Anda di halaman 1dari 27

1.

Pengenalan

Pendidikan merupakan peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial dan perkembangan pemikiran kanak-kanak. Dalam pendidikan prasekolah peringkat ini Semasa belajar di

adalah persediaan sebelum melangkah ke sekolah rendah.

prasekolah, kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah

sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti termaktub dalam Akta Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah)1997, yang ditulis dalam perenggan:
5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan muridmuridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Penilaian di peringkat prasekolah dijalankan secara tidak formal dan berterusan. Guru prasekolah hendaklah menilai kanak-kanak dari semasa ke semasa. Setiap

pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya supaya guru dapat mengumpul maklumat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan perkembangan sikap mereka. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbang yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman pembelajaran di prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak.

Justeru, penulisan tugasan ini akan menerangkan tentang pengujian , pengukuran dan penilaian iaitu dari segi konsep dan tujuannya, ciri-ciri utama ujian, jenis-jenis pengujian dan penilaian yang biasa dilaksanakan di prasekolah. Selain itu, dinyatakan juga sebab-sebab kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran dan cadangan-cadangan mengatasinya.

2.0 2.1

KONSEP DAN TUJUAN Konsep Penilaian

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,

merancang dan membina instrument penilaian, menganslisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian adalah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanakkanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat penilaian ialah proses

mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Ia juga membaawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur. Penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Penilaian meliputi tiga proses utama iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.

2.2

Konsep Pengukuran

Pengukuran bermaksud suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain, pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Pengukuran boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian. Contohnya,

kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temu bual. Jadi,

pengukuran dianggap sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu. Seterusnya, pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya pengukuran keupayaan mental seseorang tentu sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka ukuran yang diperoleh tidak tepat.

2.3

Konsep Pengujian

Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrument bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk meme rhati perlakuan atau tingkahlaku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bermotor, atau satu sistem yang berkategori. Proses pengujian biasanya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti

pelaksanaan ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian

inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan oleh guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat iaitu dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian yang amat penting, malahan sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

3.0

CIRI-CIRI UTAMA UJIAN

Ciri-ciri utama ujian terdiri daripada perkara-perkara berikut: 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Kebolehpercayaan Kesahan Keobjektifan Kebolehtadbiran Kebolehtafsiran

3.1

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan (reliability) sesuatu alat ukuran bermaksud ketekalan ukuran-ukuran yang dihasilkan oleh alat tersebut (Hanna & Dettmer, 2004). Ini bermaksud

kebolehpercayaan ujian ialah ketekalan markah-markah yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Terdapat lima jenis kebolehpercayaan seperti yang disenaraikan oleh Mehrens dan Lehmann (1991) iaitu: i. ii. iii. iv. Ukuran Kestabilan Ukuran kesetaraan Ukuran keseteraan dan kestabilan Ukuran kedalaman

v.

Kebolehpercayaan pemeriksa (Sumber daripada Modul OUM)

i.

Ukuran Kestabilan

Ukuran Kestabilan juga dikenali sebagai anggaran kebolehpercayaan uji-uji semula boleh dikira dengan memberikan ujian yang sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang sama selepas ujian pertama dijalankan. Seterusnya, mengira pekali korelasi

Pearson antara dua/pasangan skor yang diperoleh setiap pelajar. Ukuran Kestabilan ini menggambarkan tahap keyakinan guru untuk membuat generalisasi skor yang akan diperoleh pelajar, sekiranya ujian ini diberikan sekali lagi kepada mereka pada masa akan datang. Bagaimanapun, Ukuran Kestabilan ini akan berbeza mengikut jarak masa dan pengalaman yang dilalui oleh pelajar antara dua pentadbiran ujian tersebut. Biasanya Ukuran Kestabilan adalah tinggi sekiranya

jarakmasa antara dua pentadbiran ujian adalah pendek. Ini disebabkan oleh, pertama, pelajar masih ingat jawapan kepada soalan-soalan ujian, dan kedua, tidak ada pengalaman seperti latih tubi atau kelas tuisyen antara dua pentadbiran ujian ini.

ii.

Ukuran Kesetaraan

Ukuran Keseteraan ini dikira dengan memberikan dua ujian berbeza tapi setara dari segi kandungan, Jadual Spesifikasi Ujian, format soalan dan arahan menjawab serta min, varians dan interkorelasi skor kepada kumpulan pelajar dan hari yang sama. Seterusnya, mengira pekali korelasi Pearson antara dua skor yang diperoleh setiap pelajar. Ukuran Kesetaraan ini akan menggambarkan tahap keyakinan kepada guru untuk membuat generalisasi skor yang akan diperoleh pelajar, sekiranya mereka diberi ujian daripada item-item lain yang setara dengan item-item ujian yang telah diberikan. Ujian yang sama sebagai ujian-pra dan satu lagi ujian-pos. Selain itu, ujian yang setara

juga boleh digunakan untuk menguji dua kumpulan pelajar yang berbeza pada berlainan masa.

iii.

Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan

Ukuran ini digunakan untuk melihat ketekalan pencapaian seseorang pelajar untuk jangka masa panjang dengan menggunakan ujian yang berbeza. Dalam hal ini, guru boleh mentadbirkan ujian kedua yang setara dengan ujian pertama pada suatu masa yang lain. Indeks kebolehpercayaan ini boleh ditentukan oleh pekali Pearson antara dua skor yang diperoleh setiap pelajar, iaitu skor ujian pertama dan skor ujian kedua yang ditadbirkan kemudian.

iv.

Ukuran Ketekalan Dalaman Salah satu

Ukuran ini dapat ditentukan dengan menggunakan sekali ujian sahaja.

daripada kaedah yang digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman ialah dengan memecahkan ujian kepada separuh-separuh, iaitu separuh pertamadan separuh kedua. Ukuran Ketekalan Dalaman Belah-Dua ini dapat menggambarkan keseteraan dalaman ujian, iaitu antara separuh pertama dengan separuh kedua sesuatu ujian. Kaedah-kaedah lain yang digunakan untuk mengukur ketekalan dalam ujian ialah kaedah Kuder-Richardson dan kaedah Cronbach. Kedua-dua kaedah ini

menggunakan sekali ujian sahaja dan ujian ketekalan dalamannya menggambarkan darjah keseragaman antara item dalam sesuatu ujian, iaitu menunjukkan hubungan antara setiap item dengan jumlah skor ujian (Mehrens & Lehmann, 1991).

v.

Kebolehpercayaan Pemeriksa

Kebolehpercayaan pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran/skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama.

Kebolehpercayaan ini tidak diperlukan bagi ujian berbentuk objektif, sebab jawapan kepada setiap soalan dalam ujian bentuk ini adalah sama, iaitu perbezaan skor antara pemeriksa tidak wujud. Kebolehpercayaan Pemeriksa ini akan memberikan tahap

keyakinan kepada guru untuk membuat generalisasi bahawa skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa kepada pelajar adalah sama. Kebolehpercayaan ini adalah penting untuk menyeragamkan pemberian markah, apabila skrip atau jawapan ujian diperiksa oleh ramai pemeriksa.

3.2

Kesahan

Kesahan sesuatu alat ukuran bermaksud sejauh mana alat tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut (Hanna & Dettmer, 2004). Jadi, ciri kesahanbagi sesuatu alat ukuran adalah amat penting supaya alat ukuran tersebut dapat mengukur apa yang hendak diukur. Terdapat empat jenis kesahan seperti

kesahan kandungan, kesahan konstruk, kesahan muka dan kesahan hubungan.

Kesahan kandungan

Kesahan Konstruk

Jenis Kesahan
Kesahan Muka Kesahan Hubungan Kriteria

Rajah:Empat Jenis Kesahan Mehrens dan Lehmann (1991) i. Kesahan Kandungan

Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu mencakupi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan. Kesahan kandungan penting, terutama bagi ujian pencapaian. Ini kerana, markah yang diperoleh pelajar akan menunjukkan tahap pencapaian pelajar tersebut bagi kandungan pelajaran tertentu. Sekiranya

soalan ujian tidak meliputi secukupnya kandungan pelajaran tersebut, penilaian terhadap pencapaian pelajar menjadi tidak sah.

Beberapa kaedah boleh diguna untuk meningkatkan kesahan kandungan, seperti merujuk semula kepada buku rekod pengajaran dan sukatan pelajaran. Selain itu, guru boleh menggunakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan membina soalan-soalan ujian mengikut jadual tersebut. Kaedah-kaedah ini dapat memastikan soalan-soalan ujian mewakili semua objektif pengajaran serta semua tajuk dan kemahiran yang telah diajar. Misalnya, guru perlu membuat persampelan yang lebih luas tentang kemahiran dan aspek bahasa yang perlu diuji, seperti kemahiran lisan, membaca, menulis karangan, meringkaskan karangan, tatabahasa, peribahasa, kosa kata dan sebagainya.

ii.

Kesahan Konstruk

Kesahan konstruk merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat mengukur sesuatu konstruk berasaskan teori psikologi tertentu. Sebagai contoh, alat yang dibina untuk mengukur sabar sepatutnya dapat mengukur konstruk ini dengan baik. Untuk memastikan alat ini dapat mengukur konstruk sabar, Pembina item inventori ini perlu terlebih dahulu memahami maksud tidak sabar, kurang sabar dan sabar dan juga ciri-ciri orang yang tidak sabar, kurang sabar dan sabar. Ciri-ciri orang yang tidak sabar, kurang sabar dan sabar ini boleh didapati daripada kajiankajian dalam bidang psikologi atau daripada pengalaman sendiri.

iii.

Kesahan Muka

Kesahan muka merujuk kepada sesuatu alat ukuran Nampak pada permukaannya mempunyai kesahan yang tinggi. Ini bermaksud, sekali pandang, Nampak alat ukuran itu sah, atau orang yang biasa atau tidak terlatih Nampak alat ini sebagai sah. Kesahan muka mempunyai kepentingannya sendiri, iaitu mempengaruhi orang yang menjawab item inventori berasa yakin terhadap inventori tersebut. Sekiranya

inventori ini dirasakan tidak sesuai, kemungkinan orang yang menjawab item-itemnya secara serius, skornya dirasakan tidak sah. digunakan. Oleh itu, skor tersebut tidak dapat

Sebaliknya, kesahan muka juga memberikan masalah kepada kesahan

kostruk dan kesahan berkaitan kriteria. Ini kerana, apabila seseorang itu mengetahui apa yang ingin diukur, dia akan memberikan jawapan yang sentiasa positif. iv. Kesahan Hubungan-Kriteria

Kesahan hubungan-kriteria merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan beberapa ukuran luaran. Ukuran luaran ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ukuran serentak dan ukuran ramalan. Kesahan serentak merujuk sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat yang diambil serentak. Kesahan ramalan pula merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran dapat menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan ukuran daripada alat lain yang diambil kemudian.

3.3

Keobjektifan

Keobjektifan berkait dengan sejauh mana penskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa. Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa. Sekiranya dua atau lebih

pemeriksa member skor yang sama kepada jawapan yang sama, maka ujian keobjektifan yang tinggi.

3.4

Kebolehtadbiran

Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting seupaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik. Panduan untuk

memastikan pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna adalah dengan: i. ii. Memberi arahan dengan tepat, jelas dan ringkas Soalan disusun dari mudah kepada sukar

iii.

Guru memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukkan untuk menjawab

iv.

Soalan yang mengandungi lima pilihan jawapan diperuntukkan masa sebanyak 45 saat untuk pelajar menjawabnya.

v.

Suasana ujian yang dijalankan haruslah selamat, ceria dan sempurna. Keadaan kerusi meja hendaklah baik dan sesuai, jarak yang sesuai, pencahayaan yang terang, suhu yang sederhana, sistem siaraya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat dengan jalan raya atau alat pendingin hawa. sahaja. gentian. Ujian boleh oleh sesiapa

Sekiranya mengalami gangguan, maka tambahan masa sebagai

3.5

Kebolehtafsiran

Penilaian pengajaran dan pembelajaran skor ujian asas untuk membuat keputusan. Skor yang diperoleh hendaklah mudah diukur.

4.0

PENILAIAN DI PRASEKOLAH

Penilaian di peringkat prasekolah bercorak tidak formal dan dijalankan ke atas kanakkanak secara pemerhatian yang berterusan. Pemerhatian adalah satu kaedah

penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara sistematik, jelas dan tepat. Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan atau interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab kadar penerimaan dan kefahaman sesuatu konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka penilaian sangat sesuai dilakukan secara individu. Kaedah penilaian secara pemerhatian: i. ii. iii. Pemerhatian tingkah laku Pemerhatian perbualan atau interaksi Hasil kerja

i.

Pemerhatian Tingkah Laku

Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati

secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak. Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh

memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Antaranya ialah Main Sosial (Social Play), Main Kognitif (Cognitive Play), dan Main Sosiodrama (Socio-dramatic Play). Guru haruslah peka dan memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanakkanak di prasekolah secara menyeluruh dan seimbang dari aspek kognitif, fizikal, sosial, bahasa, kreativiti dan emosi. Guru-guru prasekolah pada masa kini sedar nilai sesebuah permainan sebagai satu cara pembelajaran yang mampu merangsang minda dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah.

ii.

Pemerhatian perbualan atau interaksi

Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan

bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. iii. Hasil Kerja

Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep, dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang dikumpulkan dalam

portfolio murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil, dan model, video kanak-kanak, gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan sebagainya.

4.1

Waktu Penilaian

Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas kanak-kanak hendaklah

dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Putri Zabariah dan Rohani (2007) bahawa penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi suatu gambaran berkenaan

penguasaan kanak-kanak.

Melalui proses penilaian yang dijalankan, guru dapat

mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa. Justeru, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan tiada had masa tertentu.

4.2

Penilaian Semasa Kanak-kanak Bermain (Contoh)

Dari sudut psikologi terdapat 12 aspek perkembangan yang dapat dikenal pasti semasa memerhati kanak-kanak yang sedang bermain. aspek perkembangan yang akan dibincangkan iaitu: Walau bagaimanapun hanya lima

i.

Aspek Perkembangan Kognitif

Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget (1983), keupayaan adaptasi psikologikal

adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun main bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa

yang pasti, main mempermudahkan cara pembelajaran. Ini kerana, bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang

perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. kanak-kanak berfikir secara spontan dan Permainan seperti ini mendorong langsung akan membantu

secara

perkembangan kognitif mereka. Misalnya, aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif kanak-kanak. Aktiviti ini meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk,

saiz dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya. Menurut Piaget ( 1962 ): (Sumber dari Modul OUM), main dengan binaan mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang.

Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak dapat meneroka kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang perkembangan kognitif. Contohnya, bagi kemahiran membezakan warna dan bentuk, guru akan menggunakan bongkah pelbagai warna dan bentuk. Kanak-kanak menyusun dan Kanak-kanak Permainan

mengumpul bongkah mengikut warna serta menamakan warna itu. memberikan bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki guru. diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk pula.

ii. Melalui

Aspek Perkembangan Bahasa bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.

Permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari

setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain bongkah, bermain pondok-pondok, main pasir dan main peranan. Perkembangan ini dapat dilihat melalui aktiviti bermain bongkah iaitu kanakkanak bermain dengan bongkah pelbagai warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat

binaan seperti rumah, jambatan, jalan raya, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini berjalan guru menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi ketika bermain dengan bongkah. Oleh

itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama sendiri mengenai bahan binaan mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan

mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan. Selain aktiviti main sambil menyanyi juga merupakan satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian

juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia

mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak.

Peningkatan perkembangan bahasa

dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan

pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya.

Kemudian, tangan dan kaki

bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang Melalui aktiviti ini

beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu.

kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.

iii.

Aspek Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran

menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak

berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosi al atau kerja. Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir. Permainan pasir boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Ruang pasir haruslah berkeadaan teduh dan selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai peralatan

untuk memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain pasir kanak-kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan peralatan bersama rakan-rakan, hormat-menghormati, menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan. Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan kanakkanak meningkatkan aspek perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti bermain di taman permainan kanak-kanak perlu bergaul dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa bermain dengan alatan permainan yang terhad. Secara tidak langsung kanak-kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti permainan ini menggalakkan kanakkanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar Ini kerana, penyesuaian semasa

dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin.

bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

iv.

Aspek Perkembangan Emosi Manusia adalah makhluk yang mempunyai Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui Bahasa badan ialah pergerakan badan

Emosi bermaksud jiwa yang kuat. perasaan yang tinggi dan paling halus.

bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. seperti postur dan ekspresi wajah.

Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk

kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal, iaitu bahasa bukan lisan. Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang

dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle

juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya. Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti Komponen Kreativiti dan Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan mereka dalam pelbagai cara. Contohnya aktiviti seni visual dengan menggunakan warna air. Kebanyakan kanak-

kanak suka bermain dengan warna air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar kebolehan mereka. Aktiviti percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan.

Semasa aktiviti ini dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar di wajah mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh dijalankan di

prasekolah dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak.

v.

Aspek Perkembangan Fizikal

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif

menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana

kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan.

Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Contohnya dapat dilihat menerusi ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi. Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan gimnastik.

4.3

Merekodkan Pemerhatian

Setiap pemerhatian yang dilakukan merupakan maklumat penting yang perlu direkodkan secara sistematik, tepat, lengkap dan jelas. Merekod pemerhatian ialah

aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang diperhatikan berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan, pengetahuan, dan pencapaian murid yang ingin dinilai. Pemerhatian guru memainkan peranan penting untuk menilai kanakkanak prasekolah. Guru hendaklah sentiasa memerhatikan sesuatu perubahan tabiat Maklumat ini hendaklah direkodkan secepat mungkin.

atau perlakuan kanak-kanak.

