Anda di halaman 1dari 6

1. Multimedia kini mula diterima oleh masyarakat umum sebagai suatu alat komunikasi.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan multimedia? (5m) (4m)

b) Nyatakan EMPAT(4) prinsip asas multimedia dalam sastera

c) Huraikan EMPAT (4) prinsip tersebut dari segi ciri dan peranan utama di dalam suatu sistem multimedia yang interaktif. (16m)

2. a) Jelaskan konsep papan cerita

(3m)

b) Jelaskan panduan penulisan papan cerita yang bersesuaian dalam menghasilkan sajak di atas dalam bentuk multimedia (10m) c) Hasilkan TIGA (3) papan cerita dengan memasukkan elemen-elemen multimedia interaktif berdasarkan sajak di atas. (12m)

3. Gambaran masyarakat melayu a) Senaraikan langkah untuk menghasilkan


sebuah projek multimedia berdasarkan penyataan di atas (5m)
b) Hasilkan penulisan papan cerita dengan memasukkan elemen-elemen multimedia interaktif berdasarkan pernyataan di atas. (16m)

PERATURAN PEMARKAHAN 1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan multimedia? Suatu proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer ...2m

yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi...2m

b) Nyatakan LIMA (5) elemen-elemen multimedia

teks grafik audio video animasi (5m)

c) Huraikan Empat (4) elemen-elemen tersebut dari segi ciri dan peranan utama di dalam suatu sistem multimedia yang interaktif. Teks (4m) Merupakan asas utama bagi penyaluran sesuatu informasi. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. Boleh juga digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Grafik (4m) Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi. Grafik membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan. Grafik wujud dalam pelbagai bentuk seperti ilustrasi, lukisan, carta, gambar, diagram dan sebagainya. Audio (4m) Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan. Contoh : Suara latar, muzik, lagu dan kesan bunyi. Video (4m) Merujuk kepada siri gambar foto atau grafik yang dipersembahkan dalam satu kadar masa yang pantas. Video menawarkan satu persembahan atau paparan yang lebih hidup dan realistik.

Animasi (4m) Proses penerangan atau penyampaian sesuatu maklumat yang kompleks dapat digambarkan dengan lebih mudah dan pantas. Animasi membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik.

Interaktiviti (4m) Interaktiviti membenarkan pengguna berinteraksi secara dua hala. Memberi peluang kepada pengguna untuk menentukan apa, bagaimana dan bila sesuatu maklumat itu dipersembahkan. Pengguna dapat meneroka sesuatu maklumat mengikut keperluan dan kepantasan mereka. Persembahan maklumat lebih dinamik dan interaktif. Pilih 4 isi sahaja

Susun semua maklumat dan elemen media Mengkaji rasional memilih media tersebut Membuat carta alir (flowchart) atau garis panduan skrin secara umum Penulisan teks utk papan cerita di peringkat awal Melakarkan papan cerita peringkat awal. Menyemak kesesuaian paparan dan elemen interaktif Menyemak kesesuaian kandungan dengan konteks yg ingin disampaikan Membina hubungan maklumat drpd 1 papan cerita kpd yg lain Mengkaji semula carta alir dan papan cerita yg dihasilkan 2. Huraikan terma di bawah. a) imej Bitmap Imej bitmap juga dikenali sebagai imej raster. Ianya mewakili sesuatu imej sebagai satu susunan titik-titik yang dikenali sebagai piksel (pixels). Piksel merupakan elemen terkecil yang dipaparkan pada skrin komputer anda. Bitmap mewakili sesebuah imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrik mudah yang menerangkan setiap dot/piksel yang wujud dalam membentuk sesuatu imej. Matrik satu dimensi (1 bit) diperlukan oleh komputer monokrom (hitam & putih). Depth (kedalaman) warna yang lebih tinggi diperlukan bagi mewakili elemen yang mempunyai lebih dari 16 juta warna. Ianya akan diwakili sebagai imej 4 bit, 8 bit, 16 bit dan sebagainya.

b) MP3 MP3 atau MPEG-2 (Motion Picture Expert Group) Level 3 format fail audio mempunyai saiz fail 12 kali lebih kecil berbanding fail audio biasa mempunyai kualiti bunyi yang baik sering digunakan untuk penyimpanan dan penyebaran fail-fail audio menerusi laman web c) Alat Pengarangan Alat pengarangan (Authoring Tool) adalah sebuah program yang membantu anda menulis aplikasi multimedia.

Alat pengarangan biasanya membolehkan anda untuk membuat aplikasi terkini dengan menyambung bersama objek seperti perenggan teks, grafik, atau video. Dengan susunan mereka dalam urutan yang tepat, authoring tools boleh menghasilkan menarik dan kepada aplikasi multimedia. Aplikasi multimedia boleh diklasifikasikanmenjadi tiga konsep iaitu kerangka waktu Time Frame Concept), konsep ikon, dan konsep kad. d) Animasi Animasi bermaksud menghidupkan objek/ imej atau lukisan yang tidak bergerak Animasi berasal dari bahasa latin yang bermaksud soul (english) / jiwa (melayu) Animasi merupakan seni pergerakan imej yang dipersembahkan yang mana ia tidak bergerak secara realitinya. Dalam animasi, ilusi pergerakan dicapai dengan memaparkan imej statik (pegun) atau kerangka-kerangka dalam turutan secara pantas Teknik utama ialah drawn animation, cut-out animation dan stop motion animation

e) Papan Cerita Papan Cerita membawa maksud satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pratayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. 1 isi = 5 markah 3. Huraikan faktor-faktor yang memperngaruhi perkembangan teknologi Multimedia.

