Anda di halaman 1dari 12

Fakulti

Pengajian
Pendidikan

43400 UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan


KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI UNTUK LATIHAN MENGAJAR
PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIAN
(PPG)) SEMESTER TUJUH 2014 - 2015
Nama Sekolah
: SK. Bagan Terap, 45300 Sg.
Besar
Selangor Darul Ehsan
Tel. Sekolah
: 03 - 32165143
TAJUK:
WAKAF MINDA
DIHASILKAN OLEH:
Nama
: Azizah binti Baharom
No. Kad Pengenalan : 680307-10-5328
No. Matrik
: J 44411
KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI UNTUK LATIHAN MENGAJAR
PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIAN (PPG))
1

SEMESTER TUJUH 2014 - 2015


Nama Sekolah : SK. BAGAN TERAP, SUNGAI BESAR,SEL
Tel. Sekolah

: 03 - 32165143

TAJUK:
WAKAF MINDA
1. 0

PENGENALAN
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Melalui pembacaan, kita akan
dapat menambahkan ilmu pengetahuan di samping mengetahui perkembangan terkini.
Selain itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang
selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis
kerana

lebih

banyak

perkataan

yang

mereka

ketahui

atau

kuasai.

Di samping itu, melalui pembacaan juga kita akan memperoleh banyak pengajaran dan
pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan dalam
kehidupan sehari-harian. Membaca juga boleh merehatkan minda setelah penat
belajar seharian.
Ada banyak bahan bacaan yang mudah diperoleh dewasa ini. Antaranya ialah komik,
surat khabar, majalah atau melalui internet. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat
dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai
atau tidak elok untuk dibaca.
Oleh itu, diharapkan Wakaf Minda ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
murid-murid sekolah ini. Dengan adanya ruang bacaan yang selesa dan lari daripada
skop bilik darjah akan dapat menarik minat murid untuk lebih membaca. Murid akan
dapat menikmati suasana luar yang nyaman sambil menambah ilmu pengetahuan bagi
mengisi masa lapang mereka. Bahan-bahan bacaan yang disediakan juga sesuai
dengan peringkat umur murid-murid.
2

Sejajar

dengan

kehendak

dan

keperluan

Pelan

Pembangunan

Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid,


maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya.
Cadangan mewujudkan Wakaf Minda adalah kerana sebilangan besar
murid Sekolah SK Bagan Terap,Sungai Besar, Selangor kurang minat
membaca . Budaya membaca perlu dipupuk terhadap murid-murid sekolah
pada setiap masa dan di mana mereka berada terutamanya ketika berada di
sekolah.

Pencapaian

akademik

murid-murid

di

sekolah

ini

yang

kebanyakannya pada tahap yang kurang memuaskan. Maka diharapkan


dengan adanya WAKAF MINDA ini dapat meningkatkan tahap pencapaian
dalam akademik.

2.0

RASIONAL
2.1

Menggunakan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah secara


tidak langsung dapat

mengurangkan masalah disiplin dalam bilik

darjah dan pada waktu rehat.


2.3

Kemahiran membaca

khususnya bahan-bahan bacaan dianggap

sebagai kemahiran hidup yang perlu dikuasai oleh semua murid bagi
meningkatkan pencapaian akedemik.
2.4

Membantu guru-guru di sekolah ini dalam mencari bahan pengajaran


untuk mendidik dan membimbing murid-murid dalam semua mata
pelajaran.

2.5

Menyemai rasa cinta warga sekolah terhadap ilmu dan kawasan


sekolah yang ceria seperti Wakaf Minda di samping meningkatkan
pencapaian murid di dalam mata pelajaran.

3.0

MATLAMAT
Mewujudkan budaya membaca khususnya dalam kalangan warga sekolah
dan melahirkan murid yang cemerlang dari sudut rohani dan jasmani
melalui budaya membaca sebagai amalan hidup.

4.0

OBJEKTIF
4.1

Memupuk budaya membaca khususnya bahan-bahan bacaan seperti


Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan lain-lain pada peringkat
awal lagi.

4.2

Menanamkan minat membaca di kalangan warga sekolah dan


masyarakat.

