Anda di halaman 1dari 7

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Terang bulan terang di paya,


Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya,

Nama yang baik tidak tersebut.


Faktor kelupaan kepada seseorang menyebabkan apa-apa sahaja kebaikannya tidak akan dikenang.

Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama.
Telah menjadi adat atau kelaziman, manusia yang meninggal dunia, akan disebut dan dikenang (meninggalkan nama)
Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan.

Budi walaupun sedikit, sentiasa diingati sampai bila-bilapun atau menjadi ingatan sepanjang masa

Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun
Kasih, sayang dan jasa yang dicurahkan diterima dan akan sentiasa dihargai. Semua itu tidak akan langsai walau seribu tahun lamanya.

TEMA

Kepentingan menabur budi iaitu dalam kehidupan manusia, budi dan kebaikan yang kita taburkan akan sentiasa dikenang dan disebut walaupun seseorang itu telah tiada lagi di dunia ini.

Persoalan
1.

2.

3.

4.

Kepentingan mengenang budi seseorang budi seseorang perlu dikenang dan diingati. Kepentingan budi telah menjadi kelaziman atau adat dunia, manusia dikenang kerana budi dan kebaikannya atau sebaliknya. Penghargaan atas budi atau kebaikan budi atau kebaikan yang kita taburkan akan sentiasa abadi dan budi ini tiada tara nilainya. Hutang budi dibawa mati budi yang ditabur tidak dapat dibeli dan menjadi kewajiban orang yang menerima budi, membalasnya dengan cara berhemah.

Nilai
1.

2.

3.

Menghargai/membalas budi budi yang ditaburkan akan sentiasa dikenang walaupun orang yang berbudi itu telah tiada. Keikhlasan tindakan menghulurkan budi tanpa meminta balasan. Mengenang budi menjadi tanggungjawab seseorang mengingati dan tidak melupakan budi yang ditaburkan.

Pengajaran
1.

2.

3.

4.

Setiap orang hendaklah memberi sumbangan supaya sentiasa dikenang apabila sudah meninggal. Setiap orang yang memperoleh sumbangan mesti mengenang budi walaupun budi itu tidak sebesar mana. Setiap budi yang ditaburkan mesti diberi setinggitinggi penghargaan Jangan sesekali melupakan orang terutama orang yang telah berbudi kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai