Anda di halaman 1dari 4

UNIT HEM SKB

2009

Sekolah Kebangsaan Buntong Mesyuarat Jawatankuasa Hari Kanak-Kanak Kali ke-2

Hari Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: : : : :

Selasa 27.10.2009 1.30 tgh Bilik Gerakan

01. En.Md Rashid Md Yusuf 02. Pn Norzanita bt. Zari 03. Pn. Marini 04. Pn. Noor Khaflida 05. Pn. Wahidah 06. Tn. Nik Abdullah Sani 07. Pn. Radha 08. En. Mohd Yusuf 09. Cik Nujaimi bt. Ahmad Bakary 10. Pn. Norshida 11. Pn. Revathy

( PK HEM) ( Setiausaha)

Agenda :

1. 2. 3. 4. 5.

Ucapan aluan Pengerusi Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Perkara berbangkit. Program Hari Kanak-kanak Hal-hal lain

1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 En. Md Rashid mengalu-alukan kehadiran semua guru. 1.2 En. Md Rashid berharap agar aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

UNIT HEM SKB

2009

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KE-1 2.1 Pn. Norzanita membentangkan minit mesyuarat kali ke-1. 2.2 Pn. Noor Khaflida mencadangkan agar minit mesyuarat kali ke-1 disahkan. 2.3 Pn. Marini menyokong cadangan minit mesyuarat kali ke-1 disahkan. 2.4 Mesyuarat sebulat suara menerima minit mesyuarat kali ke-1 sebagai yang sah.

3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Pn. Norshida bertanya tentang peruntukan jamuan bagi Sambutan Hari KanakKanak. 3.2 En. Md Rashid menjelaskan peruntukan tersebut adalah dari sumbangan PIBG. 3.3 Pn. Norshida menyatakan bahawa Ajk Hadiah akan berbincang dengan guru besar. 4. AKTIVITI PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 4.1 Cik Nujaimi menjelaskan aktiviti Sukaneka akan dijalankan mengikut tahap dan diadakan secara serentak. 4.2 Pn. Noor Khaflida menjelaskan Pertandingan Mewarna akan disertai oleh murid tahap 1 manakala murid tahap 2 akan menyertai pertandingan melukis. 4.3 Pn.Noor Khaflida juga menjelaskan kertas pertandingan mewarna dan kertas lukisan akan dijual bagi mengumpul dana untuk perbelanjaan membeli hadiah. 4.4 En.Md Rashid berharap agar pemenang pertandingan dapat direkodkan bagi tujuan menghantar wakil sekolah. 4.5 En. Md Rashid mencadangkan agar semua guru kelas menyediakan satu persembahan bagi setiap kelas. Bentuk persembahan adalah bebas. 4.6 En. Nik Abdullah Sani menjelaskan bagi Peraduan Teka Silang Kata, kertas peraduan akan dijual pada semua murid. Murid dibenarkan membeli dan menghantar seberapa banyak penyertaan. 4.7 En. Md Rashid menyatakan pemenang peraduan Silang Kata adalah berdasarkan cabutan dan jumlah semua jawapan yang betul. Nama pemenang perlu dihantar kepada setiausaha sebelum tamat sesi persekolahan pada 9.11.2009. 5. ATURCARA PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 5.1 Perhimpunan 5.2 Bacaan Doa, Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan Lagu Sekolah 5.3 Ucapan Guru Besar 5.4 Sukaneka 5.5 Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Melukis Tahap 2

UNIT HEM SKB

2009

5.6 Persembahan 5.7 Penyampaian Hadiah 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Pn. Noor Khaflida bertanya tentang waktu rehat murid. Pn.Norzanita menjelaskan waktu rehat adalah seperti biasa dan mengikut tahap. 6.2 En. Md Rashid menjelaskan murid dibenarkan memakai pakaian sukan sehingga tamat sesi persekolahan. 6.3 Pn.Norzanita menyatakan surat memohon peruntukan makanan percuma kepada Syarikat Nestle telah pun diusahakan. 6.4 En. Md Rashid meminta agar pihak kantin sekolah dimaklumkan tentang aktiviti dan sambutan yang akan diadakan. 6.5 Pn. Norshida mencadangkan agar makanan murid ditempah melalui kantin sekolah. Beliau juga mencadangkan agar minuman murid disediakan oleh AJK Persegaran bagi menjimatkan perbelanjaan.

7. PENANGGUHAN 7.1 En.Md Rashid berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama dan menjalankan tugas masing-masing agar aktiviti sambutan Hari Kanak-Kanak dapat dijalankan dengan jayanya. 7.2 Setiap AJK perlu membuat persediaan awal agar aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. 7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, . (PUAN NORZANITA BINTI ZARI) SETIAUSAHA Jawatankuasa HKK SEK.KEB.BUNTONG

Disahkan oleh, .. (EN. MD RASHID MD YUSUF ) PENOLONG KANAN HEM SEK.KEB.BUNTONG

UNIT HEM SKB

2009

Anda mungkin juga menyukai