Anda di halaman 1dari 2

Tuntas Kasih Cikgu Anakku, Kegemilangan peradaban dahulu, Kerana umatnya yang berjasa di awal zaman, Bekerja bagai

hidup seribu tahun, Namun hari ini, Dengan kemewahan yang dilimpah, Kemudahan yang dicurah, Puncak persada dunia itu, Hanya maya dan tiada nampaknya, Harga maruah dan nyawa, Menjadi murah tiada nilainya. Anakku, Jadilah manusia bersifat pendeta, Beradab bila berbuat, Bersantun bila berucap, Sifat nabi kita angkat, Biar meresap ke tiap titisan darah di pembuluh, Mengalir ikhlas dalam nadi yang bergetar, Biar hanya kerana Dia. Anakku, Pakailah pakaian amalmu yang ikhlas, Jujur sulamannya, tulus kilauannya, Bawa bersama hatimu yang putih, Tinggal jauh debu dan hama hitam, Yang menjadi parasit yang merosak rona hidupmu, Saringlah ilmumu, pilihlah yang molek, Biar yang tersemai, Benih dari baka sempurna. Anakku, Hidup kita ini pada tangan Tuhan yang maha Esa, Kita tidak biar dan abainya demi syurgaNya, Kita bawa ilmu daripada manusia cendikia, Walau di mana bumi kita pijak, Kita kenang jasa mereka, Jasa manusia yang berkorban dan menaruh harapan, Demi anak nusa dan bangsa, Biar punya agama, Biar hidup berjasa.

Anakku, Kenang jasa ibumu, ayahmu jua gurumu, Bayar mereka dengan doamu, Kejayaanmu adalah mahar, Yang mengikat hidupmu yang berkat, Layangkan Al-fatihah buat mereka yang tiada, Tabur budi dan baktimu, Biar andai kamu tidak terbayar kasih mereka.

Anakku, Sedarlah akan dirimu, Jadilah nakhoda yang benar, Saat kamu melayar bahtera hidupmu, Mengharung dunia yang fana, Yang tidak pernah sempurna. Anakku, Ketahuilah olehmu, Biar aku hanya gurumu, Tidak secendikia Ibnu Sina mahupun Ibnu Khaldun, Dalam setiap nafas yang terhembus, Dalam setiap detik yang beralih, Kutitip seribu harapan yang menggunung, Melihat dirimu di persada menara gading, Menggarap segulung permata, Yang bergilap menerangi denai langkahmu.

Oleh: Siti Nur Hafizah Hazaipah Program: KPLI KDC SABK Ambilan Jun2013

Anda mungkin juga menyukai