Anda di halaman 1dari 15

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU

NAMA UNIT : MOHD SAIFUL BIN HARUN : PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2011 Hasrat Program Bina Insan Guru Insan adalah untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental, rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang. pembentukan jati diri dan mempunyai rol model, serta mampu menyesuaikan dan menangani pelbagai cabaran dalam perubahan zaman dalam era globalisasi. Pada tahun 2011, saya telah mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) yang pertama iaitu perkhemahan. Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing. Tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat mencapai motif tersebut. BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi.

Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Saya yakin, suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain
MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011 Page 1

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


untuk melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu. Pendedahan sebegini juga merupakan satu pendedahan yang amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin jauh ke pelusuk rimba atau mungkin kami dihantar ke kawasan bandar. Sesungguhnya segala ilmu yang telah dipelajari semasa perkhemahan ini dijalankan sedikit sebanyak dapat menyiapkan kami menempuhi segala halangan dan cabaran di masa hadapan. Pada semester dua saya di IPG, saya telah mengikuti Bina Insan Guru, khidmat masyarakat untuk kali pertama. Saya dan rakan sekelas telah mengadakan program ini di dalam IPG Kampus Kent,. Apa yang kami lakukan adalah kami telah memperbaiki kawasan tempat lompat jauh dan menjahit tilam lompat tinggi dan tilam gimnastik supaya peralatan ini dapat digunakan oleh generasi seterusnya. Antara pengalaman baharu yang telah saya peroleh adalah cara-cara untuk menjahit, dan membuat ukuran sebenar kawasan lompat jauh. Sesungguhnya pengalaman itu amat berguna kepada saya untuk berkhidmat dengan sesiapapun tidak kiralah dimanapun saya berada. Pada 20 Oktober 2011, PISMP ambilan Januari 2011 juga telah mengikuti forum yang telah diadakan di Dewan Tun Datu Mustapha. Tajuk forum yang telah diadakan ini adalah Kerjaya Guru: Bebanan atau Tanggungjawab. Apa yang dapat diambil dan dijadikan pengajaran dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal guru adalah tugas seorang guru bukan hanya mengajar di dalam kelas sahaja tetapi juga dalam kehidupan para pelajar bagi

MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011

Page 2

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


membentuk pelajar menjadi insan yang berguna. Setiap apa yang dilakukan guru haruslah mulia dan memberi faedah kepada pelajar mereka. Kepentingan pengawalan diri amat dititik beratkan dalam diri seorang guru untuk membentuk guru yang berjaya. Tugas mendidik bukanlah satu perkara yang remeh temeh. Setiap yang dilakukan mestilah mempunyai visi, misi dan matlamat yang harus dicapai. JIka dilihat dari segi bebanan dan tanggungjawab seorang guru ini, kerjaya guru terdedah secara langsung dengan masyarakat dan boleh dikatakan sebagai satu bentuk perkhidmatan sosial. Profesion keguruan hari ini telah mengalami banyak perubahan dari segenap segi dan semakin hari semakin mencabar. Pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Melihat kepada perkembangan semasa berhubung kerja, beban dan tugas dalam kerjaya sebagai seorang guru, maka timbul tanggapan-tanggapan bahawa kerjaya sebagai guru bukan lagi satu kerja yang mudah. Masyarakat mula melihat kerjaya ini tidak lagi sebagai sesuatu yang menarik. Malah tidak dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bebanan tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul daripada situasi yang tidak diduga. Guru seharusnya mewujudkan perasaan tanggungjawab dalam diri mereka untuk terus mendidik dan melakukan apa cara sekalipun dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum serta mempunyai sahsiah yang baik. Tanggungjawab sebagai seorang guru jika

dilakukan dengan niat yang baik, hati yang ikhlas, ia akan peroleh keseronokan dengan hasil daripada apa yang telah dilakukannya. Pada 28 April 2012 pula, PISMP Pendidikan Jasmani telah mengadakan khidmat sosial di IPG Kampus Kent iaitu mengecat tiang-tiang gol yang terdapat di IPG ini.ini bersesuaian dengan subjek kami iaitu Pendidikan jasmani untuk memelihara prasarana sukan yang terdapat di IPG ini supaya kelihatan cantik
MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011 Page 3

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


dan selamat digunakan. Khidmat social ini telah di lakukan bersempena dengan tugasan BIG kali ke 3 untuk tahun ini. Apa yang saya dapat untuk BIG kali ini ialah kemudahan-kemudahan sukan yang telah disediakan jika kita tidak menjaganya ia akan rosak begitu saja malahan untuk membeli semula barang yang rosak ini seperti tian gol bola sepak ini memerlukan modal yang besar. Sekiranya prasarana ini dapat di jaga dengan baik ia akan menjimatkan kos serta selamat digunakan. Program Bina Insan Guru ini diteruskan lagi pada 4 Mei 2012. Program BIG kali ini telah menyentuh berkenaan protokol dan etika berpakaian bagi seorang guru. Melalui program ini, saya telah mengetahui serba sedikit cara menyusun atur majlis yang berprotokol serta etika berpakaian sebagai seorang guru. Setiap guru dan guru pelatih juga dikehendaki memakai tanda nama pada setiap hari. Mereka juga perlulah memakai baju batik buatan Malaysia pada setiap hari khamis. Seorang guru haruslah berpakaian sopan jika hendak ke sekolah. Mereka perlulah mengenakan pakaian yang sesuai dengan ukuran tubuh iaitu tidak terlalu ketat. Perhiasan yang digunakan oleh guru, terutamanya guru perempuan seharusnya tidaklah berlebihan sehingga mengganggu pembelajaran murid ketika guru mengajar. Selain itu, kasut yang digunakan ketika ke sekolah juga janganlah yang berlebihan,guru haruslah menghindari memakai kasut yng terlampau tinggi dan juga kasut yang tidak mempunyai tapak. Semua peraturan yang ditetapkan ini adalah bertujuan untuk mencerminkan profesionalisme seseorang guru itu sendiri. Guru haruslah mencerminkan peribadi, personaliti,dan tingkah laku yang baik semasa di hadapan murid kerana setiap perkara yang ditunjukkan itu akan menjadi ingatan kepada murid-murid. Pakaian adalah imej yang memberikan tanggapan terhadap personaliti individu. Pakaian mencerminkan juga sikap serta budaya seharian individu. Justeru adalah wajar para guru pelatih dididik dengan amalan berpakaian yang
MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011 Page 4

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


sesuai dengan jurusan mereka supaya apabila keluar sebagai seorang guru kelak, mereka dapat menjadi produk yang benar-benar menepati definisi

seorang guru. Berpakaian adalah suatu rutin harian yang amat penting didalam kehidupan kita. Bahkan kita akan selalu pastikan bahawa pakaian yang kita kenakan itu adalah yang terbaik selain daripada kebersihan yang menjadi kriteria utama. Apabila difikirkan kembali, kadang-kadang kita terlepas pandang, apakah pakaian atau cara berpakaian, atau nilai pakaian yang kita gunakan itu selaras dengan etika berpakaian. Apabila disebut tentang etika berpakaian, ia merujuk kepada cara berpakaian yang dibenarkan dalam sesebuah institusi atau organisasi semasa/ketika menjalankan tugas atau pada hari-hari berkerja. Sebagai seorang muslim, maka wajarlah kita memilih pakaian yang beretika selaras dengan etika yang telah ditetapkan dalam al-Quran, baik lelaki mahupun perempuan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pada Semester empat pula kami telah menjalani Bina Insan Guru : Program Anak angkat di Kg Mantob. Keluarga angkat yang telah saya dapat adalah sebuah keluarga yang sangat baik dalam melayani kami sebagai tetamu. Keluarga ini merupakan keluarga yang sangat merendah diri dan kurang berkemampuan. Namun, mereka ini sangatlah menghormati tetamu dan melayan kami dengan baik. Sebagai tugasan ketika berada di rumah keluarga angkat, kami diminta untuk menemu ramah mengenai kehidupan seharian dan pendidikan anak-anak. Jika dilihat dari segi pendidikan anak-anaknya, keluarga ini tidak begitu mementingkan pendidikan.Hal ini adalah kerana, mereka mengikut kehendak anak-anak mereka yang malas untuk belajar. Apabila ditanya mengenai mata pelajaran yang sukar dipelajari oleh anaknya, sudah tentulah jawapannya adalah Matematik. Puan Minah ada meluahkan

