Anda di halaman 1dari 11

PERSOALAN

-POSITIF1) Persoalan hormat-menghormati sesama manusia. Adila melihat Bujei sebagai seorang manusia normal yang perlu dihormati seperti orang lain. Oleh sebab itu, dia memanggil Bujei dengan nama sebenarnya, Hafiz.

2) Persoalan tidak memilih dalam membantu seseorang. Adila merasakan dia mampu mengubah Bujei menjadi manusia normal seperti orang lain. Baginya, Bujei menjadi sedemikian rupa dek pengaruh persekitaran. Adila melihat Bujei mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi.

3) Persoalan keluhuran hati mampu mengubah personaliti seseorang insan. Adila ikhlas ingin mengubah personaliti Hafiz daripada abnormal kepada normal. Akhirnya Hafiz berjaya menjadi manusia normal seperti orang lain.

4) Persoalan ketabahan individu dalam menghadapi cabaran hidup.

Bujei tabah menghadapi kekejaman bapa tirinya, Harun terhadapnya. Suatu hari, Bujei ditumbuk, disepak dan diterajang oleh Harun sehingga dia pengsan. Hal ini kerana, Bujei telah merosakkan borang yang dibawa oleh Harun untuk mendapatkan tandatangannya.

5) Persoalan kasih sayang sesama manusia. Fatimah tidak mengendahkan nasihat keluarganya agar tidak mengahwini Harun. Hal ini kerana dia sayang akan Harun dan termakan dengan janjinya untuk menyayangi anaknya, Bujei.

6) Persoalan kasih sayang terhadap ibu bapa. Bujei sanggup meredah asap tebal untuk menyelamatkan ibunya dalam kebakaran itu, walaupun badannya lemah setelah diterajang oleh Harun.

7) Persoalan keberanian menegakkan hak.

Bujei dengan tegas dan berani meminta kembali radio yang diambil oleh Alias. Bujei amat menyayangi radio tersebut kerana dia baru membelinya di pekan dengan duitnya sendiri.

8) Persoalan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Perbuatan Alias yang ingin menggunakan ubat pengasih bagi memikat Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan. Alias akhirnya menjadi tidak siuman.

9) Persoalan keperluan berubah ke arah yang lebih positif. Bujei kini mampu membaca dan berdialog tentang bahan bacaannya. Sungguhpun pendapat dan fikirannya masih dangkal, namun Adila kagum dengan daya bahas yang timbul daripada setiap hasil perbincangan. Bujei kini tidak lagi berbau hamis, dia sudah bersih, rambutnya disikat kemas dan pakaiannya juga kemas. Paling menarik sekali, perlakuannya juga sudah teratur.

10)

Persoalan kejujuran menguruskan harta anak yatim.

Wak Senen datang ke rumah Bujei dan menberitahunya bahawa dia sudah sepuluh tahun menduduki di tanah Bujei. Dia sedar bahawa urusan jual beli tanahn tersebut dengan Harun tidak sah. Wak Senen juga memberitahu, sepanjang dia duduk di tanah tersebut dia telah mendapat semula modalnya melalui aktiviti bercucuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu kepada Bujei semula dan dia menasihati Bujei agar tidak menjual tanah tersebut kerana tanah tersebut merupakan satu-satunya pusaka arwah ibunya.

11)

Persoalan teguh pendirian ketika membuat sesuatu keputusan.

Adila enggan menerima Faizal apabila Faizal cuba memujuknya agar kembali bersamanya kerana serik dengan perbuatan Faizal yang telah mengkhianati cintanya.

12)

Persoalan kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan.

Adila mempersoalkan Faizal yang tidak jujur apabila Faizal telah mengkhianati cintanya. Faizal juga telah memungkiri sumpah setia mereka sebelum Adila menuntut di England.

13)

Persoalan jodoh dan pertemuan di tangan tuhan.

Walaupun Adila mulanya takut akan kelibat Bujei ketika mereka bertembung, namun akhirnya dia memilih Bujei sebagai pasangan hidupnya.

14)

Persoalan tanggungjawab membantu anak yatim.

Mak Som mengajak Bujei bersarapan di rumahnya setelah Bujei selesai membasuh motosikal Alias. Mak Som juga menyerahkan seringgit kepada Bujei apabila Alias enggan memberi upah kepada Bujei. Mak Som juga menasihati Bujei agar tidak menurut sahaja arahan Alias.

