Anda di halaman 1dari 17

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

1.0 LATARBELAKANG

1.1 Pengenalan

Strok (angin ahmar) adalah satu keadaan di mana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Rajah 1 menunjukkan fungsi-fungsi otak.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Di antara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.

Strok adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit strok dan kematian akibat strok.

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

1.2 Epidemiologi

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti strok merupakan penyakit yang ketiga tinggi di seluruh dunia.

Di Malaysia, strok adalah antara 10 penyebab utama kematian di hospital kerajaan. Terdapat lebih kurang 2.500 kematian dan 12,000 kes strok dikeluarkan dari hospital kerajaan setiap tahun. Menurut Laporan Tahunan Kesihatan 2011, penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian di hospital kerajaan pada tahun 2011, iaitu 12,282 kematian atau 25.64% (Pusat Informatik Kesihatan, 2011). Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap strok yang dirawat.

Menurut artikel Dr Kalpana Nayar, Penasihat Perubatan Bayer HealthCare, faktafakta berikut adalah amat perlu diberi perhatian untuk meningkatkan kesedaran

masyarakat tentang pentingnya mencegah strok: Setiap dua saat, seseorang di dunia mengalami strok. Setiap enam saat, seseorang mati akibat strok. Setiap enam saat, kualiti seseorang hidup selama-lamanya akan berubah kerana dia akan hilang upaya kekal akibat strok.

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

1.3 Jenis-jenis Strok

1.3.1 Strok Hemoragik (Hemorrhagic Stroke)

Pendarahan di dalam tisu otak (pendarahan intraserebrum)

Strok jenis ini disebabkan oleh pendarahan yang terjadi di dalam dan di sekeliling otak. Pendarahan yang berlaku di antara otak dan tengkorak dikenali sebagai pendarahan subaraknoid (subarachnoid hemorrhage). Ia biasanya disebabkan oleh aneurisma (aneurysm) yang pecah, malformasi arteriovena (arteriovenous malformation) dan juga kecederaan di kepala. Pendarahan di dalam tisu otak dikenali sebagai pendarahan intraserebrum (intracerebral hemorrhage) dan ini berpunca dari tekanan darah tinggi.

Aneurisma ialah satu keadaan di mana dinding arteri menjadi lemah, menyebabkan ia anjal dan mengembang. Pada lazimnya ia berlaku di cabang-cabang arteri.

Hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah peningkatan tekanan darah yang menyebabkan arteri arteri yang lebih kecil dalam otak pecah . Darah yang terbebas di dalam tisu otak akan menekan arteriol-arteriol yang berhampiran menyebabkan ia pecah dan membawa kepada pendarahan yang lebih banyak. Tekanan darah tinggi juga boleh

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

menyebabkan infak kecil (miniature infarct) yang hampir menyerupai strok, tetapi pada tahap yang lebih kecil.

Malformasi Arteriovena (Arteriov Venous Malformation, AVM) ialah satu keabnormalan pada pembuluh darah di mana arteri bersambung terus dengan vena tanpa melalui jaringan kapilari terlebih dahulu. Tekanan dari darah yang melalui arteri menjadi terlalu tinggi untuk diterima oleh vena dan ini menyebabkan ianya mengembang. Pengembangan ini mampu menyebabkan vena itu pecah dan berdarah.

1.3.2 Strok Iskemia (Ischemic Stroke)

Pemendakan kolesterol dan plak pada dinding arteri telah mengganggu pengaliran darah di otak

Strok jenis ini berlaku kerana terdapatnya sekatan atau pengurangan aliran darah ke bahagian-bahagian otak. Sekatan ini berlaku disebabkan oleh arterosklerosis dan juga pembentukan bekuan darah. Arterosklerosis (artherosclerosis) atau pengerasan arteri adalah hasil dari pemendakan kolesterol (cholesterol) dan plak pada dinding arteri. Endapan kolesterol ini mampu menjadi cukup besar untuk menyempitkan pembuluh darah dan seterusnya mengurangkan aliran darah. Ia juga mampu untuk mengurangkan kemampuan arteri untuk anjal. Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.
4

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

1.4 Kejadian yang menjurus kepada strok

Mangsa strok biasanya akan mengalami "strok kecil" ataupun tanda-tanda amaran sebelum berlakunya serangan strok yang sebenar.

Serangan Iskemik Sementara atau Transient Ischaemic Attack (TIA) merupakan serangan amaran (warning strokes) yang biasanya mengambil masa dari beberapa minit hingga ke 24 jam. Tanda-tanda atau simptom yang timbul ini biasanya akan pulih sepenuhnya. TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.