4.3

Amalan membaca khususnya bahan-bahan bacaan Bahasa Melayu


sebagai satu jambatan ilmu.

4.4

Melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif.

4.5

Meningkatkan keputusan akademik pelajar khususnya dalam semua


mata pelajaran dengan lebih cemerlang dan gemilang

4.6
4.7
4.8

Meningkatkan penglibatan murid-murid dengan aktiviti membaca.


Mewujudkan suasana ceria dan menarik minat untuk membaca.
Menambah sudut pembelajaran dan informasi di luar bilik darjah.

4.9

Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada murid,


guru dan Memberi peluang kepada murid merasai suasana membaca
yang santai.

5.0

SASARAN
5.1

Semua warga sekolah (murid-murid dan guru-guru).

5.2

Ibu bapa / penjaga murid dan masyarakat setempat khususnya yang


datang ke sekolah untuk menguruskan persekolahan anak-anak
mereka.

6.0

NAMA PROJEK
6.1

Wakaf Minda
Nama Projek
Kawasan Projek

: Wakaf Minda
: Di laluan antara Blok A dan B di

kawasan
4

Taman Herba.
Tarikh Pelaksanaan Projek : 23 Mac hingga 27 April 2015
Bahan-bahan Cadangan yang Akan Disediakan di Tempat Ini :
Karya murid, buku skrap, buku cerita, majalah dan carta Kad bacaan

7.0

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.


Skop kajian ialah untuk menggunakan kawasan sekolah yang masih
belum dimanfaatkan, modul-modul yang penulis hasilkan, buku-buku cerita
yang sudah lama daripada perpustakaan dan surat khabar lama.
Di samping itu, penulis juga menyediakan kad-kad perkataan dan
carta-carta tatabahasa. Penulis juga mempamerkan hasilan kerja murid
secara individu dan berkumpulan.

8.0

HARAPAN DAPATAN IMPAK DARIPADA PENYEDIAAN PROJEK


Antara harapan penulis ialah:
8.1
`
8.2

Dapat memupuk budaya membaca khususnya bahan-bahan bacaan


pada peringkat awal lagi.
Dapat menanamkan minat membaca dalam kalangan warga sekolah
dan masyarakat.

8.3

Menyemai sikap amalan membaca sebagai satu jambatan ilmu.

8.4

Dapat melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif.

8.5

Dapat meningkatkan keputusan akademik pelajar khususnya dalam


semua mata pelajaran.

9.0

ANGGARAN KOS PROJEK


Kos anggaran untuk projek inovasi ini dianggarkan RM 330.00. Berikut
ialah anggaran perbelanjaan untuk menghasilkan projek inovasi iaitu
WAKAF MINDA

Bi

Penggunaan

Anggaran

l
1
2
3

Kain pelapik meja dan renda kain


Kain atau plastik untuk papan kenyataan
Kertas hadiah untuk dinding dan

4
5

membalut kotak bekas bahan bacaan


Tikar getah untuk WAKAF MINDA
Buku cerita dan majalah baharu

Perbelanjaan
RM 50.00
RM 50.00
RM 30.00
RM 30.00
RM 20.00

(Sebahagiannya sumbangan perpustakaan


6
7
8
9

dan para masyarakat)


Bahan untuk menghasilkan buku skrap
Alat tulis, gam dan selotip
Fotostat bahan
Bakul untuk bahan bacaan
Jumlah Keseluruhan

10.0

RM
RM
RM
RM

40.00
30.00
30.00
50.00

RM 330.00

STRATEGI UNTUK MENYEDIAKAN WAKAF MINDA


10.1 Memberitahu cadangan dan meminta pandangan untuk menyediakan
WAKAF MINDA kepada Guru Besar dan warga sekolah.
10.2 Memberi taklimat pelaksanaan kepada pihak pentadbiran sekolah.
10.3 Membentuk AJK guru dan murid peringkat sekolah (sila lihat lampiran)
10.4 Memaklumkan kepada semua warga sekolah.
10.5 Pemilihan kawasan.
10.6 Pelaksanaan.
10.9 Perasmian.
10.10 Menarik minat dan mengalu-alukan penggunaan WAKAF MINDA .

