Anda di halaman 1dari 5

HUKUM SOLAT GERHANA

Sunat Muakkad ( )

CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang
lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia
mempunyai 2 kali ruku dan 2 kali qiam di dalam
satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara
berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara
bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh
dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca
dengan diperlahankan suara ; adapun
bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca
dengan diangkat suara seperti mana-mana
solat malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu


hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat
sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana
solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan iaitu


hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku
pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan
al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah


yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir,
dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai
al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang
mampu). Kemudian ruku dan bangkit semula
(qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-
Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku semula
(dipanggil ruku kedua). Apabila bangkit Itidal,
terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai
sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah
selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya
bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya


adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam
rakaat yang pertama dan qiam yang
pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah
ataupun mana-mana surah yang sama panjang
dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga
tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran.
Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Nisa, dan dalam
qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah
al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam
ruku yang pertama dengan kadar bacaan 100
ayat, dalam ruku yang kedua 80 ayat, ruku
ketiga 70 ayat dan ruku yang keempat 50 ayat.

Waktu
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah
bermula dari ketika berlakunya
gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau
atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan
solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA


Disunatkan mandi sebelum solat.
Berdiri lurus mengadap kiblat.
Berniat mengerjakan solat gerhana.
ihsan google

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara


berseorang atau secara berjemaah dan
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat
Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah,
4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. Itidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. Itidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. Itidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. Itidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam

Anda mungkin juga menyukai