Anda di halaman 1dari 8

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER SEPTEMBER/ 2013

Kesihatan Diri & Keluarga (smp)

HBHE2203SMP

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

640523135533001
640523135533

0178540389 blackpaperrock@yahoo.com OUM MIRI

(a)

Mendapatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu

dan huraikan punca-punca terjadinya jerebu tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negarakerana acap kali melanda negara Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu?

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.

Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebinguntuk mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya

perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui negara kita. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'.

(b) mendapatkan data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan baru-baru ini dan huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut.

Jadual 1: Bacaan terkumpul indek pencemaran udara 26/10/2013 ( Bintulu)

Jadual 1 menunjukkan bacaan terkumpul pencemaran udara 26/10/2013 bagi daerah bintulu. Berdasarkan bacaan tersebut pencemaran udara di Bintulu adalah pada tahap baik. Hal ini kerana bacaan UPU daripada pagi hingga petang menunjukkan bacaan antara 17* ke 26* . Bacaan UPU terbaik ialah dari 0* ke 50* . Bacaan baik juga turut direkodkan di keningau, Sandakan, kota kinabalu, tawau,miri dan USM Pulau Pinang. Namun begitu bacaan sederhana telah direkodkan di Seberang prai Pulau Pinang. PETUNJUK: API 0-50 51-100 101-200 201-300 >301 Status Baik / Good Sederhana / Moderate Tidak Sihat / Unhealthy Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy Berbahaya / Hazardous

Jadual 2 : Petunjuk bacaan undara.

(c) Mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah jerebu yang sering melanda negara kita.

Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat dilakukan.

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

(d)

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada

semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi. Huraikan kesan Jerebu terhadap golongan seperti kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan.

Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh

berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu. Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita.

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat

dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu.

Selimut jerebu pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang.

Bibliografi

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jerebu_Muarmakin_lenyap_/Article/ http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stae2213/kump1/Jerebu.htm http://apims.doe.gov.my/apims/hourly1.php http://www.ammboi.com/2013/06/25/bacaan-indeks-pencemaran-udara-ipu-terkini-sehingga25-jun-2013/

http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-contoh-15-fenomena-jerebu.html http://www.dikbee.com/2013/06/jerebu-kesan-pada-kesihatan.html http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html http://www.melvister.com/2013/06/langkah-mencegah-dan-kesan-jerebu-terhadapkesihatan.html http://scaniaz.blogspot.com/2013/06/cara-dan-langkah-mencegah-dan-kesan.html

Anda mungkin juga menyukai