Anda di halaman 1dari 8

Muniera binti Mat Saleh PISMP TESL 1 SEM 1

Kesantunan verbal bermaksud komunikasi lisan. Komunikasi jenis ini banyak digunakan dalam kalangan individu

dan berlaku setiap hari. bertujuan untuk melahirkan dan berkongsi pendapat, bertukartukar fikiran, idea, maklumat serta meluahkan perasaan dengan orang lain. Komunikasi akan menjadi lebih menarik dan berkesan apabila kesantunan verbal diamalkan dalam percakapan. Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut. Tuntasnya, kesantunan verbal melibatkan percakapan yang bersopan santun dan beradab agar perbincangan dijalankan dengan lancar. Lebih lebih lagi, perhubungan dapat dieratkan dengan rapat.

Semasa Membuat Panggilan


Selepas ungkapan hello, mulakan dengan buat

semakan untuk mempastikan tempat yang dihubungi dan nama pegawai betul.Kemudian perkenalkan diri dan organisasi yang diwakili. Contoh: Hello Unit Pentadbiran. Saya Puan Nurul dari Unit Bahasa Inggeris. Izinkan saya bercakap dengan Puan Faezah ? Terima kasih.

Semasa Menjawab Panggilan


Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat

diikuti oleh nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada suara yang ramah sebaik sahaja anda mengangkat gagang telefon. Contohnya: Hello...Selamat tengahari, Pusat Sumber IPG Kampus Dato Razali Ismail. Puan Najwa bercakap. Boleh saya bantu?

Kesantunan Bahasa di Kaunter


Bahagian di hadapan kaunter adalah tempat di mana

orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Justeru petugas perlu senyum dan bertanyalah dengan bahasa yang bersantun. Contoh: Selamat pagi encik/puan, boleh saya bantu? Terima kasih, jumpa lagi.

Kesantunan Bahasa di Pintu Masuk


Imej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk.

Walaupun petugas di pondok pengawal dikendalikan syarikat swasta, namun mereka untuk perlu bertutur dengan penuh kesantunan. Contoh: Selamat pagi encik, boleh saya bantu? Maaf encik, hanya kenderaan yang mempunyai pelekat rasmi sahaja dibenarkan masuk.

Kesantunan Bahasa di Tempat Letak Kereta


Maaf encik/puan, di sini tidak dibenarkan

meletakkan kenderaan. Mohon alihkan kenderaan ke tempat meletak kereta di sana.

Anda mungkin juga menyukai