Maklumat tersebut dapat membantu guru menyediakan laporan kemajuan kanak-kanak pada bila-bila masa diperlukan. Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan rekod senarai semak, rekod anekdot, dan rekod berterusan. i. Rekod Senarai Semak

Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat diperhatikan, dan kekerapan tingkah laku itu berlaku dengan menandakan ( ) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak. Senarai item yang disediakan hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini juga dapat menyatakan sama ada murid itu boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini.

ii.

Rekod Anekdot

Rekod anekdot adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-kanak berkenaan. Rekod anekdot hendaklah ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.

iii.

Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 hingga 8 minit.

5.0

MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna.

5.1

SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran. i. Kecederaan otak

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan Selepas

otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen.

kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.

ii

Keturunan

Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak

menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau keduaduanya menghadapi masalah pembelajaran. boleh diwarisi daripada keturunannya. iii. Ketidakseimbangan biokimia Ini menunjukkan masalah pembelajaran

Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah

hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.

iv.

Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.

Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar

5.2

CADANGAN MENGATASI

Pelajar bermasalah pembelajaran didapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran. i. Pengajaran secara Langsung

Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

ii.

Strategi Pengajaran

Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.

6.0

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan satu cara untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar dalam bilik darjah. Guru berperanan untuk menentukan hasil pembelajaran anak didiknya serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, seterusnya melakukan tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan potensi individu secara menyeluruh agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bibliografi Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psikologi Pendidikan 1. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Akta Pendidikan 1996 Kamarudin Hj. Husin (1997). Psikologi Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. Culatta, R.A. & Tompkins, JR.,(1999) Fundamentals of Special Education Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Pn. Mahani Razali dan Pn. Ramlah Jantan (2005). Modul Psikologi Pendidikan: OUM Mohd. Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (2006). Bias Pengajaran Guru dalam pelajaran Khas dan Pelajar Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education Putri Zabariah dan Rohani (2007):Kepentingan Pengujian, pengukuran dan penilaian Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanakkanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33 Dr. Mansor Fadzil & Dr. Widad Othman (2008). Modul Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan: OUM http://prasekolahskaputeh-penilaian-di-sekolah , dicapai pada 26 Ogos 2013 http://www.pdknet.com.my-masalah-pembelajaran , dicapai pada 2 September 2013

Lampiran Dua Cara Merekod Tingkah Laku Kanak-kanak Saya akan menghuraikan tentang dua cara merekodkan tingkah laku kanak-kanak daripada aspek Perkembangan Sosial iaitu Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

i.

Rekod Anekdot

Nama : Muhammad Munir Bin Mohtar Umur : 6 Tahun Kelas : Pra Bestari Tarikh : 22 Februari 2009 Masa : 8.35 Pagi Tempat : Taman Permainan Prasekolah Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

Peristiwa yang diperhatikan: Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem, Faris, dan Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal berlari menuju ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang beratur tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Faris kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat gelungsur dahulu. Tambahan pula, tangannya sakit. Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran. Haikal kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Munir

menyuruh Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal dan Faris pun bersalam.

Ulasan Guru: Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat interpersonal yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturanperaturan tertentu semasa bermain di taman permainan.

Cadangan: Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula peristiwa yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada orang lain.

6.2 Rekod Berterusan Nama : Nur Arifah Aqilah Binti Sulaiman Umur : 6 Tahun Tarikh : 18 Mac 2009 Masa : 9.15 9.20 pagi Tempat : Pusat Main Pasir Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria

Aqilah bermain bersama sekumpulan 5 orang di pusat main pasir. Mereka bermain

dengan

beberapa

peralatan

main

pasir

seperti pengorek, pencedok, cawan, baldi, dan sebagainya. Semasa aktiviti baru bermula, kedengaran Aqilah memberi cadangan kepada kanakkanak yang lain. Aqilah : Mari kita buat rumah dengan pasir. Lepas buat rumah, kita buatlah bukit dan sungai di belakang rumah, buat pagar di sekeliling rumah. Nanti tentu rumah kita cantik. Menunjukkan sifat toleransi dan pandai membahagikan peralatan sama rata. Mempunyai sifat kepimpinan

Kanak-kanak yang lain bersetuju. Aqilah membahagikan pasir kepada peralatan permainan Jadi Aqilah memaha mi Aqilah: Ambil seorang satu benda-benda ni. Jom kita buat rumah kita cantik-cantik. Nanti kita kongsi-kongsi guna alat-alat ni. Akhirnya rumah pasir pun siap dibina tanpa sebarang konflik hasil daripada peranan yang dimainkan Aqilah. erti

kawan-kawannya.

setiap seorang mempunyai alat mainan tersebut.

persahab atan dan bekerjasa ma sesama rakanrakan.

Anda mungkin juga menyukai