Reversible Ischaemic Neurological Deficit (RIND) pula ialah serangan yang berakhir lebih daripada 24 jam. Jangkamasa pemulihan biasanya ialah 3 minggu. Selepas setiap serangan RIND, tidak akan ada tisu-tisu yang musnah, tetapi selepas satu serangan RIND, risiko mendapat infak yang lengkap akan meningkat. Infaksi lengkap adalah serangan yang boleh menyebabkan pemusnahan kekal pada tisu otak, dan boleh menyebabkan masalah seperti pengurangan fungsi sistem saraf (neurologi) yang lebih serius. Penyembuhan biasanya tidak sepenuhnya dan akan mengambil masa lebih daripada tiga minggu.

1.5 Faktor meningkatkan risiko Strok

i. Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat. Ini merosakkan dindingdinding arteri. ii. Diet. Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri. iii. Penyakit kencing manis (Diabetes). Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok. iv. Pernah mengalami TIA. Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya.

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

v. Fibrilasi atrium. Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak. vi. Merokok. Ini mempunyai berbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi. vii. Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukuan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah. viii. Sesetengah jenis pil perancang keluarga. Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Mereka juga boleh menaikkan tekanan darah.

2.0 PUNCA-PUNCA STROK

Strok boleh menyebabkan pengerakan kurang upaya dalam jangka panjang atau jangka pendek dalam kehidupan harian kita. Dengan ini, penyakit ini dikatakan lebih serius daripada penyakit yang lain. Justeru, kita perlulah mengenalpasti punca-punca penyakit ini supaya kesihatan badan kita dapat dijaminkan.

Punca strok boleh dibahagikan kepada faktor risiko yang boleh diubah iaitu; pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat. Memang tidak boleh dinafikan bahawa terdapat juga faktor risiko yang tidak boleh diubah antaranya termasuk; kelanjutan umur, perbezaan jantina, keadaan-keadaan kongenital, serta mempunyai rekod yang lama terhadap penyakit angin ahmar.

Punca yang terutama ialah pemakanan yang tidak seimbang atau tidak sihat. Pemakanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan

pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Kelebihan lemak ini akan mengumpul di saluran darah badan kita sehingga mengakibatkan saluran darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, sehingga mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

otak

itu

tidak

berfungsi

lagi.

Strok

ialah

kecederaan saraf yang

serius

dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Punca yang lain ialah gaya hidup yang kurang sihat. Pada zaman yang materialistik ini, kebanyakkan orang sibuk mengerjakan kerjaya mereka sehingga melupakan dan mengabaikan kesihatan badannya. Kesibukkan ini menyebabkan kita terpaksa menghadapi tekanan yang tinggi dalam kehidupan seharian. Tekanan yang tinggi ini menyebabkan kita mempunyai alasan untuk mengambil alkohol dan merokok semata-mata untuk mengurangkan ketekanan. Malangnya, alasan ini hanya akan membawa keburukan kepada diri sendiri sahaja. Pengambilan yang kerterlaluan mengakibatkan kerosakan paru-paru dan hati. Lama-kelamaan strok akan melanda badan kita.

Seterusnya, salah satu faktor risiko strok yang terutama ialah kelanjutan umur. Berdasarkan statistik yang dijumpai, 95% daripada semua serangan strok berlaku pada mereka yang berusia 45 atau lebih, serta dua pertiga strok berlaku di kalangan mereka yang berusia melebihi 65 tahun mempunyai kecenderungan risiko yang tinggi untuk menghadapi penyakit ini. Risiko seseorang menemui maut sekiranya diserang strok turut meningkat dengan usia. Bagaimanapun, strok boleh menyerang pada segenap usia, termasuk janin.

Di samping itu, faktor perbezaan jantina juga merupakan faktor yang khusus terhadap penyakit strok. Lelaki mempunyai kemungkinan sebanyak 1.25 kali untuk diserang oleh strok jika dibandingkan dengan wanita. Walaupun bagaimanapun, terdapat 60% daripada kematian yang diakibatkan oleh strok berlaku pada wanita kerana wanita mempunyai usia yang lebih tinggi daripada lelaki. Kenyataan ini boleh disokong dengan fakta berikut; umur purata mereka adalah lebih tua ketika diserang oleh strok dengan ini, wanita mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam kemautan. Tambahan pula, sesetengah faktor risiko strok hanya khusus bagi wanita terutama bagi wanita yang mengandung, bersalin, putus haid, dan rawatan-rawatannya (HRT).

Tambahan lagi, faktor sampingan yang tidak boleh dielakkan ialah keadaankeadaan congenital iaitu pembawa penyakit sejak lahir, kelihatannya merupakan

penyakit keturunan untuk sesetengah keluarga. Selain daripada itu, mereka yang pernah

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

diserang oleh strok juga mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diserang lagi pada masa akan datang. Penyakit-penyakit seperti obesiti, kencing manis dan tekanan darah tinggi juga akan mengakibatkan strok. Dengan punca-punca di atas, kita hendaklah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan penyakit ini dan marilah kita bersama-sama untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat serta seimbang.

3.0 TANDA-TANDA (SIMPTOM) STROK

Pencengahan lebih baik daripada mengubati, kata pepatah ini amat sesuai bagi tajuk ini iaitu, tanda-tanda penyakit angin anmar. Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak dengan segera daripada segi perubatan, seseorang boleh mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya. Tanda- tanda strok boleh ditemui daripada seluruh badan kita, iaitu muka hingga kaki. Berikut merupakan tanda-tanda yang dapat kita mengenalpasti sebelum bertindak daripada segi perubatan.

Rasa lemah pada otot muka, lengan,kaki atau sebahagian badan kita dan kebas secara tiba-tiba, apabila seseorang didapati mempunyai tanda-tanda atau gejala ini, seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar. Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata. Di samping itu, pertuturan juga akan diancam umpamanya, susah bertutur dengan biasa dengan orang lain. Strok bukan sahaja membawa tanda-tanda ini sahaja, ia juga akan menyebabkan seseorang berasa sakit kepala tanpa sebab yang tertentu.

Seterusnya, keadaan penyakit ini akan menjadi kronik jikan seseorang didapati sukar berjalan, sentiasa berasa pening, hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba. Tambahan lagi, seseorang akan menghadapi masalah kesusahan untuk menelan dan meminum makanan dan minuman dalam kehidupan hariannya. Tanda-tanda yang kronik ini mungkin akan mengakibatkan seseorang menghidap strok dalam jangka pendek atau jangka panjang, maka berhati-hatilah meningkatkan kewaspadan pada bila-bila masa serta menjaga kesihatan badan kita.

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

Jika seseorang dapati ada ahli keluarga atau teman mengadu mengalami gejala di atas, anda boleh melakukan ujian mudah dipanggil FAST iaitu:

F(face) Muka

Minta seseorang itu untuk senyum. Adakah senyumannya senget sebelah?

A(arm) Lengan

Suruh individu itu mengangkat kedua-dua tangannya. Adakah sebelah tangan jatuh?

S(Speech) Percakapan

Adakah individu itu boleh mengulang ayat mudah? Adakah percakapannya tidak jelas dan sukar difahami?

T(Time) Masa

Masa adalah perkara yang sangat kritikal bagi pesakit strok. Ini kerana tempoh untuk memulihkan serangan strok sangat terhad iaitu kurang dari empat jam selepas serangan.

Jika individu itu menunjukkan tanda di atas, segeralah membawa seseorang itu ke hospital untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Peringatan, Setiap saat berlalu bermakna semakin banyak sel otak yang mati.

4.0 Kaedah Rawatan

Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :

Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak

Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman

menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)

Nasihat amalan pemakanan sihat

Rawatan untuk strok adalah bergantung kepada penyebab strok itu sendiri. Masalah saraf dan kelumpuhan akibat pendarahan atau kerosakan sel di otak biasanya
9

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

sukar dipulihkan kecuali pada kes yang tidak begitu teruk. Di peringkat awal selepas berlaku strok, rawatan sokongan serta ubat tertentu diperlukan untuk mengelakkan kerosakan otak yang lebih meluas/teruk.

Rawatan sokongan yang diberikan bergantung kepada tahap keterukan strok, di mana ianya boleh terdiri dari bantuan pernafasan, pemantauan status kardiovaskular, pemberian cecair yang diperlukan tubuh (bendalir intravena) serta jagaan kejururawatan.

4.1 Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok

Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal. Terapi rehabilitasi iaitu bagi mengelakkan komplikasi akibat masalah kelumpuhan atau lemah anggota, cara penggunaan tandas, penyesuaian tabiat pemakanan serta sokongan emosi. Penggunaan vitamin peransang saraf otak mungkin digunakan walaupun kesan pemulihan dengan penggunaannya adalah tidak begitu menggalakkan.

Sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam proses rehabilitasi adalah seperti berikut :

Jurupulih Pertuturan
o

membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan

Jurupulih Cara Kerja


o

mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar

Jurupulih Anggota
o

mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan

10

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

4.2 Jenis-jenis ubatan mengurangkan risiko strok berlaku lagi

Jika seseorang pernah mengalami strok, besar kemungkinan dia akan mengambil ubat-ubatan yang ditentukan oleh doktor untuk mengurangkan risiko strok berlaku lagi. Ubat-ubat yang ditentukan selalunya ubat yang merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko gumpalan darah dan mengurangkan tahap kolesterol tidak baik.

4.2.1 Ubat-ubat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi adalah sebab paling utama strok. Terdapat beberapa jenis ubat untuk merawat masalah ini. Beberapa jenis ubatan yang paling biasa digunakan adalah: a) Diuretik membuang lebihan bendalir dan garam (sodium) dari tubuh b) Penghalang-beta mengurangkan kadar degupan jantung dan pengeluaran darah dari jantung. c) Penghalang saraf simpatetik saraf simpatetik menjalar dari otak ke semua bahagian tubuh, termasuk arteri. Ia boleh mengecutkan arteri, lalu meninggikan tekanan darah. Kelas ubatan ini mengurangkan tekanan darah dengan menghalang saraf-saraf ini dari mengecutkan saluran darah. d) Pengembang saraf ini boleh menyebabkan otot pada dinding salurah darah untuk berehat, membolehkan saluran mengembang. e) Penghalang enzim pengubah-angiotensin (ACE) ini mengganggu pengeluaran angiotensin tubuh, sejenis bahan kimia yang menyebabkan arteri mengecut. f) Penghalang penerima angiotensin II menghalang kesan angiotensin g) Antagonis kalsium boleh mengurangkan kadar degupan jantung dan merehatkan saluran darah.

4.2.2 Ubat-ubatan anti-platelet dan aspirin untuk mengelakkan darah beku

Jika seseorang telah mengalami strok iskemia (yang disebabkan oleh sekatan saluran darah oleh darah beku), kemungkinan besar doktor akan bagi ubat-ubat termasuk asperin, tiklopidin dan klopidogrel, yang dipanggil ubat-ubat anti-platelet. Mereka berfungsi dengan mengelakkan sel-sel darah yang dikenali sebagai platelet dari menggumpal untuk membentuk darah beku yang boleh mengurangkan atau

menghentikan sama sekali pengaliran darah ke bahagian otak dan menyebabkan strok.

11

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

Namun begitu, ubat-ubat anti-platelet tidak sesuai bagi mereka yang stroknya disebabkan oleh pendarahan akibat saluran darah yang pecah.

4.2.3 Ubat bagi fibrilasi atrium

Fibrilasi atrium adalah degupan jantung yang tidak teratur yang boleh menyebabkan gumpalan darah mudah terbentuk di dalam jantung. Darah beku ini mungkin tertanggal dan bergerak ke arteri di dalam otak dan mengakibatkan strok. Untuk mengelakkan ini dari berlaku, doktor mungkin menetapkan sejenis ubat anti-penggumpal, biasanya wafarin. Ubat ini menghalang protein-protein penggumpal, mencairkan darah, mengurangkan kemungkinan pembentukan gumpalan.

4.2.4 Ubat-ubat merendahkan kolesterol Tahap kolesterol tidak baik dalam darah yang tinggi meninggikan risiko strok. Jika perubahan diet seperti mengurangkan memakan daging dan makanan berlemak tinggi tidak mengurangkan tahap kolesterol di dalam darah, doktor anda mungkin akan menentukan ubat merendahkan kolesterol yang direka untuk mengurangkan tahap lemak (lipid) di dalam darah, termasuk kolesterol dan trigliserida.

4.2.5 Ubat-ubat untuk Diabetes Melitus

Diabetes (Penyakit kencing manis) menyumbang kepada pembentukan plak di dalam dinding arteri yang lama-kelamaan menyekat aliran darah. Jika tidak cukup darah sampai ke sel-sel otak, strok akan berlaku.

4.3 Pemeriksaan kesihatan yang tetap/ teratur

Jika anda pernah mengalami strok, adalah penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara teratur supaya tekanan darah, tahap kolesterol dan berat badan anda dapat diawasi. Semua jenis ubat-ubatan di atas hanya boleh didapati dengan surat ubat doktor. Anda patut sentiasa mendapatkan penjelasan sepenuhnya dari doktor anda berkenaan manfaat dan kesan sampingan yang mungkin timbul dari ubat-ubat yang ditentukan bagi anda.

12

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

Rujukan

Hamidon, B. B., & Raymond, A. A. (2003). Risk factors and complications of acute ischaemic stroke patients at Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

(HUKM). Medical Journal of Malaysia, 58(4), 499-505.

My Health, Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Angin Ahmar / Strok. Dipetik dari http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/dewasa/penyakit/penyakitkardiovaskular-cvd

Loo, K. W., & Gan, S. H. (2012). Burden of stroke in Malaysia. International Journal of Stroke, 7(2), 165-167.

Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Laporan tahunan kesihatan 2011. Dipetik dari

http://www.moh.gov.my/images/gallery/publications/md/ar/2011_en.pdf

Richard, L. (2008). Stroke. Selangor, Malaysia: Oxford University Press.

Robert, J., Wityk, M.D., Rafael, H. & Llinas, M.D. (2007). Stroke. United States: ACP Press.

Tan, K. S., Tan, C. T., Churilov, L., Mackay, M., & Donnan, G. A. (2010). Ischaemic stroke in young adults: a comparative study between Malaysia and

Australia. Neurology Asia, 15(1), 1-9.

The Star Online. (2011). When stroke strikes. Dipetik dari http://thestar.com.my/health/story.asp?file=/2011/10/30/health/9788575&sec=heal th

13

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

PENCEGAHAN Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di Amerika Syarikat. Lebih dari 2,600 rakyat Amerika mati setiap hari dari penyakit kardiovaskular manakala lebih dari 60 juta mengalami masalah tersebut. Ramai lagi telah mengalami serangan jantung atau angin ahmar manakala ada yang menghadapi risiko tinggi dan sedang mendapatkan rawatan serta melakukan perubahan yang perlu untuk mengurangkan risiko yang sedang mereka hadapi. Sebenarnya, banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan jantung anda lebih sihat walaupun anda telah melalui pengalaman yang teruk. Perubahan yang sihat akan menolong anda untuk merasa dan kelihatan lebih sihat. Kadar kematian dari serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain penyakit jantung akan menurun jika cara hidup yang sihat diamalkan. Ini bermakna cara hidup sihat memainkan peranan yang amat besar. Sekaranglah waktunya untuk mengubah fikiran anda untuk mengawal masa depan anda. Setiap perubahan yang dibuat akan memudahkan anda membuat perubahan yang seterusnya. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil: Amalkan pemakanan yang sihat Amalkan senaman yang teratur. Kekalkan berat badan unggul.

14

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

Jangan merokok Kurangkan stres. Penjagaan kesihatan yang sempurna

Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar? Ya! Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :

Kawal tekanan darah Kawal tahap Kolesterol Kawal penyakit Diabetes Amalkan cara pemakanan sihat Berhenti merokok Kerap bersenam Menangani tekanan mental Kurangkan pengambilan minuman keras

Apakah Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Mengurangkan Risiko Strok?

1. Jadilah lebih aktif secara fizikal. Senaman membantu menurunkan tekanan darah (tekanan darah tinggi adalah satu-satunya faktor risiko terbesar untuk strok), mengawal berat badan, membantu membentuk imbangan lemak darah yang sihat dan meningkatkan kebolehan badan mengawal insulin. Tetapkan untuk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal sederhana selama 30 minit sekurang-kurangnya lima hari seminggu. 2. Amalkan diet yang sihat. Buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah sumber penting antioksidan, vitamin dan mineral, yang dibuktikan oleh penyelidikan, dapat mengurangkan risiko strok. Pengambilan garam yang

15

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

tinggi telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara terlalu banyak lemak tepu boleh membawa kepada arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri). 3. Kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan membawa risiko strok. 4. Jangan merokok. Merokok meninggikan risiko strok kerana ia menyebabkan arterosklerosis (pengasaran permukaan dinding arteri) dan menjadikan darah lebih mudah bergumpal. 5. Minum alkohol dengan bijak. Memerhatikan pengambilan alkohol boleh membantu anda mengelakkan strok. Elakkan minum dengan banyak, terutamanya minum jumlah alkohol yang banyak sekaligus, kerana ini boleh menyebabkan tekanan darah melambung naik. Jangan minum setiap hari. Cuba untuk tidak minum satu atau dua hari dalam seminggu. 6. Periksa tekanan darah anda. Semua orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun (lebih kerap jika mereka menghidap tekanan darah tinggi), mengambil ubat atau mempunyai masalah perubatan yang lain. 7. Minta nasihat dari doktor anda sebelum mengambil pil perancang keluarga atau menjalani terapi penggantian hormon (HRT).

16

PJA2103 KEMAHIRAN PROFESIONAL OLAHRAGA DAN PERMAINAN

TUGASAN 1

17

Anda mungkin juga menyukai