Anda di halaman 1dari 3

MICROSOFT EXCEL PENGENALAN Microsoft Excel (MS- Excel) merupakan program aplikasi spreadsheet (lembaran kerja elektronik) yang

sangat popular dan sering digunakan untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Aplikasi ini dapat membantu dalam proses pengiraan, menganalisa dan mempersembahkan data di dalam pelbagai bentuk jadual seperti bentuk bar, grafik, pie dan banyak lagi. Versi bagi aplikasi ini sering berubah bagi meningkatkan fungsinya agar lebih fleksibel, mesra pengguna (user friendly) dan dapat dihubungkan secara langsung melalui internet bagi memudahkan proses perkongsian dan pertukaran data. Versi yang terkini adalah versi 2013. MANFAAT DAN KELEBIHAN 1. Bidang perakaunan dan pengurusan

Seorang akauntan atau pekerja pengurusan sering terlibat dengan pelbagai proses kemasukan data penyimpanan dan penyusunan data. Kerja-kerja ini agak sukar dilakukan sekiranya dibuat secara manual. Data-data yang disimpan di dalam aplikasi ini dapat ditambah, dibuang dan diubahsuai pada bila-bila masa tanpa mengganggu data-data yang lain. Ini dapat memudahkan dan mempercepatkan tugasan mengemaskini dan menyimpan data. 2. Pengelolaan dan pengurusan data

Pengelolaan data biasanya digunakan untuk mencari nilai titik tengah (median), purata (mean) atau nilai minimum dan maksimum sesuatu data. Kerja ini dapat dijalankan dengan mudah dengan hanya perlu menekan butang dan arahan tertentu.

Pengurusan data menggunakan Microsoft Excel 3. Penghasilan grafik

Excel dapat digunakan untuk membuat grafik. Dengan menggunakan bantuan Toolbar Chart Wizard, pengguna dapat memilih pelbagai jenis grafik. Sebagai contoh, apabila data jumlah pelajar berdasarkan tahun dimasukkan, pengguna dapat menginteprasikan data-data ini ke dalam bentuk yang lain seperti carta pai, graf bar dan sebagainya. Data dalam bentuk ini adalah lebih mudah untuk difahami dan lebih menarik.

Penghasilan grafik menggunakan Microsoft Excel

4.

Pengiraan matematik

Pelbagai pengiraan matematik dapat dijalankan di dalam aplikasi ini seperti operasi penambahan, penolakan, pembahagian, pendaraban dan penjumlahan (sum). Aplikasi ini dapat mengantikan tugasan kalkulator.

5.

Penjadualan

Kebiasaannya, data yang dimasukkan di dalam aplikasi ini adalah dalam bentuk jadual. Jumlah baris pada Microsoft excel boleh mencapai sehingga 1084576 manakala jumlah lajurnya adalah 16384. Jumlah baris dan lajur yang banyak ini memungkunkan pengguna untuk memasukkan data yang banyak dalam satu lembaran excel.

6.

Pengiraan data statistik

Statistik adalah satu cabang ilmu matematik. Ia adalah proses untuk menganalisa data yang ada. Ia adalah satu proses yang rumit dan mengelirukan. Dengan menggunakan aplikasi ini, kerja ini dapat dijalankan dengan mudah dan cepat.

7.

Membuat Laporan Kewangan (General Ledger)

Aplikasi ini dapat digunakan untuk membuat laporan kewangan yang melibatkan pelbagai proses pengiraan.

Anda mungkin juga menyukai