Anda di halaman 1dari 5

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

PROGRAM:

Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah ) dengan kepujian (Bahasa Melayu)


KURSUS:

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU BBM3212


PENSYARAH:

PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH

TAJUK:

LATIHAN SOALAN 1
OLEH : NAMA SALLEHUDDIN B HARUN NO K/P 760407085811 NO MATRIK J43765 NO TELEFON 0123558748

PUSAT PEMBELAJARAN: INPENS INTERNATIONAL COLLEGE KUALA SELANGOR


BBM3212 MUKA SURAT 1

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

1. Jelaskan perbezaan semantik dan pragmatik. PERBEZAAN SEMANTIK DAN PRAGMATIK

SEMANTIK a). Pengertian Pengertian kajian tentang makna, cabang ilmu bahasa yang mempelajari hubungan antara tandatanda liguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Kajian tentang hubungan tanda dengan objek.

PRAGMATIK a). Pengertian Kajian tentang hubungan tanda dalam pemakaian. Pragmatik mengkaji makna di luar jangkaan semantik.

b). Sifat kajian Bersifat diadic relation (melibatkan bentuk dan makna) dua arah. Bersifat bebas konteks. Contoh Terik matahari bermaksud panas atau tiada kipas. Konvensional kerana diatur oleh tatabahasa atau menggunakan kaedah-kaedah perbahasan.

b). Sifat kajian Bersifat triadic relation 3 arah (bentuk, makna dan konteks) Bersifat terikat kaedah dengan konteks iaitu percakapan dengan situasi. Non konvensional

BBM3212

MUKA SURAT 2

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

Bersifat formal dengan memfokuskan bentuk (fonem, mofem) kata, klausa, kalimat. Bersifat ideasional; maksudnya makna yang ditangkap masih berupa idea kerana belum dipergunakan dalam berkomunikasi,

Bersifat fungsional (komunikasi)

Bersifat interpersonal maksud makna yang dikaji dapat difahami atau ditafsirkan okeh orang ramai tidak bersifat individu kerana sudah menggunakan konteks.

Representasi bentuk logikal. Contohnya - Dia tu orang miskin.

interpretasi

c). Objektif kajian Adalah kalimat sehingga semantik itu sering disebut makna kalimat. Diaturkan oleh kaedah kebahasaan ( tatabahasa )

c). Objektif kajian Ada tuturan atau maksud.

Dikendalikan oleh prinsip komunikasi.

BBM3212

MUKA SURAT 3

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU


2. Ruth Kempson berpendapat, ada empat syarat yang harus dipenuhi untuk mendeskripsikan semantik. d). Teori tersebut dapat meramalkan makna yang berhubungan dengan antonim,sinonim dan yang bertentangan. Bincangkan.

Kempson (1991:2) membicarakan tentang teori semantik yang merupakan sebahagian daripada teori linguistik am. Menurutnya satu-satu teori semantic seperti teori lain mestilah dapat disangkal sekiranya teori itu bersifat empirical dan mana-mana teori yang bersaing mestilah dinilai juga melalui usaha penyangkalan. Tujuan menyeluruh ini akan dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai pada manamana teori semantik sebagai satu bahagian khusus daripada teori linguistik am. Seterusnya menilai pelbagai pendekatan semantik dari sudut syarat-syarat tadi dan akhirnya menimbang dengan terperinci dalam satu rangka kerja tertentu, sebilangan persoalan yang mesti dijawab oleh mana-mana teori yang mengakui dapat menjelaskan semantik. Perkataan dan ayat bukan sahaja mempunyai makna, tetapi makna tersebut berkait dengan makna perkataan dan ayat lain. Misalnya perkataan man, woman, girl, child mempunyai kaitan makna yang tidak dikongsi bersama-sama oleh perkataan seperti man, mirror, enumeration. Begitu juga ayat-ayat Johan membunuh Mariah, Johan menyebabkab Mariah meninggal, mempunyai kaitan makna manakala ayat-ayat Johan membunuh Mariah, Johan menegur Mariah, Mariah mendengus, tidak ada kaitan makna antara satu sama lain. Dari segi persoalan sinonim timbul dan sinonim hanya merupakan satu hubungan yang wujud antara perkataan dan antara ayat. Hubungan lain ialah penaabiran dan pertentangan.

BBM3212

MUKA SURAT 4

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU


Sebagai satu takrif kasar dapatlah kita katakan penaabiran sebagai Sesuatu ayat menaabir ayat kedua jika dengan melafazkan ayat pertama bererti ayat kedua juga benar Sebagai contoh, ayat Johan membunuh Mariah bererti kedua dua pernyataan berikut : Johan menyebabkan Mariah mati dan Mariah meninggal, kerana dengan menyatakan Johan membunuh Mariah bererti Johan menyebabkan Mariah mati dan Mariah meninggal dunia. Hubungan yang sama wujud dalam pasangan ayat Ahmad baru selesai membina rumah kami. Kami mempunyai sebuah rumah, Ali berlari pulang, Ali bergerak. Hubungan yang sedemikian bagi perkataan ialah perangkuman logis ( atau kehiponimam ). Makna perkataan kucing secara logisnya merangkumi makna haiwan kerana menyatakan sesuatu itu seekor kucing bererti benda itu juga seekor haiwan. Demikianlah juga dengan pasangan perkataan seperti membaca : mmenelaah, lari : gerak; igau : mimpi. Pertentangan ini kebalikan penaabiran. Ayat Johan membunuh Mariah bertentangan dengan Johan tidak menyebabkan Mariah mati dan Mariah tidak meninggal. Ahmad baru selesai membina rumah kami dan kami tidak mempunyai rumah bertentangan antara satu sama lain. Begitulah juga dengan pasangan lain itu. Ternyata semua hubungan ini bergantung pada makna perkataan atau ayat, dan sewaktu mencirikan makna unsure-unsur bahasa teori semantik juga terpaksa mencirikan hubungan-hubungan tersebut.

BBM3212

MUKA SURAT 5

Anda mungkin juga menyukai