Anda di halaman 1dari 1

Keputusan Pertukaran Guru saya dari KL nak ke PUTRAJAYA hampa lagi untuk Pertukaran Guru Jun 2011 kali

ni. Hmm.. Saya bercadang nak buat rayuan.. Tapi tak tahu cara.. Godeng2 internet, terjumpa info berguna ni.. Saya nak cuba lah.. Saya mesti pindah ke PUTRAJAYA jugak.. Saya dah tak mampu nak menanggung kos minyak dan tol ulang-alik sekolah (KL) ke rumah (PUTRAJAYA).. Dari Putrajaya ke KL, memakan masa 45 minit iaitu lebih kurang 40 km jaraknya.. Tol semasa pergi ke sekolah lebih kurang dalam RM2.50 (guna lebuhraya MEX) Tol semasa balik dari sekolah pulak berjumlah RM1.60 (guna PLUS).. Jumlah tol sebulan, lebih kurang RM100 sebulan.. Minyak pulak, 2 hari = RM50.. Jumlah minyak sebulan, lebih kurang RM600 sebulan.. Bayangkan lah.. Duit gaji saya habis dekat perjalanan pergi kerja sahaja.. Fuhhh,.. Sakit.. Memang sakit... Kalau gred DG44 ke, DG52 ke, Jusa C ke.. Takde hal nak ulang alik KL-PUTRAJAYA.. Nak ulang-alik KL-KEDAH setiap hari pun takde hal! Hahahaha.. Aku ni gred kecik je.. gaji ciput je.. tolak itu ini.. alahai.. memang semput lah den setaip hujung bulan.. Huwaaaa... Wahai KPM.. Luluskan lah permohonan pertukaran saya... PLEASE... (Bajet orang KPM baca blog aku la? hahahaha... ) Ok lah.. Saya tak akan berputus asa.. Ada progress yang terkini dan berita baik, akan saya share! Insya-Allah.. Ada Jalannya... (Bak kata Maher Zain.. Ekekeke..) Ok.. Babai..

Anda mungkin juga menyukai