15)

Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin dalam menyelesaikan

sesuatu konflik yang berlaku dengan adil dan saksama. Sidang Saman bertindak rasional dan adil dengan meminta Alias membayar ganti rugi terhadap radio Bujei yang dihempaskannya.

16)

Persoalan prihatin terhadap orang yang lemah dan tidak

bernasib baik. Adila berasa kasihan terhadap Bujei. Dia menyiasat latar belakang Bujei melalui Sameah. Dia berpendapat bahawa Bujei perlu diberikan perhatian yang sewajarnya agar dapat pulih dan hidup seperti manusia normal.

17)

Persoalan berdikari dalam menjalani kehidupan.

Bujei tidak meminta-minta makanan daripada orang lain. Kalau ada yang memberikan makanan kepadanya, dia ambil. Namun jika tidak, dia akan ke sungai untuk memancing ikan. Dia juga mengambil upah melakukan sebarang kerja di kebun getah.

18)

Persoalan yakin pada kebolehan dan potensi diri.

Setelah mendapat bimbingan daripada Adila, Bujei menjadi semakin matang dan yakin pada dirinya.

19)

Persoalan mudah mempercayai kata-kata orang lain.

Bujei dengan rela hati membasuh motosikal Alias kerana Alias berjanji kepadanya akan member Bujei seringgit setelah motosikalnya dibasuh. Bujei juga mempercayai fitnah yang ditabur oleh Alias.

20)

Persoalan cinta dan kasih sayang pemuda dan seorang gadis.

Kedatangan Adila ke kampung tersebut telah menarik hati dua orang pemuda iaitu, Alias dan Bujei. Bujei tertarik dengan Adila kerana keikhlasannya membantu dia ke arah yang positif.

PERSOALAN
-NEGATIF1) Persoalan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga. Harun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga malah dia menyuruh Fatimah menyerahkan duit kepadanya untuk dia berjudi.

2) Persoalan kekejaman seorang bapa tiri. Ketika Bujei membantu Harun keluar daripada lumpur itu, Harun terus menumbuk perut Bujei sehingga Bujei terjatuh. Beberapa sepakan singgah di belakang Bujei sehingga dia tidak menyedarkan diri.

3) Persoalan dengki dan dendam dalam masyarakat.

Opah Arah datang ke rumah Bujei dan memaki hamun Sidang Saman yang menyebelahi Bujei. Opah Arah ingin menerkam kea rah Bujei tetapi dihalang oleh Sidang Saman.

4) Persoalan keganasan rumah tangga. Fatimah sering didera oleh suaminya, Harun. Harun mengikis habis duit Fatimah. Fatimah meninggal dunia apabila rumahnya terbakar dek perbuatan Harun. Peristiwa itu meninggalkan kesan negatif dalam diri Bujei.

5) Persoalan gengsterisme atau budaya samseng dalam masyarakat. Alias dan rakan-rakannya iaitu Sahak dan Sani sentiasa membuli Bujei. Dia selalu membuli Bujei dengan memaksa Bujei melumurkan badan dengan lumpur di sungai dan akan memukulnya jika dia enggan.

6) Persoalan penyelewengan harta anak yatim.

Setelah kematian Fatimah, Harun menjualkan tanah pusaka ibu Bujei kepada Wak Senen dengan harga empat ribu ringgit.

7) Persoalan fitnah dan kesannya dalam masyarakat. Alias memfitnah Bujei dengan memberitahu Adila bahawa Bujei mempunyai penyakit kulit yang berjangkit dan Bujei dikatakan sebagai maniac. Adila takut kepada Bujei.

8) Persoalan mementingkan diri sendiri. Alias tidak mempedulikan Sahak yang terlantar di hospital dan memerlukan darah kerana cedera parah akibat terlibat dalam kemalangan ketika berlumba dengan Alias.

9) Persoalan berbangga dengan diri sendiri. Alias seorang yang riak, lebih-lebih lagi apabila dia dipuji oleh rakan-rakannya. Dengan perasaan itulah dia berani mendampingi Adila.

10)

Persoalan suka memandang rendah terhadap orang lain.

Alias pernah mengatakan Adila tidak lulus dalam pengajian di universiti. Oleh sebab itu, dia membawa diri ke kampung.

Anda mungkin juga menyukai