perasaannya mengenai pendidikan anak-anaknya, dia ingin mendidik dan mengajar anak-anaknya apabila diperlukan bantuan dari segi pelajaran, namun dia tidak dapat berbuat sebegitu kerana pendidikan beliau hanyalah setakat

MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011

Page 5

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


sekolah rendah dan beliau juga tidak memahami tajuk yang dipelajari anakanaknya semasa di sekolah. Hal ini telah membuatkan saya terfikir, bagaimanakah jalan

penyelesaiannya untuk menjadikan anak-anak murid merasa bersemangat untuk ke sekolah. Sebagai seorang bakal guru, tidak mustahil saya juga akan menjumpai situasi yang sama semasa berada di sekolah kelak. Gurulah yang berperanan menjadikan anak-anak muridnya mementingkan pelajaran kerana dengan pelajaranlah yang dapat mengubah nasib sesebuah keluarga. Semasa di rumah keluarga angkat tersebut, kami disuruh untuk memasak sendiri oleh keluarga angkat kami. Hal ini adalah kerana, mereka khuatir jika mereka yang masak, kami akan teragak-agak untuk makan kerana dimasak oleh orang yang berlainan agama. Dari situ jelaslah menunjukkan mereka amat menghormati agama yang dianuti kami iaitu Islam. Mereka juga membenarkan kami menunaikan solat di dalam rumah mereka. Selain itu, mereka juga turut membawa kami berjalan-jalan mengelilingi kampung. Kampung ini amatlah tenang dihiasi dengan sungai yang jernih airnya, kurang pencemaran alam dan sangat sesuai untuk kami merehatkan minda di samping menikmati ciptaan Tuhan yang maha berKuasa ini. Tugasan terakhir kami semasa berada di rumah tersebut adalah setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan cendera kenangan daripada keluarga angkat. Tugasan ini amat sukar untuk kami nyatakan kepada mereka. Hal ini adalah kerana jika dilihat dari segi taraf berkemampuan, keluarga ini amatlah sedikit pendapatannya. Namun, demi melengkapkan tugasan tersebut, akhirnya kami telah diberi sebatang pen hitam sebagai cendera kenangan. Walaupun diberi hanya sebatang pen, ia amatlah berharga bagi kami kerana, walaupun mereka agak kurang berkemampuan, tetapi masih lagi mahu menolong kami melengkapkan tugasan tersebut dengan memberikan kami sebatang pen hitam. Sedikit sebanyak aktiviti ini telah mengajar kami cara untuk

berkomunikasi dengan berkesan dengan orang luar. Saya akui, saya agak
MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011 Page 6

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


kurang faham bahasa yang digunakan oleh mereka pada awal perkenalan dahulu, tetapi masalah itu dapat diatasi apabila kami selalu berbual dengan mereka. Lama-kelamaan saya mula faham serba sedikit apa yang dituturkan oleh mereka. Saya berasa amat gembira apabila diberi peluang untuk pergi ke Kampung Mantob tersebut. Hal ini adalah kerana suasana persekitaran Kampung Mantob amat tenang dan penuh dengan panorama yang

mendamaikan hati. Setelah selesai program Anak Angkat tersebut, kami meneruskan Bina Insan Guru ,Khidmat Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Mantob. Pelancaran program Bina Insan Guru ini telah di lancarkan oleh Ketua Kampung dan juga guru besar di sekolah itu. Perancangan tugasan yang telah dibuat sebelum ke sekolah itu telahpun kami lakukan. Bagi kelas Pengajian agama Islam dan Kajian Sosial, kami

