Anda di halaman 1dari 8

SCE 3112

Pengurusan Makmal Sains dan Sumber


Ahmad Affiq Amir Awi Azli

SOALAN
Bincangkan tujuan mempunyai bilik untuk aktiviti sains

KONDUSIF
Suasana yang kondusif penting untuk pembelajaran sains. Bilik yang khas untuk aktiviti sains membolehkan murid melakukan aktiviti dengan selesa tanpa gangguan persekitaran Contohnya, jika aktiviti sains dilakukan dalam bilik darjah, ruang yang sempit mengehadkan pergerakan murid.

RADAS DAN BAHAN


Bilik yang khas untuk aktiviti sains mampu menyediakan ruang untuk menyimpan serta mengendalikan radas dan bahan. Peralatan untuk aktiviti sains mudah diperoleh apabila diperlukan. Inventori juga boleh disemak dengan mudah untuk mengesan kehilangan atau kerosakan.

KESELAMATAN
Terdapat aktiviti sains yang melibatkan pengendalian bahan yang panas serta berbahaya. Bilik khas biasanya mempunyai ruang yang luas dan sesuai untuk murid melakukan aktiviti ini. Manual dan notis peringatan juga banyak disediakan dalam bilik ini.

KAWALAN SITUASI
Murid dapat melakukan aktiviti pemerhatian jangka masa panjang dalam situasi yang terkawal. Contohnya, murid melakukan penyiasatan gerak balas tumbuhan terhadap cahaya matahari. Bilik yang khas untuk aktiviti ini membolehkan tumbuhan tersebut tidak terganggu oleh faktor lain.

CERNA IDEA
Sila nyatakan tujuan lain mempunyai bilik untuk aktiviti sains.

SEKIAN, TERIMA KASIH.