Anda di halaman 1dari 5

Angka Giliran: ________________

Sesi Akademik 2011 Peperiksaan Semester Kedua


Disember 2011

WLA 101/03 Bahasa Kebangsaan A

Masa: 3 Jam

Arahan kepada calon: 1. 2. Sila pastikan kertas soalan ini mengandungi sepuluh (10) muka surat bercetak sebelum anda mula menjawab soalan peperiksaan. Kertas ini mengandungi EMPAT bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D. Bahagian A : Jawab pada kertas jawapan aneka pilihan yang disediakan. : Pilih satu soalan esei dan jawab pada buku jawapan.

Bahagian B dan C : Jawab semua soalan pada buku jawapan. Bahagian D 3. Anda tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan ini dari dewan peperiksaan.

Hakcipta Terpelihara 2011 WOU

2/-

WLA 101/03

Bahagian A (20 markah) SOALAN ANEKA PILIHAN


Jawab SEMUA soalan dengan melorekkan jawapan pada kertas jawapan aneka pilihan yang disediakan. Bahagian ini dikeluarkan.

Bahagian B (10 markah)


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan berikutnya.

Setia Hang Tuah kepada sultan sering andai oleh sesetengah pihak sebagai keterlaluan. Tindakan Hang Jebat membelanya langsung tidak makna, sebaliknya Hang Tuah menjadi sahabatnya itu mangsa pahlawanannya. Namun, jika dilihat dari sudut yang positif, cerita tersebut menjadi pengajaran kepada pembaca bahawa siapa yang derhaka kepada raja akan menerima padah. Oleh itu, bijaksana membuat keputusan amatlah penting demi kebaikan semua pihak.

(i)

Terdapat kata dasar yang sepatutnya berimbuhan, kenal pasti perkataan itu dan tambah imbuhan yang sesuai. (6 markah) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua kata sendi nama. Berikan dua kata adjektif yang terdapat dalam petikan ini. (2 markah) (2 markah)

(ii) (iii)

WLA 101/03

Bahagian C (40 markah)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan perkataan sendiri. Tulislah jawapan anda di buku jawapan yang telah disediakan. Pintu Penjara Pudu dibuka. Raziman melangkah keluar dengan langkah teratur dan penuh keyakinan. Ke manakah arah tujuanku? Bisik Raziman sendirian. Aku masih punya emak dan Fazillah, fikirnya sedetik. Tempatku bukan di kota yang penuh pancaroba dan kepura-puraan ini. Aku mesti pulang, seperti belut pulang ke lumpur. Perjalanan ke Kampung Cempaka memakan masa lebih kurang dua jam. Semasa di dalam bas tadi, Raziman merasakan orang-orang sekeliling seakan-akan mengejek. Semacam mereka tahu dia baru keluar dari penjara. Bekas banduan dan sampah masyarakat. Ah, pedulikan mereka! Raziman bermonolog sendiri. Kehidupan di penjara selama tujuh tahun cukup mengajarnya. Raziman telah dituduh mengedar dadah. Entah bila benda celaka itu berada di dalam beg sandangnya. Raziman memang tidak menafikan yang dia pernah menagih dadah. Namun, bukan keturunan datuk neneknya mendapat kesenangan dengan menjual benda-benda laknat itu. Raziman tahu dia telah dikhianati. Mungkin kawan-kawan lama yang pernah memperdayanya dahulu. Raziman sudah serik dan bertaubat. Raziman cuba melawan ketagihan itu dan akhirnya berjaya. Ada juga teman-teman yang cuba mempengaruhinya semula. Raziman kuatkan iman dan teguhkan hati. Raziman bersumpah tidak akan menyentuh benda itu lagi. Bahkan tidak mahu melihatnya lagi. Dia cuba mencari kerja yang sesuai dengan kelulusannya. Akhirnya Raziman mendapat kerja di sebuah syarikat. Kebahagiaan itu tidak lama. Berita Raziman ditangkap kerana mengedar dadah heboh ke seluruh kampung. Berita itu juga menyebabkan kematian ayahnya yang sememangnya menghidap penyakit jantung. Apa yang menyedihkan Raziman hingga kini adalah mengingati kata-kata emaknya. Aman, kau bukan anak mak lagi dan jangan balik-balik! Kata-kata emaknya terngiang-ngiang di cuping telinga. Adakah emak masih marah seperti dahulu dan mahukah dia menerima aku kembali? soal Raziman sendiri. Assalamualaikum....! seru Raziman. Waalaikumussalam....! jawab satu suara dari dalam. Raziman melihat seorang perempuan muda keluar. Fazilah sudah besar sekarang. Tujuh tahun sudah mengubah segalanya. Adakah hati emak juga berubah? Abang, mak sakit kuat, beritahu Fazillah dengan dengan sayu. Mak! Mak! Aman balik mak! laungan Raziman sambil menuju ke tempat pembaringan emaknya. Man, mari nak, panggil Mak Teh penuh gembira. Raziman memegang tangan tua yang berkedut seribu itu sambil membelai rambut yang telah beruban itu dengan penuh penyesalan.

WLA 101/03

Soalan 1. Mengapa Raziman cukup benci pada benda laknat itu? (4 markah) 2. Apakah yang menyebabkan Raziman masih ragu-ragu untuk pulang ke rumahnya? (4 markah) 3. Mengapakah Raziman berpendapat, Tempatku bukan di kota yang penuh pancaroba dan kepura-puraan ini.? (5 markah) 4. Raziman seorang yang tabah. Jelaskan kenyataan ini berdasarkan petikan? (5 markah) 5. Pada pandangan anda, mengapakah seorang penagih dadah mudah terjebak semula ke kancah penagihan dadah? (6 markah) 6. Nyatakan pandangan masyarakat terhadap bekas banduan dan penagih dadah. (6 markah) 7. Berdasarkan petikan di atas, berikan makna perkataan berikut berdasarkan pemahaman anda. i. ii. iii. iv. v. seperti belut pulang ke lumpur sampah masyarakat benda celaka kawan-kawan lama tidak akan menyentuh benda itu lagi (2 markah) (2 markah) (2 markah) (2 markah) (2 markah)

WLA 101/03

Bahagian D (30 markah)


Tulis sebuah karangan berdasarkan mana-mana SATU tajuk dari tiga tajuk yang berikut. Panjang karangan anda hendaklah TIDAK KURANG daripada 450 patah perkataan. 1. Amalan membaca amat penting untuk hidup dalam dunia yang serba maju pada hari ini dan masa akan datang. Walaupun begitu, amalan membaca masih belum menjadi budaya rakyat di negara ini. Jelaskan langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan minat membaca di kalangan generasi muda. Buah-buahan tempatan bukan sahaja menjadi kegemaran penduduk tempatan, tetapi turut digemari oleh masyarakat asing. Oleh itu, usaha memajukan industri buah-buahan tempatan perlu dilakukan. Jelaskan usaha yang wajar dilakukan untuk memajukan industri buah-buahan tempatan di negara ini. Siaran televisyen di negara ini dikatakan lebih banyak menyiarkan rancangan rancangan berbentuk hiburan dan tidak berbentuk pengajaran. Adakah anda bersetuju dengan pendapat di atas? Jelaskan.

2.

3.

Kertas Soalan Tamat

Anda mungkin juga menyukai