dikehendaki untuk mengecat tiga tiang bendera di sekolah tersebut. Namun begitu, ia tidak dapat dilaksanakan disebabkan tiang tersebut amat tinggi dan kami tidak mempunyai kemudahan seperti tangga untuk memanjat tiang tersebut. Disebabkan kekangan tersebut, kami telah melakukan perancangan kedua iaitu menghias kelas dengan menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar di dalam kelas tersebut. Selain itu, kami juga telah mengemas dan membersihkan surau di sekolah tersebut. Kedudukan surau di kawasan sekolah tersebut amatlah strategik. Hal ini adalah kerana di belakang surau tersebut terdapat sebatang sungai yang jernih dan amat menenangkan mata yang melihatnya. Selain mengemas surau dan menghiasi bilik darjah, kami juga telah bersama-sama mengecat tayar yang dijadikan hiasan di sekolah tersebut. Kami juga mengecat semula mural yang telah pudar di sekolah tersebut agar bertambah cantik dan ceria. Kami juga telah bergotong royong membersihkan kawasan sekolah tersebut agar kelihatan bertambah bersih. Sekolah ini amat beruntung kerana kedudukannya yang berada di tepi sungai telah menarik hati
MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011 Page 7

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


kami untuk tinggal dan berada lebih lama lagi di situ. Keadaan sekolah tersebut yang berada di atas bukit telah menjadikan hati kami terpikat dan rela dihantar untuk mengajar di sekolah seperti itu kelak. Jika pelawat dari luar yang melawat ke sekolah tersebut, pasti akan tertarik seperti kami apabila melihat keindahan panorama di situ. Pengalaman yang saya peroleh semasa membuat khidmat masyarakat di sini adalah, segala kerja yang telah dilakukan itu adalah sebagai persediaan untuk saya dan rakan-rakan menghiasi dan mencantikkan sekolah yang bakal ditempatkan kelak. Ia juga telah mengajar saya mencintai alam sekitar dan menjaganya dengan sebaik mungkin.

Pada semester 5 kami telah mengadakan program BIG. Program BIG ini perlu dilaksanakan di bawah tajuk Lawatan Penanda Aras (Benchmarking). Kami telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSSBJ) yang terletak di Kuala Lumpur. Lawatan tersebut telah diadakan pada 2 Mei 2013 iaitu bersamaan hari Khamis. Lawatan ini telah disertai oleh pelajar PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2010 Pendidikan Jasmani seramai 20 orang bersama 3 orang pensyarah iaitu, En. Simun Guntalip, dan En Cristopher J. Ansun selaku pensyarah pengiring dan En. , En. Victor P.L Salanggang selaku pensyarah pemantau. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengetahui selok belok

pengurusan dan pentadbiran dalam bidang pendidikan jasmani dan sukan. Tambahan pula SSBJ merupakan salah satu sekolah sukan utama di Malaysia, pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut boleh dijadikan rujukan yang amat berguna kepada saya dan rakan-rakan sebagai guru Pendidikan Jasmani kelak yang akan lebih banyak melibatkan diri dalam bidang sukan. Selain itu juga sekolah ini juga merupakan pusat kecemerlangan sukan dan banyak atlitatlit bertaraf antarabangsa telah dilahirkan dan dipupuk menerusi programprogram yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011 Page 8

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


Rasional lawatan penanda aras ini dijalankan ialah bagi mendedahkan para guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 dengan kemahiran merancang dan melaksanakan lawatan penanda aras ke sekolah terpilih. Selain itu, guru pelatih dapat mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan yang ada di sekitar dan diluar IPG Kampus Kent. Sebelum membuat lawatan, kami berkumpul untuk memilih ahli jawatankuasa bagi melancarkan perjalanan aktiviti. Kami membuat beberapa kali perjumpaan untuk membuat perbincangan secara beramai-ramai untuk meminta pendapat dan pandangan setiap AJK. Selain itu, kami telah menyenaraikan beberapa buah sekolah sebagai pilihan untuk membuat lawatan penanda aras pada semester ini. Antara sekolah yang menjadi pilihan ialah SK Sri Gaya dan SSBJ. Semasa memilih yang sesuai, kami mengambil kira semua aspek dan sekolah yang sesuai untuk lawatan penanda aras ini. Pada mulanya, berlaku sedikit salah faham kerana masing-masing memilih sekolah yang berlainan kerana kami mempunyai dua pilihan sama ada mahu melakukuan penanda aras bersama unit PISMP Bahasa Melayu iaitu di Sk Sri Gaya atau membuatnya di SSBJ bersamaan dengan lawatan Subjek PJM 3112. Hasil daripada persetujuan ramai, kami akhirnya memilih SSBJ kerana sekolah tersebut lebih memenuhi kriteria yang diperlukan untuk lawatan penanda aras kali ini. Sebelum lawatan ilmiah ini berjaya diadakan, kami telah membuat mesyuarat untuk perlantikan ahli-ahli jawatankuasa bagi mengerakkan dan menjayakan program lawatan ini. Sebanyak 4 kali mesyuarat telah diadakan sebelum tibanya masa untuk ke lawatan ini bagi mengetahui perkembangan semasa setiap AJK dan laporan berkaitan perjalanan dan maklum balas tentang program yang telah dirancang ini. Alahamdulilah, dengan perancangan yang rapi dan kerjasama daripada semua ahli kelas PJ akhirnya lawatan ini berjaya mendapat kebenaran daripada pihak IPG Kampus Kent dan pihak SSBJ.
MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011 Page 9

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


Pada 2 Mei 2013, pada pukul 8.30 pagi kami tiba di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan di sambut oleh guru-guru daripada sekolah itu.Kami diberi taklimat ringkas mengenai Penolong Kanan HEM SSBJ. Kami diberi pendedahan mengenai pengurusan dan petadbiran yang berlaku dalam sekolah tersebut. Kami juga turut diberi peluang bersoal jawab mengenai pengurusan atlit, pembangunan atlit dan juga dari segi pembangunan jurulatih di sekolah tersebut. Kami turut diberi peluang meninjau kawasan sekitar SSBJ dan diberi maklumat ringkas mengenai kawasan dan infrastruktur yang terdapat di situ. Infrastruktur di situ amat lengkap sebagai suatu kemudahan untuk murid-murid di sekolah tersebut. Infrastruktur yang disediakan juga setaraf dengan nama sekolah tersebut sebagai sekolah sukan Malaysia. Selain itu, saya juga dapat mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan, melihat memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian, memahami dan mengenal pasti bentuk-bentuk pengurusan

cemerlang di sekolah yang dilawati, dan melihat iklim sekolah atau budaya sekolah yang terdapat di sekolah yang dilawati. Selepas sesi taklimat, kami diberikan sedikit jamuan ringan di kantin sekolah. Suasana di kantin sekolah agak kondusif dan selesa. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi setelah lawatan penanda aras ini kerana banyak pendedahan dan cara pelaksanaan aktiviti di sekolah. Sebagai seorang bakal guru, pendedahan awal seperti ini penting untuk bekalan sebagai seorang guru permulaan apabila ditempatkan di sekolah nanti. Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Sukan Bukit Jalil ini mendedahkan para guru pelatih mengenai kemahiran merancang dan memupuk kesedaran tentang kepentingan lawantan penanda aras bagi meningkatkan nilai profesionalisme seorang guru berkenaan dengan pengurusan pendidikan di sekolah.

MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011

Page 10

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


Alhamdulillah, program kali ini berjalan dengan lancar. Saya

mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program pada kali ini. Saya amat berharap agar rakan-rakan dan saya sendiri dapat menjadikan apa yang telah berlaku sebagai iktibar dan pengalaman untuk lebih bersedia dalam menghadapi apa jua masalah dan cabaran. Saya juga berharap dapat menjadi guru yang berkualiti untuk membina insan yang menjadi kebanggaan negara pada suatu masa kelak. Pada 10 Mei 2013 pula, PISMP Ambilan Januari 2011 telah menjayakan Program Bina Insan Guru yang terakhir bagi semester lima. Bengkel Tokoh Pendidik ini adalah di bawah tajuk Menjiwai Mandat Sebagai Pendidik. Penceramah bengkel ini ialah Tuan Ibrahim bin Haji Ismail yang merupakan mantan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pensyarah kanan DG 52 IPG Kampus Gaya. Terdapat pelbagai ilmu yang telah beliau curahan kepada kami yang dapat membuatkan saya tersedar akan kepentingan pendidik. Beliau

memulakan ceramah beliau dengan memberitahu kepada kami tentang fungsi manusia dilahirkan adalah untuk menyembah Tuhan, menjadi pemimpin dan juga memakmurkan dunia. Beliau juga telah mengaitkan harapan ibu bapa terhadap anak-anak, harapan IPG kepada guru pelatih dan mengaitkan kehidupan yang bakal kami lalui sebagai pendidik nanti. Semua kata-katanya itu telah membuatkan saya berfikir seketika, kita dilahirkan memang perkara yang paling utama adalah menyembah Tuhan. Namun untuk menjadi pemimpin dan juga memakmurkan dunia, bersediakah saya sebagai seorag bakal pendidik untuk berbuat demikian ?. Selain itu, beliau telah menerangkan kepada kami mengenai pengurusan dan pentadbiran serta empat golongan yang terdapat di dalam sekolah iaitu golongan berprestasi tinggi, golongan berprestasi rendah dan berpotensi, profesor serba tahu dan golongan berprestasi tahap merosot. Saya mula

meletakkan target golongan manakah yang bakal saya jadikan kenyataan,

MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011

Page 11

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


sudah tentulah golongan yang berprestasi tinggi yang mahir dan tahu serba serbi mengenai dunia pendidikan. Ceramah yang disampaikan oleh beliau sememangnya memberi kesan kepada saya. Beliau ada menyatakan bahawa guru merupakan agen

perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan tingkah laku murid daripada yang negatif kepada yang positif. Sebagai contoh perubahan daripada bersikap malas kepada rajin. Untuk menjadikan murid itu berubah, guru perlulah memainkan peranan dan ternyata tugas menjadi seorang guru bukanlah mudah. Ceramah yang disampaikan ini sememangnya dapat membuka minda guru-guru pelatih agar tidak beranggapan bahawa menjadi seorang guru ini bukan hanya setakat mengajar di dalam kelas sahaja tetapi tugas guru juga adalah mendidik murid-murid supaya menjadi anak bangsa yang berguna pada masa hadapan. Selain itu, penceramah juga ada berpesan, untuk menjadi

seorang guru, persediaan dari segi mental amat penting supaya kelak kita dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya dan rakan-rakan dapat menyelesaikan tugasan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 pada kali ini dengan jayanya. Pada perancangan awal, kami bersama-sama telah bersetuju menjalankan BIG ini di sekolah yang mempunyai pendidikan khas supaya program kami ini bersesuaian dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114) pada semester ini. Kemudian, kami mendapat maklumat yang lebih terbaru tepat daripada pihak HEP iaitu En. Amidy selaku penyelaras BIG semester ini agar menjalankan BIG yang bertajuk Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang. Oleh sebab maklumat terbaru yang kami terima, kami telah membuat kata sepakat untuk melaksanakan program BIG pada kali ini berkenaan Guru Cemerlang Pendidikan Jasmani yang amat bersesuaian dengan opsyen major kami Jasmani. ini iaitu Pendidikan

MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011

Page 12

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


Setelah ahli jawatankuasa dibentuk, kami bersama-sama memutuskan untuk melaksanakan BIG ini di Sekolah Kebangsaan Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah.Kami telah melaksanakan BIG ini pada 2 Oktober 2013, iaitu bersamaan pada hari Rabu.Sebelum bertolak kami telah merancang satu kertas kerja dan mengadakan beberapa kali mesyuarat untuk memastikan perjalanan ini lancar. Sepanjang perancangan yang dijalankan pelbagai input dapat saya pelajari antaranya cara untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, cara berkomunikasai dengan pihka luar dan perancangan yang rapi. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kepada saya untuk menjadi seorng guru kelak. Selepas mendapat kelulusan kami telah mengadakan mesyuarat bagi memastikan agenda-agenda yang perlu ada semasa lawatan dilakukan serta memastikan semua AJK menjalanakn tugas. Setibanya di sekolah tersebut, kami disambut baik oleh guru bertugas kerana Guru Besar menghadiri Kursus,serta guru cemerlang, En Faizal K Girang. Kami bertuah kerana sempat untuk menyaksikan para guru pendidikan khas mengajar satu sesi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang kurang upaya. Cara pengelolaan dan pengajaran yang dibuat membuka minda kami, memaksa kami mendalami apa tujuan dan sebab setiap aktiviti itu dilakukan sedemikian. Kebanyakkan aktivti yang dilakukan adalah aktiviti yang statik dan mengurangkan pergerakan pelajar secara dinamik. Selain itu juga saya dan rakan-rakan lain diberi peluang untuk bersamasama terlibat dalam proses pnp bersama pelajar-pelajar pendidikan khas ini. Saya sangat terharu melihat guru-guru pendidikan khas ini sentiasa menemani mereka setiap masa bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Gelagat dan karenah pelajar membuat diri saya mensyukuri nikmat yang diberikan kepada saya sebagai insan yang sempurna dari segi anggota badan dan akal. Sebagai manusia, kita perlu berterima kasih dengan apa yang kita perolehi walaupun ianya sebesar zarah sekalipun. Setelah tamat masa pnp Pendidikan Jasmani bersama pelajar Pendidikan Khas ini kami di bawa ke bilik khas unutk sesi taklimat dan interaksi
MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011 Page 13

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


bersama guru cemerlang iaitu En. Faizal K Girang. Melalui sesi interaksi professional bersama beliau, pelbagai informasi dan pengetahuan yang dapat saya peroleh dari beliau. Dari segi pandangan kasar personaliti dan penampilan beliau, tiada siapa yang dapat menjangka bahawa beliau sebenarnya merupakan seorang Guru Cemerlang Pendidikan Jasmani. Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh beliau, cara beliau menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid beliau amat menarik perhatian. Beliau cuba menarik minat murid-murid terhadap pendidikan jasmani melalui aktiviti luar yang dijalankan olehnya. Melalui aktiviti luar tersebut, beliau menanamkan ilmu mengenai alam semulajadi, spiritual mahupun fizikal. Saya berharap agar saya dapat menjadi seorang guru seperti beliau yang dapat mendalami bidang pendidikan jasmani dengan hati dan cara yang betul. Setelah selesai sesi interaksi professional bersama beliau, saya dan rakanrakan turut diberi kesempatan melawat kawasan sekolah tersebut. Kemudahan alatan yang disediakan di sekolah tersebut memuaskan dan pendidikan jasmani dapat dilaksanakan dengn baik tambahan pula gelanggang dan padang sekolah tersebut sedang diselenggara supaya berada dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sebelum ni hasil kecekalan dan kesungguhan En Faizal memperjuangkan pendidikan jasmani untuk dirinya, murid-murid dan sekolah tersebut. Saya akui bahawa lawatan ini dapat meningkatkan lagi kefahaman antara saya dan rakan-rakan yang lain. Kerjasama rakan dalam kumpulan saya amat baik. Semua ahli kumpulan memberikan komitmen terhadap tugas masing-masing. saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tugasan projek ini. Secara keseluruhnnya program BIG ini dapat memberi maklumat yang berguna kepada kami sebagai seorang bakal guru Pendidikan

Jasmani.Kesimpulannya, Malaysia amat bertuah kerana mempunyai institusi yang mengamalkan Program Bina Insan Guru. Hal ini adalah kerana program
MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011 Page 14

RUMUSAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU


seumpama ini dapat melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri seorang guru itu. Program seperti ini banyak mengajar saya sebagai seorang guru pelatih untuk mempersiapkan diri saya menjadi seorang guru yang baik apabila saya telah keluar untuk mengajar nanti. Tanpa program seumpama ini amat malanglah seseorang guru itu kerana tiada pendedahan awal yang diterima apabila menjadi seorang guru kelak.

MOHD SAIFUL BIN HARUN/PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011

Page 15

Anda mungkin juga menyukai