Anda di halaman 1dari 1

DOA MEMULAKAN PEKERJAAN Setiap pagi jam 8.

00 am

Ya Allah bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu mendapatkan kebaikan hari ini dan kebaikan-kebaikan yang terdapat di sepanjang hari ini. Dan kami mohon berlindung dengan Mu daripada sebarang kejahatan hari ini dan segala bentuk keburukan yang terdapat pada hari ini. Ya Allah, jadikanlah pekerjaan dan perkhidmatan kami, termasuk dalam budaya kerja cemerlang, memenuhi ciri-ciri Ubudiyyah, Mas-uliyyah dan Itqan, sebagai amalan soleh yang mendapat keberkatan dan keredaan di sisiMu. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan yang tidak sihat sama ada penyelewengan masa, harta benda mahupun tenaga, sebaliknya jadikanlah kami orang yang memberi tumpuan dan dedikasi kepada kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan, bantulah kami, tunjukanlah kami, kerana kami tidak mahu tergolong dalam kalangan mereka yang mengabaikan tanggungjawabnya. Ya Allah! Rahmatilah kedua ibubapa kami dan mereka yang berbuat kebaikan kepada kami, limpahkanlah segala kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan buat mereka dalam kehidupan di dunia ini lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai