Anda di halaman 1dari 6

Bab 1: Amalan yang Paling Disukai Allah.

A. Teks Hadis dan Makna: Daripada Abdullah bin Masud RA katanya:

: : . . . : : : : . :
Aku telah bertanya kepada Nabi SAW, Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab, Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi, Kemudian amalan apa pula? Baginda menjawab, Berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya lagi, Kemudian apa? Baginda bersabda, Berjihad di jalan Allah. Beliau berkata lagi, Baginda telah berbicara kepadaku tentang semua itu. Jika aku meminta Baginda menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah lagi untukku. (HR Al-Bukhari) B. Riwayat Hadis: Hadis ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud RA, seorang ulama Fiqh di kalangan para Sahabat RA. Beliau telah menyertai Perang Badar dan semua perang lain bersama Nabi SAW. C. Huraian Hadis: 1. Aku (Abdullah bin Masud RA) telah bertanya kepada Nabi SAW, Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab, Solat pada waktunya. Maksudnya mengerjakan solat dalam waktunya secara tunai, bukan secara qadha di luar waktu. Namun begitu, solat pada awal waktunya lebih baik dan lebih mulia, berdasarkan hadis riwayat Ummu Farwah RHA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Amalan yang terbaik ialah solat pada awal waktunya. (HR Abu Daud, At-Tirmidzi & Al-Hakim) 2. Beliau (Abdullah bin Masud RA) bertanya lagi, Kemudian amalan apa pula? Baginda menjawab, Berbakti kepada ibubapa. Abdullah bin Masud RA bertanya kepada Rasulullah SAW, selepas menunaikan solat dalam waktunya, amalan apa pula yang paling disukai oleh Allah SWT? Maka baginda menjawab berbakti kepada ibubapa, iaitu dengan cara berbuat baik, melakukan perkara yang elok serta menggembirakan mereka. Seperti firman Allah SWT:

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya (Al-Ankabut 29: 8) Sebab turunnya ayat di atas ialah: Ibu Saad bin Abi Waqas RA (Hamnah binti Sufyan bin Umayyah, sepupu Abu Sufyan) telah bersumpah tidak akan bercakap kepada Saad RA selama-lamanya, sehingga beliau kufur dengan agama (Islam yang baru dianuti)nya. Ibunya juga berkata kepada beliau, Kamu pernah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik kepada dua ibubapa kamu. Aku ini adalah ibumu! Aku menyuruh kamu dengan perkara ini (keluar dari Islam)! Lalu turunlah ayat, Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya (HR Ahmad, Muslim dan At-Tirmidzi)

Ayat ini berpesan tentang hak kedua ibubapa, dan perintah agar kita mentaati keduanya walaupun mereka masih kafir. Tetapi ketaatan tersebut bersyarat, iaitu bukan dalam suruhan mensyirikkan Allah SWT seperti tindakan ibu Saad RA itu. Ini selari dengan Sabda Rasulullah SAW:

Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam menderhakai Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam melakukan perkara yang baik. (HR Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasai)

Tiada ketaatan kepada mana-mana makhluk dalam menderhakai Tuhan yang Maha Pencipta. (HR Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasai)

Berbuat baik kepada ibubapa juga merangkumi berbuat baik kepada rakan-rakan mereka, seperti yang diriwayatkan dalam Sohih Bukhari dan Sohih Muslim. Seorang penyair Arab telah berkata, Muliakanlah kawan bapamu di mana jua kamu menemuinya. Demi Allah, sesungguhnya kamu telah menderhakai bapamu jika kamu tidak berbuat demikian.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:

bahawa bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu (Luqman 31: 14) Mengenai ayat ini, Sufyan bin Uyainah telah berkata, Sesiapa yang menunaikan solat 5 waktu, maka dia telah bersyukur kepada Allah Taala. Sesiapa yang berdoa untuk kedua ibubapanya selepas solat, maka dia telah berterima kasih kepada mereka. 3. Beliau (Abdullah bin Masud RA) bertanya lagi, Kemudian amalan manakah pula? Baginda bersabda, Berjihad di jalan Allah.

Antara bentuk-bentuk jihad di jalan Allah adalah berjihad bagi mempertahankan tanah air dan tempat tinggal, sehingga kita dapat beribadah kepada Allah SWT dalam keadaan selamat pada diri, keluarga, maruah dan harta kita.

Dalam hadis ini, berbuat baik kepada ibubapa disebut sebelum jihad, kerana jihad itu bergantung kepada berbuat baik kepada ibubapa. Ini disebabkan antara tuntutan berbuat baik kepada ibubapa adalah meminta keizinan mereka untuk berjihad (hadis dalam Bab 2). Biasanya orang berpandangan berbuat baik baik kepada ibubapa adalah lumrah, iaitu sebagai membalas budi ibubapa yang membesarkan mereka sejak kecil. Namun, dengan mendahului berbuat baik kepada ibubapa berbanding jihad, Rasulullah SAW telah memperingatkan kita tentang fadhilat yang besar dalam perbuatan tersebut.

4. Beliau (Abdullah bin Masud RA) berkata lagi, Baginda telah berbicara kepadaku tentang semua itu. Jika aku meminta Baginda menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah lagi untukku. Dalam kata-kata Baginda telah berbicara kepadaku tentang semua itu. menunjukkan bahawa Abadullah bin Masud RA sendiri yang telah bertanya dan mendengar jawapan tersebut daripada Rasulullah SAW. Dan jika beliau terus bertanya, nescaya Rasulullah SAW akan menambahkan amalanamalan yang terbaik dan disukai Allah SWT. D. Perbezaan Riwayat Amalan Terbaik: 1. Dalam Syarhu al-Bukhari, al-Qasthollani menyebutkan bahawa timbul kemusykilan mengenai hadis-hadis yang berbeza mengenai amalan yang paling disukai oleh Allah SWT. Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa memberi makan adalah sebaik-baik amalan, amalan yang paling disukai Allah SWT ialah amalan yang berterusan dan sebagainya. Ini berlainan dengan apa yang disebut dalam hadis di atas bahawa amalan yang paling baik dan yang paling disukai Allah SWT ialah menunaikan solat dalam waktunya.

2. Jawapan Nabi SAW adalah berbeza mengikut perbezaan keadaan orang yang bertanya. Maka, baginda menjawab berdasarkan keperluan, keinginan dan kesesuaian bagi mereka. Juga perbezaan jawapan ini berlaku disebabkan perbezaan waktu, di mana amalan berkenaan pada waktu itu adalah lebih baik daripada amalan yang sama di masa yang lain. Contohnya, ketika awal Islam, jihad merupakan amalan terbaik, kerana ia adalah jalan kepada melaksanakan amalan-amalan lain. Ia juga membolehkan pelaksanaan amalan-amalan tersebut. Terdapat banyak nas yang menunjukkan bahawa solat lebih baik daripada sedekah. Walaupun begitu, pada waktu berkongsi kesusahan dengan orang yang terdesak, sedekah adalah lebih baik daripada solat. 3. Atau perkataan afdhal bukanlah dengan maksud amalan yang terbaik, tetapi membawa maksud kelebihan secara umum, iaitu antara amalan-amalan terbaik. 4. Jenis amalan yang disebutkan dalam hadis ini ialah amalan-amalan badaniyyah (yang dilakukan oleh anggota badan seperti solat, zakat, haji dan sebagainya). Oleh itu, tiada percanggahan antara hadis ini dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: Bahawa Rasulullah SAW telah ditanya, Amalan manakah yang paling baik? Lalu Baginda SAW menjawab: Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Ada orang bertanya lagi, Berjihad di jalan Allah. Ada orang bertanya lagi, Kemudian amalan manakah pula? Baginda SAW menjawab, Haji yang mabrur. (HR Bukhari) E. Pengajaran Hadis: 1. Kelebihan menunaikan solat dalam waktunya. Awal waktunya adalah lebih baik daripada waktu-waktu yang selepasnya. Begitu juga, setiap bahagian waktunya adalah lebih baik daripada bahagian yang selepasnya sehingga akhir waktu. 2. Kelebihan berbudi dan berbuat baik kepada dua ibubapa, di samping kesedaran bahawa perbuatan ini mempunyai kelebihan dan faedah yang besar, kerana ia didahulukan dalam hadis ini berbanding jihad. 3. Kelebihan jihad di jalan Allah SWT seperti firman-Nya dalam Al-Quran:

) 01( ) 00( ) 01( )02(


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (As-Saff 61: 10-13) F. Saranan Tarbawi: Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi praktikal iaitu: 1. Menunaikan solat dalam waktunya, khususnya solat fardu Subuh. 2. Berbuat baik dan berbakti kepada kepada kedua ibubapa. 3. Berniat untuk berjihad di jalan Allah Taala dan melakukan persediaan mental, dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah

pemikiran dan fizikal untuk tujuan murni ini.

Anda mungkin juga menyukai