Anda di halaman 1dari 17

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Pengenalan

Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks dan tidak boleh disamakan dengan konsep2 lain seperti ras, kebudayaan dan bahasa. Tamadun Melayu mengalami proses perkembangan yang lama Agama Islam sebagai asas tamadun Melayu dan membentuk tamadun Melayu Islam yang cemerlang

Apa Tamadun Melayu ?

Tamadun Melayu merujuk sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu di suatu wilayah di Asia Tenggara.( Gugusan Kepulauan Melayu, Kepulauan MelayuIndonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi ) 2 perkara yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu dan agama Islam

Istilah Melayu

Merujuk 3 perkara yang berbeza iaitu: - Ras : satu kumpulan genetik yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama - Kebudayaan : ilmu pengetahuan sesuatu kumpulan manusia yang diwarisi dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain

Bahasa : bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu yang tergolong dalam keluarga bahasa MelayuIndonesia yang mengelompokkan bersama-samanya sub-keluarga bahasa Jawa, Sunda, madura ,Aceh,, Minagkabau, Sasak, Melanau, Iban,Bajau, Murut, Bugis, Sulu dsb.

Pusat Kerajaan dan Tamadun Melayu

Kerajaan Pra-Islam di Alam Melayu ada 2 bentuk: 1.Agraria menjadikan pertanian sebagai tulang belakang ekonomi negara. Contoh Empayar Funan, Kerajaan Angkor, Kerajaan Majapahit.

2. Maritim menjadikan kegiatan perdagangan laut sebagai tulang belakang ekonomi negara. Kerajaan ini memiliki sebuah atau beberapa buah pelabuhan entrepot yang menguasai laluan perdagangan laut.Pelabuhan memainkan peranan penting sebagai pusat pesinggahan pedagang serta pengumpulan dan penyebaran barangan dari Barat ke Timur dan sebaliknya.

Pelabuhan ini juga menjadi pintu masuk kepada pengaruh asing dan mealhirkan interaksi antara tamadun. Kerajaan Serivijaya adalah kerajaan maritim Melayu yang terpenting dan mendominasi seluruh pesisir laut utara dan barat Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Jawa Barat, Perairan Selat Melaka dan Sunda.

Kerajaan dan pelabuhan Maritim yang lain seperti Oc Eo di Funan, Ligor dan Singora di Langkasuka, Lembah Bujang di Kedah, Kuala Selinsing di Perak, Surabaya dan Tuban di Jawa Timur dan lain-lain.

Kemunculan Pusat Tamadun Melayu pada zaman Islam

Teori Kedatangan Islam Berlaku perbezaan pendapat tentang tarikh, punca kedatangan dan kawasan yang menerima Islam

Teori Pertama

Dikemukakan oleh John Crawford, Niemann dan de Hollander dan Prof.SyedNaguid Al-Attas Islam dibawa terus dari Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke 7 Asas pendapat wujud kegiatan hubungan perdagangan orang Arab dengan Alam Melayu sejak zaman sebelum munchul Islam di S.Tanah Arab

Teori ini diperkukuhkan lagi dengan terdapatnya beberapa buah perkampungan atau koloni orang Islam berketurunan Arab di kawasan pantai timur dan barat Sumatera seperti tercatat dalm dokumen kerajaan China. Punca kandungan persuratan Melayu Islam dengan konsep dan istilah dan sistem tulisan jawi yang digunakan.

Teori Kedua

Dikemukakan oleh Emanuel Godinho de Eradia. Islam dibawa dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke 9. Hujah penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei bertarikh 1048, di Laren, Jawa bertarikh 1082 dan di Terengganu 1303.

Tercatat adanya masyarakat Islam dan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui China. Bukti lain wujud hubungan perdagangan antara Tanah Arab dengan Negara China yang membawa kemasukan agama Islam ke China dan seterusnya ke Alam Melayu.

Teori Ketiga

Dikemukakan oleh Pijnappel Disokong oleh Snouck hurgronje dan J.P.Moquette. Islam datang dari India melalui Gujerat. Hujah wujudnya persamaan batu nisan yang ditemui di Pasai iaitu batu nisan Sultan Malik Al-Saleh bertarikh 1297 dan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di gerisik Jawa dengan yang di Gujerat,India.

Wujud hubungan perdagangan dengan India sejak zaman pra-Islam Pedagang India yang telah memeluk Islam datang berdagang ke Asia Tenggara dengan membawa dan menyebarkan Islam. RUMUSAN Ketiga-tiga teori membuktikan Agama Islam dibawa masuk ke rantau Asia Tenggara dan membina interaksi antara tamadun

Sila buat rujukan untuk menambah kefahaman anda Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai