Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN.

Bil Tajuk Muka Surat


1 Pendahuluan
2 Pengertian dan Pengenalan Ilmu Qiraat
3 Pengertian dan Pengenalan Rasm Uthmani
4 Hubungan Ilmu Qiraat dan Rasm Uthmani
5 Kesan Pada Ilmu Qiraat
6 Kesimpulan




















1.0 Pendahuluan.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana limpah dan kurnianya telah
memberi ruang kepada saya untuk mengkaji dan meneroka ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan kitab suci Allah yang menjadi pegangan dalam kehidupan seluruh manusia
yang bergelar muslim mukmin di atas muka bumi ini. Kemukjizatan al-Quranul Karim
ialah di mana ia dapat diterima oleh seluruh manusia yang berbagai-bagai latar
belakang pertuturan dan budaya yang seterusnya menjadikan semua mereka
berpaksikan kepada pegangan yang satu iaitu keimanan kepada Allah Rabbul Jalil.
Al-Quranul Karim adalah kalam Allah SWT yang bermukjizat yang telah diturunkan
oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw, yang ditulis dalam sebuah mashaf,
yang dipindahkan dari satu generasi ke generasi secara tawatur dan mendapat
pahala kepada pembacanya. Ahmad Kamarudin (2006)
Masalah pertuturan di kalangan penduduk dunia dengan pelbagai bahasa
menyebabkan berlakunya cara pembacaan yang berbeza. Namun dengan kaedah-
kaedah penulisan dan bacaan yang telah disepakati oleh para cerdik pandai Islam
hasilnya bacaan al-Quran masih lagi tidak berubah dari bentuk asal penurunannya.
Tugasan pada kali ini menuntut saya menghuraikan hubungan di antara Ilmu Qiraat
dengan Rasm Uthmani. Kedua-dua perkara ini amat penting bagi menjamin
ketulenan dan kesahihan dalam bacaan al-Quran. Hubungan antara Ilmu Qiraat
dengan al-Quran adalah saling melengkapi antara satu sama lain, di mana kedua-
duanya adalah dituntut kepada umat Islam untuk mempelajarinya.
2.0 ILMU QIRAAT
Ilmu Qiraat ialah satu ilmu yang membicarakan tentang kaedah pembacaan al-Quran
. Ia merupakan sunnah Rasulullah saw yang telah diamalkan sejak daripada peristiwa
penurunan wahyu yang pertama lagi.

Menurut Norakhyairee (2007), Nama Ilmu Qiraat berasal daripada kata jama
kalimah Qiraah yang bererti bentuk kalimah al-Quran yang dibaca.
Maksud Ilmu Qiraat ialah suatu ilmu yang mengenal pasti kaedah sebutan bagi
setiap kalimah al-Quran dan cara penyempurnaannya sama ada disepakati atau
sebaliknya bersandarkan kepada bentuk penyampaian.

Al-Imam al-Suyuti ada menyatakan dalam kitabnya al-Itqan Fi Ulum al-Quran ,
orang yang pertama mengarang dalam bidang Ilmu Qiraat adalah Abu Ubayd al-
Qasim ibn Salam, kemudian diikuti oleh Ahmad Ibn Jubayr al-Kufi, kemudian Ismail
ibn Ishaq al-Maliki, kemudian Abu Jafar ibn Jarir al-Tabari, kemudian Abu Bakar ibn
Mujahid dan seterusnya berkembang ke generasi selepasnya.

Rukun al-Qiraat ada tiga iaitu :
Menepati bahasa Arab.
Menepati Rasm Uthmani.
Sanad yang mutawatirah.

Menurut Abu Mardhiah (2012) , Kalimah Qiraat ini juga membawa maksud
perbezaan pokok pada bacaan al-Quran yang disandarkan kepada mana-mana
Imam-imam al-qiraat.
Dalam Ilmu Qiraat terdapat sepuluh Imam al-Qura yang terkenal dan bagi setiap
imam ada dua perawi yang meriwayatkan bacaan mereka. Di antara Imam-imam
tersebut ialah:
Imam Nafi al-Madani.
Imam Ibnu Kathir al-Makki.
Imam Abu Amru al-Bashari.
Imam Ibnu Aamir al- Dimasyqi.
Imam Aashim al-Kufi.
Imam Hamzah al-Kufi.
Imam al-kisaie al-Kufi.
Imam Abu Jafar al-Madani.
Imam Yaqub al-Hadhrami
Imam Khalaf al-Aasyir.
Tujuan mempelajari Ilmu Qiraat untuk memelihara cara sebutan kalimah al-quran
daripada sebarang penyelewengan. Sementara hukum mempelajari Ilmu Qiraat ialah Fardu
Kifayah.
2.1 RASM UTHMANI
Rasm Uthmani ialah ilmu yang membicarakan kaedah penulisan kalimah-kalimah
ayat-ayat al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman ketika penyalinan
dan penulisan Al-Quran.
Menurut Ahmad Kamarudin (2007), pada tahun 25 Hijrah berlaku satu perbalahan di
kalangan Muslimin tentang perbalahan kaedah dan perselisihan riwayat pembacaan al-
Quran. Penduduk Syam dan Iraq telah berkumpul semasa memerangi negeri Armania dan
Azarbaijan. Banyak perselisihan berlaku berkaitan pembacaan al-Quran sehingga membawa
peristiwa caci mencaci. Oleh itu Sayidina Uthman yang bimbangkan perpecahan umat Islam
telah mengarahkan empat orang sahabat iaitu Zaid bin Thabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said
bin Al-As dan Abdul Rahman bin Al-Haris bin Hisyam mengumpulkan ayat-ayat/naskhah di
rumah Hafsyah untuk dibukukan.
Menurut Norazman et al (2011) para Ilmuan Islam telah berbeza pendapat tentang bilangan
Mashaf Uthmani yang dihantar oleh Khalifah Uthman ke negara-negara Islam pada ketika
itu. Pendapat-pendapat tersebut ialah :
Abu Bakar al-Sajastani dan al-Qurtubi Tujuh buah mushaf termasuk mushaf
Imam.
Al-Qurtubi Empat buah mushaf termasuk mushaf Imam.
Abu Amr al-Dani Enam buah mushaf tanpa menyebub mushaf imam )
Al-Sayuti Lima buah mushaf tidak termaduk mushaf imam.
Hukum mempelajari Rasm Uthmani ialah Fardu Kifayah. Di antara keistimewaan Rasm
Uthmani ialah :
Satu kalimah dibaca dengan dua qiraat.
Memberi kesan kepada makna ayat.
Menunjukkan kepada makna yang halus
Menunjukkan kepada asal baris huruf tersebut.
Mendorong bagi mempelajari al-Quran dari guru.
Kaedah penulisan Rasm Uthmani ialah:
Al-Hazf Alif, Wau dan Ya.
Al-Ziadah, iaitu penambahan huruf Alif, Wau dan Ya pada beberapa perkataan
tertentu.
Al-Hamz
Al-Badl , iaitu pertukaran huruf kepada huruf lain
Al-Fasl dan al-Wasl
Dua Qiraat Mutawatir dengan Satu Tulisan.