11.0

PELAN TINDAKAN DAN TATACARA PENGURUSAN


Pelan tindakan dan tatacara pengurusan dalam penyediaan WAKAF MINDA
adalah seperti berikut:11.1 Projek ini akan dilaksanakan sepanjang tempoh praktikum dari 23 Mac
hingga 12 Jun 2015.

11.2 Kertas cadangan projek atau program (pelan tindakan dan konsep
program) akan dibentangkan dalam mesyuarat perjumpaan dengan
pensyarah UPM yang dilantik, pihak pentadbiran sekolah, guru
pembimbing latihan mengajar dan jawatankuasa pelaksana.
11.3 Pemantauan projek akan dikendalikan oleh dan dipantau dari semasa
ke
semasa oleh pensyarah UPM yang dilantik, pihak pentadbiran sekolah,
guru pembimbing latihan mengajar dan jawatankuasa Pelaksana
Program SK> Bagan Terap. Sungai Besar Selangor melalui mesyuarat
atau perjumpaan rasmi atau tidak rasmi.
11.4 Pendedahan konsep, matlamat, objektif penyediaan WAKAF MINDA
kepada warga sekolah.
11.5 Penubuhan AJK WAKAF MINDA guru dan murid.
11.6 Mencari bantuan khidmat nasihat pakar / bimbingan / kewangan
(sekolah).
11.7 Mencari maklumat yang berkaitan.
11.8 Merancang aktiviti / program / bahan-bahan yang akan diletakkan.
11.9 Melaksanakan penyediaan WAKAF MINDA yang dirancang.
11.10 Perbincangan dan memohon pandangan daripada pihak pentadbir dan
guru-guru yang lain dari masa ke semasa.
11.11 Aktiviti susulan.
11.12 Pemantauan & penyelenggaran.
11.13 Laporan.
12.0 PELAKSANAAN
12.1 Penyediaan WAKAF MINDA adalah berdasarkan Pelan Tindakan yang
diluluskan.
12.2 Pemberitahuan tentang wujudnya WAKAF MINDA akan diberitahu
semasa perhimpunan rasmi mingguan.
12.3 Postmortem projek inovasi untuk penambahbaikan akan dilakukan.

12.4 Penglibatan pihak sekolah (pentadbir, guru-guru dan murid-murid)


atau
swasta untuk khidmat nasihat.
13.0 APLIKASI ILMU DALAM PENYEDIAAN WAKAF MINDA
13.1 Bahan-bahan yang akan disediakan dapat merangsang dan menggalakkan
murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

13.2

Bahan-bahan yang akan disediakan terdapat penggabungjalinan

yang memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran


di dalam kelas kerana melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai
serentak dan dapat mengelakkan kebosanan.
13.3
Bahan-bahan yang akan disediakan terdapat penyerapan unsurunsur ilmu dan nilai-nilai murni.
13.4
Bahan-bahan yang akan disediakan seperti bahan bacaan tambahan, kadkad kerja dan bahan-bahan aktiviti boleh disediakan untuk murid yang telah menguasai
kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada
jangka masa yang ditentukan.
13.5
Bahan-bahan yang akan disediakan terdiri daripada kad-kad, carta, bahan
maujud, alat permainan, dan lain-lain disediakan untuk aktiviti pemulihan.
13.6
Soalan-soalan yang akan disediakan bercorak penilaian secara tidak langsung
yang perlu dijalankan berterusan.
Bahan-bahan yang akan disediakan di kedua-dua sudut bacaan ini

13.7

terdapat pelbagai teknik latih tubi dalam Bahasa Melayu iaitu aktiviti
pengulangan fakta-fakta yang dipelajari untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran di samping menjamin kekekalannya seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
14.0 KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENYEDIAAN WAKAF MINDA
14.1 Kreativiti yang akan diutamakan dalam Penyediaan WAKAF MINDA
14.1.1

Mewujudkan persekitaran yang selesa dan praktikal untuk


perkembangan kreativiti murid-murid dan semua warga

sekolah

14.1.2 Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat murid-murid


serta semua warga sekolah .
14.1.3

Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong

kreativiti
murid-murid dan semua warga sekolah .
14.1.4 Membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang
menggalakkan kreativiti murid dan warga sekolah.
14.1.5 Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah .
15.2 Inovasi yang akan diutamakan dalam Penyediaan WAKAF MINDA
15.2.1 Menarik minat semua warga sekolah dalam akitiviti membaca
dalam suasana yang selesa dan menarik.
15.2.2 Muafakat dan perbincangan tentang penyediaan kedua-dua
sudut
bacaan, maklumat dan fakta yang diperoleh dan akan
disediakan daripada warga sekolah, pengguna, masyarakat dan
persekitaran. Sesi muafakat berlaku secara berterusan.
15.2.3 Mementingkan pengurusan, wawasan dan objektif penyediaan
sudut bacaan, pendapat daripada orang lain dan rupa bentuk
yang
fleksibel dan menarik.
15.2.4 Mementingkan keupayaan mengatasi rintangan dan
keberanian
untuk mencuba idea yang unik dan ganjil.
15.2.5 Melakukan inovasi, suasana yang mendorong inovasi dan
penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baharu
dan mencipta nama baru.
15.2.6 Mementingkan jangkaan kepentingan WAKAF MINDA
pada masa depan.
16.0

SUMBER MANUSIA
9

Untuk mencapai tujuan menyediakan Wakaf Minda sepanjang latihan


mengajar ini dijalankan penulis akan meminta bantuan para pekerja swasta
sekolah, guru-guru dan murid-murid terutama dari segi khidmat nasihat dan
dorongan.
Penulis akan meminta bantuan murid-murid menghasilkan buku-buku
skrap bagi menambahkan bahan pada kedua-dua sudut bacaan. Penulis
juga akan meminta kerjasama daripaqda Pusat Sumber Sekolah dari segi
penyediaan bahan bacaan yang menarik dan berkualiti. Di samping itu,
bantuan para pekerja swasta untuk menyediakan meja-meja dan bangkubangku di Wakaf Minda amatlah dialu-alukan dan diucapkan terimakasih.

17.0 KESIMPULAN
Pihak sekolah telah menggalakkan mewujudkan sudut-sudut bacaan
seperti Wakaf Minda yang akan dapat mengisi masa-masa terluang murid
bagi mendapatkan bahan bacaan. Ini disebabkan lokasi Pusat Sumber yang
agak jauh dan memakan masa untuk ke sana.
Untuk mencapai tujuan ini, pihak sekolah telah memberi kebenaran
kepada

penulis

untuk

menyediakan

Wakaf

Minda

sepanjang

latihan

mengajar ini dijalankan. Kebenaran ini telah diberikan setelah penulis


berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah dan memohon kebenaran untuk
menjalani latihan mengajar di sekolah ini di samping berbincang tentak
projek inovasi yang perlu dihasilkan pada 12 Februari 2015.
Diharapkan penyediaan Wakaf Minda ini dapat memberikan manfaat
kepada semua warga sekolah SK. Bagan Terap. Selain itu, diharapkan dapat
menyemai sikap murid-murid di sekolah ini menggunakan masa dengan
perkara-perkara yang berfaedah, membantu guru-guru di sekolah ini dalam
mencari bahan bacaan dan menyemai rasa cinta warga sekolah terhadap
ilmu dan kawasan sekolah seperti kata orang bijak pandai Sekolahku,
syurgaku.
10

Disediakan oleh,
.............................................................
(AZIZAH BINTI BAHAROM)
Pelajar Semester Tujuh 2014 2015,
Program Bacelor Pendidikan,
(Pendidikan Sekolah Rendah dengan Kepujian (PPG)),
Mata Pelajaran Inovasi untuk Latihan Mengajar,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
43400 UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Disokong oleh,
.............................................................
(EN. MOHAMAD ZAMHARI BIN FADZLULLAH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bagan Terap,
45400 Sungai Besar ,
Selangor Darul Ehsan.

Disokong oleh,
11

.............................................................
(

Peyelia Major Semester Tujuh 2014 2015,


Program Bacelor Pendidikan,
(Pendidikan Sekolah Rendah dengan Kepujian (PPG)),
Mata Pelajaran Inovasi untuk Latihan Mengajar,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
43400 UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan.

12

Anda mungkin juga menyukai