Pendahuluan Faktor-Faktor

(3m)

1. Harga Komponen MULTIMEDIA semakin murah, ini menunjukkan perkembangan MULTIMEDIA semakin pesat. Pada tahun 1992 perisian kursus (courseware) dijual dengan harga RM250,000. Kini, selepas tahun 2000 telah menurun sehingga RM35.00. Harga komputer yang high end juga menurun dari sekitar RM6,000 sehingga RM2,500.00. 2. Peningkatan penggunaan. Satu masa dahulu, komputer hanya digunakan untuk pemprosesan perkataan. Kini, dengan teknologi MULTIMEDIA ia bertinak sebagai pusat hiburan, sumber pendidikan, penerbitan dan pemasaran. Komputer bukan lagi dianggap barang mewah, malah menjadi satu perlatan elektronik yang biasa dan menjadi keperluan kepada setiap individu.

3. Perkembangan dalam komponen dan teknologi digital audio Teknologi cakera pada telah diperkenalkan oleh syarikat Philips. 1982, teknologi audio diperkenalkan oleh Sony khas untuk penyebaran audio bercorak muzikal. Pemain cakera pada merupakan sumber asas atau piawai bagi dunia muzik/audio masa kini dan turut mempengaruhi dunia teknologi komputer. 4. Keupayaan komputer peribadi semakin tinggi. Kini, kepantasan mikropemproses telah meningkat 20-30 kali ganda berbanding kepantasan sistem tradisi.Jumlah ingatan utama (RAM) bermula dari 2MB kini telah mencecah 128 MB pada tahun 2000. Sistem pengoperasian juga telah dipertingkatkan kualiti serta keberkesanannya (bermula: MSDOS, Windows 3.1, Windows 95, Windows 98, MS Windows 2000 dll 5. Kualiti paparan grafik dipertingkatkan Kualiti skrin atau monitor semakin meningkat dari sudut kejelasan dan keupayaan memaparkan visual yang lebih kompleks.Warna skrin semakin menarik dari hitam putih (monokrom), 16 warna kepada kualiti paparan warna yang lebih semulajadi (16 juta warna). 6. Tambahan kad audio dan video Kad tambahan pertama telah dihasilkan oleh syarikat Roland dan digunakan untuk pensintesis muzikal. Kini, diikuti dengan kad audio yang membawa pelabagi perubahan dalam dunia permainan komputer. CD-ROM membolehkan sesebuah sistem PC beroperasi seperti sistem audio yang lengkap. Suara latar telah diintegrasikan sebagai salah satu media utama dalam persembahan MULTIMEDIA. Kad video mula diperkenalkan untuk mempertingkatkan kepantasan paparan visual pada skrin paparan.Kad video juga semakin menarik perhatian apabila ia mampu untuk mendapatkan video bergerak sepenuhnya dan mampu memaparkan kembali melalui paparan komputer. 7. Pembangunan perisian berteknologi baru Multimedia Extension (MULTIMEDIAX) diperkenalkan kepada kebanyakan perisian komputer bagi membolehkan sistem komputer berinteraksi sepenuhnya dengan elemen-elemen MULTIMEDIA. Perisian komputer yang lebih canggih diperkenalkan bagi mengawal dan mengubah audio/video. Perisian untuk persembahan bisnes, latihan dan pendidikan semakin mudah digunakan dengan pelbagai elemen tambahan dipertingkatkan. 8. Peningkatan ruang storan Jumlah Storan bagi cakera keras meningkat dengan pesatnya serta kadar capaian juga semakin pantas. Pemacu cakera boleh rakam seperti CD-Recordable dan CD-Rewritable mula menguasai pasaran dengan menyediakan kemudahan simpanan data sehingga 650 MB bagi setiap cakera. Storan bolehubah seperti Iomega Zip Disk (100-250MB) dan Iomega Jaz Disk (2000 MB juga semakin mendapat sambutan. 9. Talian telekomunikasi dan Internet Munculnya Internet, perisian-perisian persembahan elektronik mula berkembang pesat sehingga mampu menerima bhs pengaturcaraan spt C++ dan Delphi.

Perisian-perisian MULTIMEDIA juga berkeupayaan membina MULTIMEDIA berasaskan Internet spt. Dreamwever, Flash, Dynamite, Director dan lain-lain. Kesimpulan (2m) Multimedia merupakan suatu bidang yang semakin popular dan mendapat perhatian ramai. Ianya merupakan lanjutan daripada Teknologi Maklumat tradisi yang dahulunya hanya berasaskan teks semata-mata. Perkembangannya yang begitu pesat dan meliputi pelbagai bidang kehidupan memperlihatkan betapa pentingnya ia dalam tamdun manusia hari ini. Oleh yang demikian sewajarnya setiap individu atau kumpulan perlu turut serta dalam arus perkembangan teknologi ini agar membolehkan mereka untuk terus bersaing dalam era yang penuh cabaran ini.

Anda mungkin juga menyukai