3.0 HUBUNGAN ILMU QIRAAT DAN RASM UTHMANI.
Rasm Uthmani sebagai syarat penerimaan Qiraat yang mutawatirah atau
sahihah.
Rasm Uthmani adalah merupakan salah satu perkara dalam perkaedahan Rukun
Qiraat yang tiga.
Rasm Uthmani adalah merupakan asas kepada penolakan hujah dalam
memastikan kebenaran dan keaslian teks al-Quran.
Rasm Uthmani adalah merupakan faktor kesinambungan budaya al-Talaqqi di
mana satu-satunya cara pembacaan al-Quran dengan kepelbagaian Qiraatnya
disampaikan.
Rasm Uthmani adalah merupakan sebahagian daripada Ulum Qiraah yang
bersifat Riwayah dan Dirayah.

A) Rasm Uthmani yang berkaitan dengan buang dan tambah (Huruf dan baris)
Firman Allah SWT: Surah al-Baqarah Ayat132
4 4 - / _ j g O . ) O 4 - g O
gOOg[4 COu4C4 O/j_4:4C Ep)
-.- _O>C;- N7 4g].-
E O}>O> ) +^4
4pO)UOG` ^@g .
Imam NafeI dan Imam Ibn Amir membaca perkataan berikut (bergaris) adalah
dengan

(hamzah fathah, wau sakinah dan sad fathah tanpa


tasydid ) ditulis pada mashaf al-Kufah dan al-Basrah .

Sementara Imam Ibn Kathir, Abu Amru, Asim, Hamzah dan al-Kisaie membaca
dengan cara berikut /-44 ditulis pada mushaf al-Madinah
dan al-Syams
Contoh lain ;

^O)4 4~ Og-4O) p4O
E;_- -EOE- -O-4 4Lg`-47
^-NeO-4 N-u- =}g`
g4OEEV- ;}4` =}4`-47 gu+g`
*.) gO4O^-4 @O=E- W
~ 4 4 ` 4 } E E O 4 q ` 4 - g N O +
1EO)U~ +OOC; _O)
-EO4N jOEL- W "^-)4
+OOE^- ^gg
Imam Ibn Amir : cara bacaannya

(mim sakinah dan ta kasrah tanpa ada


tanda tasydid )


Sementara Imam Nafei , Imam Ibn Kathir Imam Abu Amru, Imam Asim, Imam Hamzah
an Imam al-Kisai membaca seperti yang tercatat dalam ayat iaitu :
+ONg-4`q

B) Beza bacaan, sama penulisan
4 - . + C 4 ^ : ) * + 4 C 4 : O 7 4 ) 1 ^ O g
]ONE_O> ^gj)
4 e E - 1 E 7 ) O - ^ C E U - 4 C O L
W ^g_
Dari segi bahasa, dua perkataan di atas berasal dari perkataan dan iaitu
dengan huruf . Tetapi ia ditulis dengan huruf . Pendirian Imam Hafs
menetapkan bacaan sahaja. Para Qura berbeza-beza ara bacaan bagi dua
perkataan ini . Bacaan O:4C4 di sisi Qiraat dan Riwayat selain Hafs
ialah seperti berikut :

a. Dengan sahaja Nafie , Al-Barazi, Syubah, Al-Kisai , Rauh dan Abu Jafar
b. Dengan dan Ibnu Zakwan dan Khallad

Di kalangan para Qura ada yang membaca perkataan di atas sama seperti bacaan Imam
Hafs dan ada yang berlainan. Bacaan OC4 di sisi 10 Qiraat lain ialah
seperti berikut :
a. Dengan sahaja Qunbul, Abu Amr, Hisyam, Hafs, Hamzah, Khallad, Ruwasy
dan Khalf.
b. Dengan dan Satu riwayat dari Khallad
c. Dengan sahaja Qurra, yang lain.

Rujukan :Surur Shihabuddin (Ilmu Tajwid )
C) Beza Bacaan sama Penulisan

Anda mungkin juga menyukai