Anda di halaman 1dari 18

TUGASAN SEPTEMBER 2012 SEMESTER

KOD KURSUS

MQA 101

NAMA KURSUS

BAHASA MELAYU & KOMUNIKASI

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

: :

JURAH BINTI HUSIN E30109120011

FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN

: :

DR. MOHD YAZID BIN KASIM AEU KAMPUS MELAKA ( MITC )

SEKAPUR SIREH Dengan nama Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan saya dengan jayanya. Terima kasih ke hadrat ilahi kerana di kurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan tugasan yang di beri. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor saya iaitu Dr. Mohd Yazid Bin Kasim kerana telah banyak memberi bimbingan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada keluarga tersayang iaitu suami serta anak saya yang memahami dan memberi dorongan kerana banyak menghabiskan masa untuk membuat tugasan ini. Terima kasih juga tidak terhingga juga kepada rakan rakan seperjuangan yang banyak memberi input yang berguna untuk tugasan tersebut. Jasa kalian saya sudahi dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

SOALAN 1 Bahasa Melayu berperanan penting di dalam kehidupan manusia terutama untuk bertutur serta menyampaikan maklumat kepada orang lain. Perana bahasa melayu ini tidak boleh di pandang ringan kerana ia amat penting dan ia juga memajukan negara serta anak bangsa. Bahasa boleh di definisikan sebagai gabungan perkataan yang di gunakan untuk menjadi ayat yang lengkap dan di gunakan untuk tujuan tertentu. Salah satu peranan bahasa melayu ialah bahasa ilmu. Definasi bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan dengan penemuan ataupun satu hasil kajian di dalam pelbagai bidang yang di ceburi oleh seseorang. Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran , perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu. Ini menunjukkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu ini telah lama wujud dan di praktikkan oleh orang zaman dahulu yang mana amat mementingkan ilmu pengetahuan yan luas serta mendalam. Bahasa ilmu juga merupakan bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi (Kamus Dewan, 1994: 88). Konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah mula diperkenalkan dalam tahun 1990-an seiring dengan penekanan budaya ilmu kepada seluruh masyarakat .Konsep ini membawa maksud Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau wadah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti sains, teknologi, kedoktoran, ekonomi,undang-undang dan sebagainya. Bahasa Melayu kini bukan hanya terhad kepada soal kebahasaan dan sastera sahaja, malah turut merangkumi bidang-bidang yang sebelum ini dimonopoli oleh bahasa Inggeris.

Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan seperti perenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah satu

peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama. Ini jelas menunjukkan peranan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu amat penting di dalam kemajuan negara di dalam pelbagai bidang. Seperti yang kita ketahui bahasa ilmu itu berperanan untuk para pengkaji mengkaji penemuan penemuan baharu yang mana ia sangat berguna di dalam kemajuan negara dan juga mudah untuk di sampaikan kepada orang lain. Di peringkat pengajian tinggi, Bahasa Melayu telah beperanan sebagai bahasa pengantar ilmu peringkat demi peringkat. Di universiti, pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyampai ilmu bermula dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970. Pada tahun 1983, semua kursus tahun pertama di universiti-universiti tempatan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyalur ilmu. Walau bagaimanapun pelaksanaan secara menyeluruh bagi semua mata pelajaran di universiti bermula pada tahun 1984. Semua rakyat Malaysia sedia maklum dengan penubuhan Jawatankuasa Razak pada tahun 1956, jelas dapat dilihat bahawa wawasan yang ingin dicapai dalam pembentukkan negara berkaitan juga dengan aspek bahasa juga diambil kira. Laporan Razak ini telah menegaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Rancangan ini kemudian telah dikukuhkan lagi oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada pembentukan Akta Pendidikan 1961 dan diperteguhkan lagi dalam Akta Pendidikan 1996. Peranan atau kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu dapat mengisi erti pendemokrasian pendidikan kerana sebahagian besar rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Apabila semua orang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu maka jurang pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan bukan sistem yang

memisahkan jurang antara rakyat. Selain daripada itu penggunaan bahasa kebangsaan ini juga dapat mengembangkan ilmu dan memudahkan proses penyampaian ilmu kepada masyrakat menjadi lebih berkesan. Kejayaan hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila ratusan ribu ahli ilmu, korporat, professional dan tenaga pembangunan negara dalam pelbagai bidang telah berjaya dihasilkan setelah Akta Pendidikan ini diwartakan. Aspek kejayaan sistem pendidikan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kerana kesatuan sikap, pemikiran. Sistem nilai dalam kalangan generasi muda kita. Selain daripada itu disebabkan juga budaya berbahasa yang secara relatifnya seragam. Kejayaan dan kepentingan semua ini dapat dilihat oleh pihak sekolah yang berperanan mengajar generasi masa kini bahasa Melayu. Melalui bahasa Melayu juga prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan. Selain daripada kepentingan yang telah disebutkan tadi bahasa Melayu juga amat penting untuk hal ehwal pembinaan negara kita sebagai negara bangsa. Hal ini kerana bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Kerajaan juga berperanan penting di dalam memartabatkan bahasa melayu di dalam bahasa ilmu. Kementerian pelajaran Malaysia juga perlu meneliti setiap perkara di dalam dasar dasar yang telah di tetapkan di dalam kementerian pelajaran supaya bahasa melayu terus menjadi bahasa ilmu. Sebagai contoh dasar yang telah di buat oleh kementerian pelajaran Malaysia ialah KSSR atau di kenali sebagai kurikulum standard sekolah rendah yang mana murid murid tahun 1 telah melalui kurikulum yang baru di mana mereka perlu mempelajari subjek sains dan matematik di dalam bahasa melayu. Ia di wujudkan kerana untuk memartabatkan bahasa melayu. Ini adalah satu langkah yang baik untuk memastikan murid murid tidak ketinggalan dan terus mempelajari subjek subjek yang penting di dalam bahasa melayu. Ia juga akan menggalakkan murid murid bertutur di dalam bahasa melayu terutama kepada murid yang berada di Bandar yang mana kebanyakan mereka bertutur di dalam bahasa inggeris. Di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi pula, mereka juga telah merencana beberapa dasar di dalam memartabat serta menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu ini. Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan pelan

tindakan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu pada tahun 2011. Terdapat 7 pelan tindakan yang telah di rangka oleh pihak KPT iaitu yang pertama mewajibkan semua kursus

wajib Universiti di kendalikan di dalam bahasa melayu seperti Kursus Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara, Hubungan Etnik dan lain lain Kurusu wajib yang di tawarkan di IPT. Pelan yang kedua, pihak KPT telah meletakkan sasaran sebanyak 30% pengajaran dan pembelajaran di dalam bahasa melayu bagi gugusan sains pada tahun 2020 dan 70% pengajaran dan pembelajaran di dalam bahasa melayu bagi gugusan sains social dan kemanusian. Pelan tindakan yang seterusnya ialah mewajibkan pelajar pelajar bangsa asing mengambil subjek Bahasa Melayu Komunikasi untuk menggalakkan pelajar pelajar bangsa asing ini mempelajari bahasa melayu. Seterusnya, mempergiatkan aktiviti penterjemahan buku penulisan akademik yang di hasilkan di dalam bahasa inggeris atau bahasa asing ke dalam bahasa melayu melalui unit terjemahan yang di tubuhkan di setiap IPT. Dengan cara itu, semua pelajar pelajar melayu lebih mudah untuk memahami mata pelajaran yang di ambil di IPT. Pelan tindakan yang seterusnya ialah mewajibkan penerbitan buku dan bahan bahan akademik di dalam bahasa melayu sebagai kriteria perjawatan atau kenaikan pangkat. Dengan cara ini ia akan menggalakkan masyarakat untuk menulis buku sendiri seterusnya memantapkan lagi penulisan mereka di dalam bahasa melayu tidak kira bangsa serta agama. Dan akhir sekali ialah mewujudkan anugerah kepada ahli akademik di peringkat university yang cemerlang dalam penerbitan akademik bahasa melayu dan menambah kategori kategori lain yang baharu iaitu anugerah penterjemahan karya ilmu di dalam bahasa melayu dan anugerah akademia bahasa melayu dalam anugerah akademik Negara di masa hadapan. Segala usaha murni pihak Kementerian Pengajian Tinggi ini harus di puji kerana ia meggalakkan lagi penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Kita lihat negara Jepun sebagai contoh kerana mereka memang menggunakan bahasa mereka sendiri untuk menyampaikan ilmu. Ini jelas bahawa mereka tidak mahu bahasa ibunda mereka di lupakan dan terus di gunakan dari zaman ke zaman. Secara jelas negara Jepun maju dan menjadi contoh serta role model kepada negera negara yang lain di atas kemajuannya di dalam semua bidang. Ia juga boleh di laksanakan di negara Malaysia ini. Dengan penggunaan bahasa melayu di dalam semua bidang, kita juga boleh melahirkan para intelektual yang mana memajukan negara serta bangsa.

Terdapat beberapa langkah yang boleh di ambil untuk memastikan bahasa melayu ini terus di gunakan sebagai bahasa ilmu. Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9 November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak

kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi mengangkasakan tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius. Bila ia diaksanakan guru yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran. Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat markah bonus dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru. Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat bertindak kepada pesalahpesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah disertai penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya. Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Usaha ini akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan. Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu. Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang diterjemahkan dari bahasa asing amat dialukan, ini kerana terdapat 4000 pelajar yang sedang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membantu golongan ini serta masyarakat berkomunikasi dengan lebih mudah dan berkesan juga difahami oleh orang lain. Abdullah Yusof, DBP,(2006:48-51). .

Pada kesimpulannya, agenda bahasa melayu serta fungsinya sebagai bahasa ilmu adalah menjadi perkara utama di dalam masyarakat melayu. Di dalam usaha melahirkan masyarakat yang intelektual serta maju dalam masa yang sama kita juga perlu mengangkat serta mengagungkan bahasa melayu yang mana ia juga boleh memajukan negara pada masa akan datang. Semua pihak perlu memainkan peranan supaya bahasa melayu ini terus di gunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi contoh kepada negara lain dan menggalakkan mereka menggunakan serta mempelajari bahasa melayu tersebut. Dan di harapkan segala usaha yang telah pihak kerajaan laksanakan akan membuahkan hasil yang baik untuk anak bangsa serta negara Malaysia.

SOALAN 2 Mesyuarat jemaah menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa inggeris ( PPSMI ) di sekolah sekolah dan menggantikannya dengan dasar memartabatkan bahasa melayu dan memperkukuhkan bahasa inggeris atau lebih di kenali sebagai MBMMBI. Di dalam melaksanakan MBMMBI ini kerajaan telah menetapkan dasar iaitu pengajaran dan pembelajaran di dalam subjek sains dan matematik di dalam bahasa melayu sejajar dengan fungsi bahasa melayu iaitu sebagai bahasa ilmu. Oleh itu guru guru perlu mengajar matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa melayu manakala bagi sekolah cina dan juga tamil di dalam bahasa ibunda mereka. Pada tahun 2012 ini, usaha serta dasar ini telah di gunakan secara meluas dan ibu bapa juga sudah mula menerima dasar baru ini. Di samping memperkukuhkan bahasa melayu serta bahasa inggeris, Kementerian Pelajaran juga telah memperkenalkan satu dasar baru iaitu TMK atau lebih dikenali sebagai teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pembelajaran dan pengajaran. Dasar MBMMBI ini di perkenalkan kerana kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p matematik dan sains dalam bahasa Malaysia dan ini akan menyebabkan murid murid tidak memahami konsep - konsep yang terdapat di dalam matapelajaran sains dan juga matematik. Lebih lebih lagi kepada murid di kawasan pendalaman terutama murid murid asli yang mana mereka sukar untuk memahami di dalam bahasa inggeris. Oleh sebab itu, kementerian pelajaran telah menukar dasar tersebut kepada MBMMBI. Pihak KPM telah melakukan pendekatan secara soft landing iaitu secara berperingkat peringkat bermula pada 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan

dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala untuk sekolah menengah pula pada tahun 2021. Pada peringkat permulaan KPM telah memberi latihan kepada guru guru dan memperkenalkan kurikulum baru iaitu KSSR. Di dalam kurikulum baru ini, telah bermula pada tahun 2010 iaitu murid murid perlu mempelajari matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa melayu. Oleh sebab itu, guru guru di beri latihan di dalam perlaksanaan KSSR ini supaya lebih memahami perjalanan serta perlaksanaan kurikulum baru tersebut. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak 12,000 orang guru telah di beri latihan khusus berkaitan dengan kurikulum baru tersebut. Di dalam kurikulum ini, guru juga perlu mentaksir murid berdasarkan kemampuan murid tersebutt mengikut kriteria kriteria yang telah di gariskan oleh KPM. Mereka juga di nilai dengan menggunkan Band 1 sehingga 6 yang mana murid tidak lagi di berikan markah. Terdapat beberapa langkah yang kerajaan lakukan untuk memastikan dasar MBMMBI ini terhasil dengan jayanya. Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu belajar bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan

diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan contact-time antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik. Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai matlamat penting ini. Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik. Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara. Dengan pelaksanaan keputusan ini komponen Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Tahap 1 sekolah kebangsaan meningkat daripada 60 peratus kepada 75.6 peratus, manakala di Tahap 2 meningkat daripada 60 peratus kepada 80 peratus. Peningkatan yang sama juga berlaku di peringkat sekolah menengah. Melihat ke hadapan, dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran pada ketika ini sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajarpelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. Satu pendekatan soft-

landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas dan juga mereka tidak akan berasa keliru dengan penukaran kurikulum tersebut. Di samping itu mereka juga dapat mengekalkan prestasi mereka di dalam peperiksaan dan sebagainya. Di dalam dasar MBMMBI ini, guru berperanan penting di dalam menjayakan dasar yang di perkenalkan oleh pihak kerajaan. Memperlihatkan kepada tujuan utama dasar tersebut iaitu tujuan utama memartabatkan bahasa melayu adalah kerana bahasa melayu ialah bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan di Malaysia, bahasa perhubungan utama serta menjadi bahasa ilmu kearah pendidikan bangsa dan kemajuan negara manakala tujuan memperkasakan Bahasa Inggeris pula ialah kerana ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu di kuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global. Oleh itu, semua guru perlu berperanan penting untuk memastikan tujuan utama tersebut dapat di capai dengan jayanya. Sejak kemerdekaan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar di dalam pendidikan untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. Pelbagai kajian telah di buat oleh mereka untuk mengkaji segala keperluan di dalam bidang pendidikan. Sistem pendidikan negara sentiasa di perbaiki sejajar dengan kemajuan negara untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing serta maju kehadapan. Semua dasar yang di perkenalkan tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik yang berada di barisan hadapan di dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif. Ini secara jelas menunjukkan guru menjadi pemangkin utama di dalam dasar MBMMBI ini. Membaca adalah kunci kepada gedung ilmu. Pepatah ini sering kita dengar yang mana ia bermaksud segala ilmu boleh di perolehi melalui membaca. Asas penguasaan bahasa melayu bagi murid murid adalah membaca. Oleh itu, sebagai guru yang berdedikasi, kita perlu menggalakkan murid murid membaca kerana melalui membaca mereka dapat memantapkan bahasa melayu mereka tidak kira dari segi pertuturan ataupun penulisan. Guru juga perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menanam sikap suka membaca di kalangan murid murid. Kementerian pelajaran Malaysia telah memperkenalkan program membaca NILAM iaitu satu cara yang amat berkesan untuk murid murid membaca. Guru pula perlu meneruskan usaha KPM tersebut dengan mengadakan program tersebut di sekolah dan menggalakkan murid murid untuk memperolehi serta mendapat ilmu yang berguna untuk masa hadapan kelak. Guru juga tidak harus program tersebut sebagai satu beban kepada guru kerana ia akan membuahkan hasil yang baik kepada anak bangsa. Sebagai contoh, di sekolah saya murid

wajib meminjam dua buah buku iaitu buku di dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Murid murid tidak di benarkan meminjam hanya satu buku sahaja. Melalui program NILAM ini, murid murid boleh mempertingkatkan penulisan melalui menulis synopsis cerita. Secara tidak langsung dapat memperbaiki gaya penulisan murid di dalam bahasa melayu. Selain daripada perlaksanaan program NILAM, program bacaan melalui Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu ( KOMSAS ) patut di teruskan bagi memartabatkan bahasa melayu di kalangan murid. Pemupukan pembacaan di dalam bahasa sastera ini dapat membantu murid memperbaiki serta memperkenalkan nilai nilai estetika serta mempelajari keindahan keindahan bahasa yang terdapat di dalam buku tersebut. Dengan cara ini juga dapat memupuk murid murid berdaya kreatif dan inovatif di dalam penulisan dan juga penguasaan bahasa ilmu melalui pembacaan buku buku sastera tersebut. Cadangan perlaksanaan secara didik hibur telah di perkenalkan oleh KPM di sekolah sekolah seluruh negara. Dengan penggunaan didik hibur di dalam pengajaran dan pembelajaran akan menarik minat murid murid terutama di dalam matapelajaran bahasa melayu yang mana seperti yang kita ketahui matapelajaran ini agak membosankan jika tidak di pelbagaikan. Tujuan kaedah ini di perkenalkan kepada guru guru ialah kerana ingin memupuk semangat cintakan sekolah serta murid berasa sangat seronok untuk mempelajari matapelajaran yang di ajarkan kepada murid. Kaedah pengajaran ini bukan sahaja menarik malahan dapat memberi kefahaman kepada murid murid dan secara tidak langsung guru guru mudah untuk mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut. Kaedah di dalam didik hibur ini lebih mengfokuskan kepada memahami lirik lagu dan berbahasa indah melalui pantun , sajak dan sebagainya. Oleh itu, dengan penggunaan kaedah ini, guru perlu menyanyi, bersajak, berpantun serta banyak lagi kerana murid murid perlu melihat contoh terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang sama. Dengan itu, guru memainkan peranan yang amat penting di dalam merealisasikan kehendak kerajaan di dalam memartabatkan bahasa melayu. Sebagai contoh sebelum dasar MBMMBI di perkenalkan, guru guru yang mengajar matapelajaran bahasa melayu banyak menumpukan kepada peperiksaan sahaja tanpa menggunakan pendekatan lain. Tetapi setelah dasar serta kurikulum baru di perkenalkan sejajar dengan keperluan KSSR, guru perlu mengaplikasikan kaedah didik hibur ini semasa di dalam kelas kerana guru guru akan mendapat impak yang luar biasa di samping memupuk minat murid terhadap matapelajaran tersebut.

Era globalisasi pada masa kini telah menyebabkan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi satu medium yang sangat penting bagi masyarakat. Tidak terkecuali juga di dalam bidang pendidikan. Teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) adalah perkara yang sangat penting di dalam perkembangan dan pembangunan pendidikan di negara kita. Penggunaan TMK di dalam sektor pendidikan di gunakan secara meluas seperti e-mel, laman web pendidikan, perisian pendidikan serta portal portal kerajaan menjadi begitu ketara di negara kita. Sebagai contoh, sistem yang di gunakan untuk mengisi pentaksiran murid murid di bawah kurikulum baru iaitu KSSR yang mana ia di kenali sebagai Sistem Pentaksiran Pendidikan Berasaskan Sekolah (SPPBS ). Sistem ini berperanan sebagai tempat untuk untuk guru guru memasukkan gred pentaksiran murid murid KSSR mengikut kemampuan masing masing. Ini secara jelas TMK amat penting pada masa kini. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah membuat beberapa perubahan di dalam kurikulum serta pedagogi, penilaian dan pengurusan pendidikan bagi menghadapi cabaran pada abad ini. Guru guru perlu bijak membuat penggabungjalinan antara pengajaran di dalam Bahasa Melayu dan juga menerapkan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah supaya proses pembelajaran dan pengajaran lebih memberi impak terhadap murid sejajar dengan keperluan globalisasi. Penggunaan TMK ini juga dapat memantapkan lagi kemahiran berfikir murid murid serta kemahiran literasi mereka seperti kemahiran mendengar, membaca dan juga menulis. Di samping itu murid juga akan lebih seronok serta teruja denganproses P&P yang di laksanakan di dalam bilik darjah yang mana pada kebiasaannya murid - murid lebih suka kepada kelainan dan lebih teruja kepada perkara - perkara yang tidak biasa mereka lakukan. Mereka akan memberi tumpuan yang lebih dan ini secara tidak langsung akan merangsang semua pancaindera murid murid semasa di dalam kelas. dengan ini guru berperanan untuk menggunakan kaedah TMK ini di dalam pembelajaran untuk melahirkan generasi yang bijak pandai di dalam penggunaan internet seterusnya menerapkan nilai nilai murni dan budaya terhadap murid murid. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dijadikan Bahasa Ilmu dan Komunikasi sepanjang masa oleh guru. Guru berperanan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris melalui perbualan dan komunikasi. Guru perlu bijak memilih waktu atau masa yang sesuai ketika berkomunikasi dengan murid, rakan sejawat dan masyarakat. Kemahiran berkomunikasi dengan baik dan betul mampu memberi keyakinan kepada guru untuk menggunakan bahasa dengan betul dan lancar. Kegagalan komunikasi kebiasaannya adalah

disebabkan masalah bahasa. Usaha-usaha menterjemah karya agung dari luar negara perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam bahasa dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Selain itu, Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa. Guru sepatutnya bukan setakat mengajar di dalam bilik darjah sahaja tetapi mampu untuk berkarya dan menghasilkan buku-buku ilmu supaya dapat membantu MBMMBI di kalangan guru dan murid. Karya-karya guru adalah paling sesuai untuk murid kerana mereka boleh menghasilkan bahan-bahan yang sesuai mengikut tahap keperluan murid mereka. Bahan- bahan tambahan ini menjadi bahan bacaan kepada murid mereka. Melalui komunikasi yang berkesan juga proses meningkatkan Bahasa Malaysia dan memartabatkan Bahasa Inggeris boleh berlaku. Di dalam majlis-majlis rasmi seperti perhimpunan, mesyuarat penggunaan Bahasa Malaysia amat penting agar bahasa itu dapat dimartabatkan manakala Bahasa Inggeris boleh dijadikan bahasa komunikasi lisan dalam ruang lingkup sosial mereka. Sebagai contoh perhimpunan mingguan di sekolah adalah menjadi satu kewajiban guru untuk menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi walaupun ketika audien adalah terdiri daripada pelbagai bangsa. Komunikasi yang berkesan juga boleh berlaku antara guru dengan murid. Guru boleh membantu murid dengan membimbing murid mereka menggunakan bahasa yang baik dan betul. Komunikasi guru dan murid menjadi lebih mudah kerana kehidupan murid kebanyakan berada bersama guru. Tambahan pula, murid lebih mesra dan tidak malu untuk berkomunikasi bersama guru berbanding dengan orang lain. Tugas guru hanyalah memberi bimbingan dengan membuat teguran dan memperbetulkan bahasa murid. Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadi yang menjadi contoh murid mereka. Seperti peribahasa Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Guru diharapkan sentiasa mempamerkan contoh yang baik kepada anak muridnya. Oleh itu, guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat bersaing dan

bertanding pada peringkat antarabangsa, pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ). Guru juga berperanan memastikan organisasi bilik darjah KSSR mengandungi suatu ciri keistimewaan dan suasana pembelajaran yang kondusif iaitu ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan juga disediakan. Sehubungan dengan ini, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik, ruang Pendidikan Seni, ruang bacaan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual-beli. Disamping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas. Aktiviti yang bercorak permainan bahasa harus diperbanyakkan kerana jenis aktiviti ini dapat menarik minat murid untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak membosankan. Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran, guru harus memastikan bahawa sudat dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Hasil-hasil murid dalam mata pelajaran bahasa bolehlah dipamerkan di ruang-ruang dan sudut yang disediakan supaya dapat memotivasikan murid dalam proses pembelajaran mereka. Aktiviti-aktiviti seperti ini juga merupakan salah satu cara untuk memartabatkan dan memperkukuhkan bahasa. Guru-guru juga boleh mengantung poster-poster yang ada kaitan dengan pelaksanaan MBMMBI di dalam kelas agar sentiasa menjadi perhatian kepada murid-murid.Menjalin hubungan mesra demi membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menyampai pelajarannya dengan berkesan supaya murid sudi mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah, demi memupuk arahan kerja dan disiplin di kalangan mereka. Ini merupakan pra syarat untuk mewujudkan iklim penyayang alam belajar dan menentukan kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sebagai guru juga boleh memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti koekademik di sekolah. Aktiviti-aktiviti itu mampu menjana penguasaan berbahasa dengan baik. Aktiviti-aktiviti seperti Minggu Bahasa, Bacaan Pagi, dan pertandingan koakademik boleh dijadikan antara aktiviti yang berkesan. Pertandingan berbahas, bercerita, berpantun adalah antara aktiviti yang boleh dirancang dan dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Akhir sekali guru juga berperanan sebagai penyebar maklumat pelaksanaan MBMMBI di kalangan masyarakat atau warga sekolah yang lain. Guru perlu memberi maklumat yang tepat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Guru juga bertindak sebagai penyebar maklumat kepada masyarakat sekelilingnya dasar-dasar kerajaan agar kreadibiliti profesion perguruan tidak dipertikai. Program-program sekolah seperti perjumpaan waris, Hari Sukan, Mesyuarat PIBG, papan kenyataan untuk menyebarkan maklumat dan aktivitaktiviti ilmiah juga boleh dijadikan satu pendekatan untuk menyebarkan maklumat tentang MBMMBI. Guru adalah insan yang paling disegani dan dipercayai oleh masyarakat dan menjadi tanggungjawab guru untuk membantu masyarat mengetahui maklumat tentang dasar tersebut. Pada kesimpulannya, apapun dasar yang di ubah oleh kerajaan di dalam pendidikan memerlukan sokongan daripada guru guru yang mana guru gurulah yang menjadi tonggak serta barisan hadapan bagi setiap perkara yang berlaku di dalam sektor pendidikan. Tanpa guru yang inovatif dan intelektual, semua dasar yang telah di gariskan oleh kerajaan tidak akan membuahkan hasil. Dengan itu sebagai guru, kita perlu bersedia dari segi rohani serta jasmani untuk menempuh segala perubahan yang berlaku di dalam sektor pendidikan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk melahirkan anak bangsa yang boleh mengharungi apa jua cabaran di dalam era globalisasi ini.

RUJUKAN
1. http://www.kpkk.gov.my/pdf/Dasar-dasar%20KPM%20BM%20%28NCM%29.pdf

2. Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13. 3. A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 26-29.
4. Zamri Mahamod, & Mohamed Amin Embi ( 2008 ) Teknologi Maklumat dan

Komunikasi dalam pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Teori & Praktis, Shah Alam. 5. Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai