Anda di halaman 1dari 1

Refleksi M5 Pada minggu ini, saya telah mempelajari penggunaan kalkulator dan komputer dalam pengiraan.

Semasa waktu tutorial, kami saling berbincang dengan pensyarah tentang kekuatan dan kelemahan tentang teknologi sebegini. Dalam proses P&P, teknologi ini mampu membantu murid-murid dalam pembelajaran matematik. Sebaagi contoh, pelbagai bentuk contoh-contoh penyelesaian masalah boleh dikaji dan dipersembahkan oleh kalkulator dan komputer jika murid-murid dapat menguasai cara penggunaannya. Teknologi grafik secara visual pula akan membantu murid-murid dalam pembelajaran grafik. Ia memudahkan pengkajian ciri-ciri fungsi linear, fungsi kuadratik, fungsi kubik dan fungsi-fungsi lain. Kuasa pengiraan teknologi ini akan membantu dalam penyelesaian masalah yang sebelum ini mungkin tidak dapat diselesaikan. Di samping itu, teknologi ini dapat melakukan proses pengiraan dengan cepat dan tepat. Di sebaliknya, penggunaan teknologi juga ada kelemahannya. Hal ini

kerana, murid-murid akan terlalu bergantung kepada kalkulator menyebabkan mereka tidak memerlukan pemikiran dengan banyak dan seterusnya

menyebabkan mereka merosot dari segi pencapaian matematik. Secara kesimpulannya, sebagai seorang guru kita haruslah membimbing murid-murid menggunakan tekologi sebegini dengan betul dan tepat. Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada teknologi ini kerana ia akan menyebabkan kemerosotan pemikiran.

Anda mungkin juga menyukai