulau Pinang.

. (AZMI BIN ABDUL RAHIM) Penyelaras Kursus SCE 3107, IPG Kampus Pulau Pinang.

Disokong oleh,

Diluluskan oleh,

. (MIOR SHAHARUDDIN BIN MIOR ABU BAKAR) Ketua Jabatan Sains, IPG Kampus Pulau Pinang.

. (HAJI KHALID BIN AHMAD) Pengarah, IPG Kampus Pulau Pinang.

LAMPIRAN 2

16:00 Tiba di Taman Negara &Daftar masuk HARI 1 17:00 Taklimat Ringkas dari Pemandu Pelancong 18:00 Makan malam 20:45 Tayangan video Taman Negara 21:30 Night Jungle Walk (meninjau aktiviti haiwan yang aktif pada waktu malam dari Bumbun Tahan) * Bawa lampu suluh 23:00 Rehat 07:30 Sarapan 08:30 Merentasi sungai HARI 2 09:00 Jungle Trekking (menjelajah keindahan Flora & Fauna yang terdapat di Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia-130 juta tahun) Canopy walkway (jambatan gantung yang tertinggi & terpanjang di Dunia ( 530 meter panjang, 45 meter tinggi) Bukit Teresek (menikmati pandangan dari puncak bukit) 13:00 Makan tengahhari 14:30 Rapid shooting (menempuh 5 jenisJeram) Melawatpekampungan Orang Asli (mempelajari kehidupan orang asli seperti budaya, latar belakang, social & kemahiran mereka dalam menghidupkan api & teknik menyumpit) 20:00 Makan malam 07:30 Sarapan HARI 3 08:30 Membeli cenderamata 10:00 Daftar keluar

Anda mungkin juga menyukai