Anda di halaman 1dari 7

6.

BAB 5: Kaedah-Kaedah Penyelesaian Terhadap Isu-Isu Tersebut Serta Tahap Perlaksanaan Perundangan Islam Di Negara Kita
6.1 Melantik Pemimpin Melantik seorang pemimpin adalah merupakan satu kewajiban yang mana ianya telah pun ditentukan syara berdasarkan ijma (kesepakatan) para sahabat dan tabiin. Ini antaranya berdasarkan peristiwa wafatnya Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, para sahabat pun segera membaiat Abu Bakar r.a serta menyerahkan urusan kepimpinan (pentadbiran) kepadanya. Dalam sepanjang perjalanan sejarah umat Islam, tidak pernah masyarakat Islam dibiarkan begitu sahaja tanpa dipimpin oleh pemimpin. Dan keadaan ini terus berkekalan sehingga hari ini, sekaligus menjadi bukti bahawa kehadiran seorang pemimpin untuk mentadbir urusan umat Islam adalah begitu penting. Selain bagi memastikan setiap uruan dapat berjalan dengan baik, ia juga bagi mengelakkan berlakunya huru-hara, kacau-bilau, pertelingkahan, dan seumpamanya. Para pemimpin perlu memiliki sifat amanah yang tinggi dan memiliki juga kekuatan atau keupayaan untuk mentadbir. Secara umum, tanggungjawab para pemimpin umat Islam yang paling utama adalah menyatukan rakyatnya di

Para pemimpin perlu bertindak memelihara agama dan mempertahankan kemurnian Islam dengan menegakkan keadilan berteraskan tauhid yang benar. Iaitu memberi nasihat dan berusaha membawa masyarakat kepada pengabdian diri semata-mata kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan jalan yang syari. Para pemimpin juga bertanggungjawab menjaga hal-ehwal keselamatan, perundangan (termasuk perlaksanaan syariat hudud), menjaga ekonomi negara, dan keperluan rakyatnya yang bersesuaian dengan agama. Termasuk dalam urusan pemimpin adalah memerangi orang-orang yang menentang Islam dan ahli bidah. Semua ini selain menjadi tanggungjawab utama para pemimpin, ia perlu dibantu pula oleh para ulama (para ilmuan) dalam bidangnya masing-masing bagi memperkukuhkan kebaikan-kebaikan demi kepentingan bersama dan bagi meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Taala.

6.2 Ibubapa/Keluarga Aspek tentang undang-undang keluarga Islam patut diserapkan dalam sistem pembelajaran di samping menanam sifat mulia terhadap ibubapa seterusnya masyarakat Kesilapan institusi pembelajaran yang diikuti oleh anak-anak belum memahami undang-undang Islam iaitu mereka telah menerokai bidang fardu kifayah yang tidak berprinsipkan pendidikan Islam seperti bidang kedoktoran, kejuruteraan, ekonomi, pengurusan, akauntan dan sebagainya. Pembelajaran mengenai rumahtangga hendaklah diajarkan di menengah sekurang-kurangnya di peringkat tingkatan 4 kerana pelajar ini akan mengharungi alam dewasa dan pada bila-bila masa sahaja boleh memasuki gerbang rumahtangga. Penumpuan nilai dan etika melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berkait rapat dengan program-program Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Dalam kurikulum pendidikan agama Islam pelajar diberi penekanan kepada pengertian dan signifikan agama Islam yang praktikal kepada situasi cara hidup di dunia. Selain daripada itu, pendidikan agama Islam juga menekankan kepada perlakuan serta penghayatan nilai-nilai agama yang terpuji sebagai asas kepada membuat keputusan dalam kehidupan seharian.

Dengan penghayatan nilai agama yang baik, pelajar dilatih untuk bertanggungjawab kepada tuhan yang Maha Esa, masyarakat dan alam sekitarnya. mereka hendaklah diterangkan tentang undang-undang yang terdapat dalam keluarga Islam seperti taat kepada ibubapa dan guru. Dengan cara ini mereka terdedah dengan tatacara hidup yang sempurna. Jangan biarkan mereka abai kewajipan mereka sebagai pelajar dan isikan masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.

6.3 Skop Undang/Kehakiman Dalam konteks negara kita Malaysia, undang-undang Islam telah pun menjadi undang-undang tempatan (lex loci) lebih awal sebelum kedatangan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi. Negeri Melaka contohnya, menjadi pusat penyebaran agama Islam yang terkenal di Nusantara dan setanding dengan Kerajaan Acheh yang lebih awal menerima Islam. Selain itu, kesemua penghuni Tanah Melayu yang berbilang bangsa dan agama pada waktu itu menjadikan undang-undang Islam sebagai sumber perundangan dalam kehidupan sehari-hari. Dalam hal ini, tanpa usaha pengkayaan ilmu, pentadbiran yang bersistematik dan kesabaran yang tinggi yangdiwarisi oleh para ulama dan umara pada zaman itu, adalah mustahil undang-undang Islam boleh diletakkan di suatu tahap yang tertinggi dalam negara ini selain dapat bertahan sebegitu lama sehingga ke hari ini. Atas dasar ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) cuba meneladani semangat golongan umara silam yang telah berjaya mendaulatkan undangundang Islam ke mercu kegemilangan. Jakim, antara lain, telah diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Islam seluruh negara. Bagi Jakim, tanggungjawab tersebut bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan oleh

Usaha-usaha yang dijalankan perlulah dibuat secara berhikmah dan mematuhi jadual pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Jakim menyedari bahawa Kerajaan Malaysia sering dipersoalkan oleh sesetengah negara barat berhubung dengan pelbagai reservasi yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia terhadap beberapa konvensyen yang diratifikasi oleh kerajaan. Sebagai contoh, sering dipersoalkan mengenai dual-system yang diamalkan dalam undang-undang negara, iaitu undang-undang Syariah dan undang-undang sivil yang dikatakan punca kepada masalah penerimaan konvensyen dan triti tersebut. Undang-undang Syariah dikatakan kolot dan bersifat territorial kerana ia dikuatkuasakan oleh negeri-negeri secara berasingan, manakala undangundang sivil dikatakan lebih terbuka dan maju. Dalam mengimbangi kritikan-kritikan tersebut, Jakim menggalas tanggungjawab yang sangat berat, iaitu menjawab segala kritikan tersebut dan dalam masa yang sama cuba sedaya upaya untuk tidak mengguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam di negeri-negeri.

Jakim sangat menyedari bahawa bidang kuasa berhubungan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam adalah hak prerogatif Duli-Duli Tuanku yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, ia tidak wajar dipersoalkan sama sekali oleh mana-mana pihak. Pelan penyelarasan perundangan Islam di Malaysia adalah merupakan suatu usaha yang sangat penting dan dialu-alukan, namun begitu pelaksanaan kepada pelan tersebut perlu dijalankan dengan bijaksana. Kerajaan wajar memperhalusi cabaran dan kekangan yang wujud serta peluang untuk memperbaiki sistem yang sedia ada sebelum agenda transformasi dimulakan secara serius. Melalui gerak kerja yang tersusun dan berstrategi, dan dengan kerjasama dan sokongan semua pihak, Jakim meyakini bahawa usaha memartabatkan perundangan Islam menerusi agenda transformasi akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai