Anda di halaman 1dari 5

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PEMARKAHAN RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2

TAJUK
PECAHAN 1 MENILAI RAKAMAN VIDEO SATU SESI PENGAJARAN

KUMPULAN
EL-ST02(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA MUHAMMAD JOHARI BIN AHMAD NO.ID D20112054650 NO. TELEFON 0138851744

NAMA TUTUR E-LEARNING : MARZAIDA BINTI BADARUDDIN TARIKH SERAH : 15 NOVEMBER 2012

Pendahuluan Guru boleh menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Diantara aktiviti pengajaran yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah seperti set induksi, penyoalan, penerangan, tunjukcara, peneguhan, variasi rangsangan, penggunaan gerak geri, gerak isyarat, sikap, dan perlakuan bukan bukan lisan seperti angguk kepala, gerak taangan, senyum dan sebangainya dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaaran. Penilaian pengajaran mikro Guru memulakan pengajaran dengan set induksi yang agak menarik iaitu guru menunjukkan gambar kepada murid dan bersoal jawab berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Guru Berjaya menarik perhatian muridnya serta Berjaya menggerakkan minda mereka untuk berfikir dan bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran. Namun Set Induksi akan menjadi lebih menarik dan dapat merangsang murid untuk meneruskan sesi pembelajaran sekiranya guru menggunakan unsur audio video semasa melakukan set induksi. Dalam langkah pertama guru membuat aktiviti kumpulan dengan mengedarkan lembaran dan kad kepada murid supaya murid menyusun kad yang diberikan dengan betul. Guru meminta ketua kumpulan untuk menulis hasil kerja di papan putih. Guru meminta murid membaca hasil kerja secara kelas sambil guru member penerangan kepada murid. Semasa member penerangan kepada murid guru menggunakan bahan maujud seperti batu, daun kering dan tisu. Dengan menggunakan bahan maujud didalam proses pengajaran dan pembelajan akan menyebabkan murid lebih memahami tajuk yang diajar. Dalam langkah yang kedua guru menggunakan teknik penerangan. Dalam langkah ini guru memberi penerangan mengenai benda-benda yang tidak boleh digunakan untuk beristinjak. Guru member penerangan satu persatu dengan mengemukan contoh yang sebenar seperti guru menunjukkan buku iqrak sebagai contoh bahan yang tidak boleh digunakan untuk beristinjak. Dalam langkah ketiga guru sekali lagi mengadakan aktiviti kumpulan. Guru mengedarkan lembaran kepada murid dan meminta murid menyenaraikan bahan yang boleh digunakan untuk beristinjak. Selepas menulis di kertas ketua kumpulan dikehendaki menulis semula jawapan di papan putih. Seterusnya guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid dan murid membuatnya secara individu. Guru menutup pengajaran pada hari itu dengan menyuru murid menyebut semula isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari itu.

Kekuatan Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukakan. Antara kekuatan pengajaran yang disampaikan ialah guru banyak melakukan aktiviti yang berpusatkan murid. Terdapat dua aktiviti berpusatkan murid dilaksanakan oleh guru iaitu pada langkah pertama dan pada langkah ketiga. Kekuatan kedua guru banyak menggunakan bahan bantu maujud dalam proses p&p. Guru menggunakan bahan maujud seperti batu, daun kering dan tisu sebagai contoh alat yang boleh digunakan semasa beristinjak. Dengan menggunakan bahan maujud akan member lebih kefahaman kepada pelajar berbanding dengan hanya menggunkan gambar sebagai alat bantu mengajar. Kekuatan seterusnya guru member peneguhan terhadap hasil kerja murid dengan memberi pujian kepada murid yang berjaya membuat kerja yang diberikan. Guru juga memberi peneguhan dengan menyuruh murid bertepuk tangan setelah murid berjaya melakukan aktiviti yang diberi. Guru juga melibatkan murid secara lisan dalam p&p dengan memberi peluang kepada murid untuk menjawab soalan. Ini akan memberi rasa seronok kepada murid apabila mereka dapat menjawab soalan yang dikemukan dan guru memberi sedikit peneguhan kepada murid. Kelemahan Terdapat beberapa kelemahan semasa proses p&p antaranya ialah guru memberi arahan kepada murid semasa beliau mengedarkan lembaran kerja. Sepatutnya guru memberi arahan selepas beliau mengedarkan lembaran kerja kepada murid. Guru perlu mamastikan murid memberi tumpuan semasa beliau memberi arahan. Guru tidak menggunakan persembahan multimedia dalam proses p&p. Dengan menggunakan persembahan multimedia akan menjadikan proses p&p lebih menarik. Ini akan menarik minat murid untuk mengikuti proses p&p. Guru mengajar dengan intonasi suara yang agak mendatar dan tiada unsur kecindan dalam proses p&p. Dengan suara yang mendatar dan kurang bertenaga akan meninbulkan rasa bosan dikalangan murid. Jika terdapat unsur kecindan akan mewujudkan suasana pembelajran yang lebih ceria dan murid akan berasa lebih gembira dan bersemangat untuk belajar.

Aspek kemahiran mikro (Kemahiran Peneguhan) Terdapat beberapa kemahiran peneguhan yang boleh dilaksanakan oleh guru semasa proses p&p dijalankan. Antara peneguhan yang boleh dilasankan oleh guru seperti memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memberi pujian kepada murid kerana memberi awapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya tekun belajar atau menulis perkataan yang memberangsangkan murid di dalam buku latihan

murid seperti perkataan tahniah dan syabas. Peneguhan ini boleh diberikan kepada murid secara individu ataupun secara berkumpulan atau seluruh kelas. Antara bidang utama dalam memberi peneguhan ialah; i. ii. iii. iv. v. vi. Peneguhan lisan Peneguhan gerakgeri Peneguhan dampingan Peneguhan sentuhan Peneguhan aktiviti Peneguhan ganjaran Peneguhan yang berkesan ialah kemesraan dan semangat serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapain murid. Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan , peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan semakin kurang kesannya terhadap pelajar. Semasa memberi peneguhan guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan social murid. Kesimpulan Keberkesanan sesuatu proses p&p itu bergantung kepada perancangn yang rapi oleh seorang guru dan kebijaksanaan guru itu untuk melaksanakannya. Bahan bantu yang digunakan oleh seorang guru dalam proses p&p adalah alat yang penting untuk memudahkan murid memahami dan mengusai pelajaran yang ingin disampaikan oleh seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai