Anda di halaman 1dari 3

i

KAK3013 MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK (MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN)

PENGENALAN

Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus ini ditawarkan sebanyak 3 jam kredit.

SINOPSIS

Kursus ini memberi fokus kepada teori, pendekatan dan perkembangan konsep dan kemahiran matematik untuk awal kanak-kanak. Metodologi dan bahan-bahan yang sesuai untuk perkembangan matematik juga dibincangkan.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1. memahami teori pembelajaran dan pendekatan dalam pengajaran matematik untuk awal kanak-kanak; 2. menganalisis kepentingan, fungsi dan keperluan dalam pengajaran

matematik untuk awal kanak-kanak; 3. mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran matematik untuk awal kanak-kanak; 4. 5. 6. mempamerkan hasil pengajaran yang berkesan dan aktiviti pembelajaran; bekerjasama dalam kumpulan bagi memenuhi tugasan yang diberikan; dan melibatkan diri dengan aktif semasa proses matematik.

ii CARA PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN

Modul ini merupakan pembelajaran arah kendiri yang dapat membantu anda memahami dan menguruskan pembelajaran anda supaya dapat menguasai isi kandungan modul ini dengan berkesan. Anda dikehendaki mengikuti arahan dan membuat latihan yang disediakan setiap unit pembelajaran. Anda juga perlu mencari maklumat tambahan tentang tajuk-tajuk dalam modul ini. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk dan dicadangkan jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda memahami isi kandungan yang telah pelajari . Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya. Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.

Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Persembahan mikro dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Tugasan yang perlu disempurnakan yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

iii Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasikan konsep yang dibincangkan.

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

Anda mungkin juga menyukai