Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN ( PROJEK) MATA PELAJARAN KOD : : PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK MTE 3107

INSTITUT JABATAN SEMESTER Nama Pelajar :

: : :

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK MATEMATIK 4 ( Nov-Dec 2011) AMBILAN 2009

TARIKH MULA :

16.Dec.2011

TARIKH HANTAR : 12 Mac 2012

Pembelajaran berasaskan Projek (Projek Based Learning) merupakan satu pendekatan pengajaran yang dibina di atas aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sahih yang melibatkan minat dan motivasi pelajar. Aktiviti-aktiviti ini direka untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah dan pada amnya mencerminkan jenis pembelajaran di luar bilik darjah. Pembelajaran berasaskan Projek membolehkan pelajar untuk berfikir tentang ideaidea dan menyatakan pendapat dan pilihan mereka sendiri serta membuat keputusan yang memberi kesan kepada hasil projek dan proses pembelajaran secara umum. Pembelajaran Berasaskan Projek adalah sebagai satu kaedah pengajaran yang sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran serta meningkatkan pengalaman kehidupan, pelajar dipengaruhi proses penyiasatan yang berstruktur , soalan yang sahih dan hasil kerja dan tugastugas yang direka bentuk dengan teliti. Reka satu pelan perancangan berasaskan Projek Pendidikan dengan hasil pembelajaran yang khusus semasa mengajar kemahiran matematik. Secara berpasangan anda dikehendaki: A. Mencari sumber maklumat bagi Teori pembelajaran berasaskan Pendekatan Konstruktivisme dalam Pengetahuan konsep matematik. Baca sekurang-kurangnya LIMA artikel yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran bagi Pendekatan Konstruktivisme dan buat summary / ringkasan bacaan menggunakan pengurusan grafik, peta minda atau carta alir.

B. Merancang satu pengajaran berasaskan projek bagi matapelajaran matematik sekolah rendah. Fikirkan satu projek pendidikan bagi matapelajaran matematik di mana murid boleh mereka cipta / bentuk, membina dan sebagainya dengan menggunakan hand-on / kemahiran berasaskan hasil seperti kemahiran membaca, mengira, menulis malah kemahiran sains dan teknologi.

Persedian merancang projek Dalam merancang Reka bentuk pelan pengajaran berasaskan projek anda perlu menyediakan inti projek pembangunan dan arahan seperti berikut: Sedikan Format pengajaran dalam tiga langkah utama: Penyediaan, Amali dan Penilaian. Urutan ini memudahkan anda menyediakan cara pendekatan, menyusun atur dan melaksanakan projek dengan jayanya. Anda perlu menulis langkah-langkah yang ringkas lagi padat bagi keduadua pelajar dan guru-guru yang perlu diikuti untuk mejayakan projek mereka. - "Aktiviti" merujuk kepada aktiviti tertentu bagi pelajar untuk melaksanakan, - "Nota Pengajar" nota dan rujukan untuk guru-guru. -" Masa Anggaran untuk melengkapkan setiap langkah projek -" masa yang diperlukan bagi setiap langkah. Anda juga perlu sediakan satu pelan reka bentuk bagi projek pengajaran anda, termasuk semua edaran dan rujukan kepada murid atau bahan-bahan sokongan yang jelas bagi pengajar lain juga boleh mengawasi pelaksanaan projek anda dengan mudah. Anda boleh tunjuk kepada murid contoh model yang baik yang anda harap mereka dapat hasilkan seperti model atau replika atau gambar dalam perancangan pengajaran merujuk kepada penggunaannya dalam bahagian persediaan. Terangkan langkah-langkah bagi keseluruhan projek seperti - Apa yang akan murid akan buat / reka? - Apakah bahan yang murid akan gunakan? - Apakah aktiviti pendidikan yang terlibat? - Apakah hasil pembelajaran dan - Apakah target projek tersebut samaada untuk diri murid , kelas mereka atau sekolah? - INGAT! Projek anda mestilah mudah dan senang selaras dengan Tahap murid - Tempoh masa melakukan projek hendaklah sesuai dengan hasil .

a. Senarai Semak bagi merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan projek. Bincangkan topik projek anda. Pilih hasil pembelajaran yang sesuai. Sediakan rancangan pengajaran . Sediakan rubrik, matlamat, dan harapan. Sediakan semua bahan bantu mengajar yang perlu untuk melaksanakan projek yang berjaya. Menyediakan satu nota langkah-langkah aktiviti yang diperlukan untuk menyiapkan projek. Dapatkan kebenaran untuk melaksanakan projek jika perlu.

b. Laksanakan pengajaran secara individu apa yang anda telah rancangkan bagi pembelajaran berasaskan projek di sekolah anda . c. Anda di kehendaki menulis satu refleksi tentang pengalaman dan tinjauan hasil daripada pengajaran berasaskan projek yang telah dilaksanakan. dan pengalaman melalui kerja kursus ini. d. Tulisan laporan aktiviti projek ini dengan membincangkan kekuatan dan kelemahan rancangan dan pengajaran anda, keberkesanan bahan bantu pengajaran, respon pelajar terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta perasaan anda sendiri tentang pelaksanaan pengajaran ini. Susun semua tugas dalam bentuk laporan dan hantar pada 12 Mac 2012 kepada pensyarah anda.

Disediakan Oleh Tengku Noor Zima Tuan Jaffar Penyelaras matapelajaran

Disahkan Oleh Norehan Md Shahroun Ketua Jabatan Matematik

Anda mungkin juga menyukai