Anda di halaman 1dari 1

Salam.

Kisah seram yang akan saya sampaikan ini adalah benar dan sehingga sekarang saya tidak dapat lupakan. Sewaktu saya tinggal di asrama waktu tingkatan 1 dulu, banyak perkara-perkara aneh yang saya rasakan berlaku di sekeliling saya. Antaranya termasuklah ternampak kelibat budak lari, bunyi katil ditarik, loker terbuka dan tertutup dengan sendirinya, dan banyak lagi. Tambahan, waktu itu hanya 20 orang pelajar lelaki yang tinggal di asrama lelaki kerana kami merupakan pelajar perintis untuk sekolah itu. Antara semua kejadian itu, ada satu kejadiaan yang paling memberi kesan kepada saya sehingga sekarang. Ceritanya bermula apabila saya dan kawan-kawan bercerita tentang cerita seram di dalam dorm. Waktu itu lebih kurang sekitar pukul 1 pagi dan masing-masing bersemangat mahu menyampaikan cerita. Setelah jemu bercerita, semua pun kembali ke katil masing-masing untuk tidur. Menjelang tengah malam, saya rasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tidur tidak selesa, dan seperti ada sesuatu yang menganggu saya. Tiba-tiba saya rasa diri saya seperti ditindih sesuatu yang berat. Waktu itu saya cuba untuk menjerit tetapi sia-sia, tiada siapa yang mendengarkan. Waktu itu juga saya terlihat sesuatu di bahagian tingkap (waktu itu langsir masih belum dipasang). Rambutnya panjang dan saya tidak dapat melihat wajahnya. Saya menjadi semakin takut apabila lembaga itu mulai terbang dan masuk ke dalam bilik menuju ke arah saya. Pada waktu itu saya berusaha sekuat hati untuk melepaskan diri. Lebih kurang satu minit kemudian, barulah saya rasa normal

semula. Ketika itulah saya rasakan jantung saya berdegup kencang dan bulu roma menegak. Hanya Tuhan yang tahu ketakutan yang saya alami ketika itu. Saya terus melompat ke katil sebelah dan tidur dengan kawan saya. Keesokan pagi, saya demam panas dan diambil ayah pulang ke rumah. Ini adalah pengalaman paling seram saya alami. Masih banyak lagi cerita sebelum dan selepas kejadian ini. Ada ruang dan pelung, nanti saya akan kongsikan.

Anda mungkin juga menyukai