Anda di halaman 1dari 3

Soalan yang selalu ditanya:

1. Kenalkan diri anda 2. Beritahu kami tentang kampung anda, pencapaian kokurikulum 3. Mengapa anda memilih MARA dan bukannya JPA 4. Soalan yang berkenaan dengan Bumiputera (terutamanya untuk calon yang berasal daripada keturunan yang bercampur, seperti Cina-Bidayuh atau India-Kadazan) 5. Negara mana yang ingin anda lanjutkan pelajaran dan mengapa? 6. Mengapa anda pilih bidang ini? 7. Apa yang anda tahu mengenai bidang yang telah anda pilih? (dan juga soalan lain berkaitan dengan kursus pilihan anda, contohnya perkembangan bidang tersebut, bagaimana anda dapat menyumbang kepada bidang tersebut) 8. Apa bidang pengkhususan anda pada masa depan? (Selalunya bagi mereka yang mengambil bidang

perubatan Untuk pengetahuan anda, mereka akan tanya anda mengenai pilihan anda, jadi pastikan anda membaca tentangnya dengan sangat terperinci) 9. Bagaimana anda dapat menyumbang kepada MARA pada masa hadapan? 10. Di manakah anda melihat diri anda dalam masa 10 tahun?

Perkara lain yang perlu anda ketahui:

Calon sepatutnya mengemaskinikan diri dengan pengetahuan am dan peristiwa semasa, sama ada di dalam ataupun di luar negara. Biasakan membaca suratkhabar pada setiap hari dan fahamkan isu-isu semasa. Sijil-sijil perlu disusun dengan baik. Calon juga harus membuat kajian denga terperinci tentang MARA dan kursus pilihan mereka.

Anda boleh praktis di hadapan cermin, kerana ia akan membantu. Namun, jangan sampai anda tampak seperti menghafal skrip. Pastikan anda tenang (walaupun proses tersebut agak mencemaskan) Perkembangan Terkini:

Anda mungkin juga menyukai