Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI 3 REFLEKSI

Hasil daripada kajian kes selama dua bulan ini menunjukkan sekolah ini boleh melaksanakan program inklusif dengan sebaiknya tetapi belum boleh secara menyeluruh akibat kekangan guru yang terhad dan kerjasama daripada pihak luar seperti guru pendidikan khas yang kurang.Untuk itu, program inklusif banyak bergantung kepada kesediaan guru pemulihan membantu murid berkeperluan khas seperti ini.Semua guru termasuk pihak pentadbiran memberikan kerjasama dan sokongan yang padu namun memerlukan masa yang lebih dan kajian yang lebih rapi.

Program inklusif ini juga memberi makna bahawa semua guru sewajarnya memiliki ilmu asas pendidikan khas untuk lebih memahami corak tingkah laku dan aktiviti murid berkeperluan khas. Dengan ini kebergantungan kepada guru pendidikan khas dan guru pemulihan khas akan dikurangkan lebih-lebih lagi bagi sekolah di kawasan pedalaman. Pendedahan dalam bidang pendidikan khas akan memberi lebih rasa kejiwaan dan kasihsayang kepada murid yang bermasalah untuk terus dibantu sehingga berjaya. Guru juga akan bersifat lebih rasional dan adil dalam memberi layanan kepada semua muridnya tanpa mengira perbezaan tahap intelek dan paras rupa.

Kerjasama di antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam menguruskan anak-anak bermasalah pembelajaran perlu diperkukuhkan untuk mengelakkan keciciran pelajar terutama apabila melangkah ke sekolah menengah.Ada ibu bapa yang keberatan untuk menghantar anak mereka belajar jauh dan menetap di asrama hingga menyebabkan murid tercicir dan tertinggal dalam pelajaran.Mentaliti ibu bapa yang sedemikian rupa perlu diubah agar pelajar dapat meneruskan pembelajaran sehingga sekurang-kurangnya ke Tingkatan 5.Untuk itu, program keibubapaan juga wajar dilaksanakan setiap masa untuk mengubah mentaliti sebegini. Kanak-kanak bermasalah seperti ini mungkin

kurang berjaya dari segi akademik namun boleh menempa kejayaan dalam bidang lain yang diminatinya seperti kesenian, rekacipta dan berbagai-bagai bidang lain. Dalam hal ini juga, guru-guru perlu mencari dan mengenalpasti minat sebenar murid sejak di sekolah rendah untuk dipupuk lebih mendalam sehingga mereka dewasa.

Kesimpulannya, anak-anak adalah amanah daripada Allah swt.Kita sebagai guru bertanggungjawab untuk menjaga amanah yang Allah swt berikan dengan sebaikbaiknya.Setiap anak-anak ini ada rezekinya masing-masing yang telah Allah swt kurniakan dan adalah menjadi tugas kita sebagai guru untuk membimbing, mendidik dan menjaga mereka seperti anak sendiri.Guru yang baik ialah guru yang mendidik, bukan mengherdik.Guru yang baik adalah guru yang membimbing, bukan membandingbanding.Guru yang cemerlang adalah guru yang berusaha untuk memajukan anak didiknya tanpa mengira bangsa dan agama. Semoga anak-anak berkeperluan khas

sebegini akan lebih menjadikan kita guru yang tabah, sabar, bersifat terbuka, kreatif dan sentiasa berinovasi untuk membantu mereka hidup bahagia.

Anda mungkin juga menyukai