Anda di halaman 1dari 19

NO. KUMPULAN: UPSI 18 NAMA PENSYARAH: PROF.

MADYA MOHD TAIB BIN ARIFFIN

KERJA KURSUS: TUGASAN 1 BMK 3023 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

NAMA PELAJAR NORIS BINTI KASSIM NO. ID D20102045539

TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN : 19 OKTOBER 2012

SOALAN 7. BUDAYA DAN HALANGANNYA KEPADA KOMUNIKASI BERKESAN DI SEKOLAH

PENGENALAN BUDAYA Budaya merupakan satu konsep yang sering disebut tetapi tidak ramai orang yang dapat menjelaskan dengan baik dan terperinci. Devito (2009) menyatakan budaya mengandungi dua aspek utama iaitu pertama, secara relatifnya mempunyai elemen-elemen khusus tentang cara hidup suatu kumpulan manusia. Kedua, diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui proses komunikasi dan bukannya genetik. Menurutnya, budaya adalah segala-gala yang dibentuk dan dihasilkan oleh sesuatu masyarakat itu seperti nilai, kepercayaan, artifak, bahasa, cara bertingkahlaku dan berfikir, lukisan, undang-undang, agama, stail komunikasi dan teori-teorinya serta sikap. Amalan-amalan ini diajar dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui proses komunikasi dan tidak ada kaitan dengan faktor-faktor genetik atau darah keturunan. Ia dalah warisan cara hidup dan amalan masyarakat tersebut. Trenholm dan Jensen (2009) menyebut budaya sebagai nilai dan kepercayaan, norma dan adat, peraturan-peraturan dan kod-kod, yang didefinisikan secara sosial oleh sekumpulan masyarakat, mengikat mereka antara satu sama lain dan mewujudkan suatu kelaziman atau persamaan kepada mereka. Inilah yang membentuk kelainan atau perbezaan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Ia menentukan cara masyarakat itu berfikir, menanggap dunia ini, membina hubungan dengan orang lain, bagaimana ia membentuk dan mencapai matlamat serta bertukar-tukar mesej. Mengikut pendapat Tubbs & Moss, 2010 pula, budaya adalah cara hidup yang dibina dan dikongsi oleh sekumpulan manusia dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Ia terbina dari pelbagai elemen yang kompleks termasuklah agama, sistem politik, adat resam, bahasa, peralatan-peralatan, pakaian, bangunan dan cara bekerja. Ia juga merangkumi cara pergaulan, percakapan, adat istiadat perkahwinan, makanan, cara bekerja, berfikir, dan sebagainya lagi.

HALANGAN DALAM KEBUDAYAAN Disebalik keharmonian yang kita kecapi, masih terdapat sedikit kepincangan dalamusaha mempertahankan keamanan hubungan antara etnik. Dari segi aspek sosial, masalah yang sering dihadapi dapat dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu: :i. Bahasa ii. Agama dan Kepercayaan iii. Pendidikan iv. Adat resam

Kepincangan dalam memelihara hubungan sosial yang baik antara kaum akan menimbulkan pelbagai isu yang boleh memecah belahkan perpaduan yang wujud.

i.

Bahasa

Faktor perbezaan bahasa yang wujud dalam kalangan masyarakat di Malaysia bolehmenyebabkan kesukaran berinteraksi seterusnya menyebabkan jarak sosial yangketara dalam kalangan masyarakat. Kekangan bahasa dan kesukaran memahami bahasa lain akan membataskan interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Hal ini bukan sahaja wujud akibat tidak memahami bahasa tetapi juga disebabkan oleh salah faham yang timbul akibat tidak memahami apa yang diperkatakan. Dengan memahami bahasa, interaksi sosial antara kaum dapat diperkukuh. Sekiranya setiap kaum di Malaysia berusaha untuk memahami bahasa kaum yang lain, salah faham dapat dielakkan. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi setiap individu dalam masyarakat untuk cuba memahami bahasa kaum lain agar tidak berlakunya salah faham seterusnya dapat membina interaksi yang positif. Antara strategi yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan jurang persefahaman dalam aspek bahasa adalah dengan penggunaan satu bahasa yang yang sama di sekolah yang mana merupakan alat yang paling berkesan dalam memupuk perpaduan dalam kalangan etnik yang berbeza dari segi bahasa ibunda ini. Usaha ini membolehkan semua kaum berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna dan harmoni. Perlembagaan telah memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan sesuai digunakan oleh segenap masyarakat di Malaysia.

ii.

Agama dan Kepercayaan

Setiap etnik di Malaysia mempunyai agama dan kepercayaan yang berbeza mengikut etnik masing-masing. Sebagai contoh, etnik Melayu secara amnya menganuti agama Islam, etnik Cina menganuti agama Buddha, dan etnik India menganuti agama Hindu. Setiap agama mempunyai kepercayaan dan fahaman yang tersendiri. Walau bagaimanapun, faktor agama tidak menimbulkan sebarang permasalahan dalam perpaduan

kerana setiap agama tidak menganjurkan pengikutnya memusuhi agama lain, tetapi masalah yang timbul adalah disebabkan oleh kejahilan pengikut sesuatu agama itu yang menyebabkan perselisihan dan salah fahaman etnik lain terhadap agama tersebut. Banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja oleh pengikut yang jahil menyebabkan berlakunya salah faham dan menyinggung perasaan etnik yang lain. Terdapat juga individu dalam sesuatu etnik yang menganggap bahawa hanya agama mereka yang terbaik hingga menguatkan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara kaum yang pelbagai agama dan kepercayaan. Sikap saling memahami dan menghormati agama lain adalah perlu agar keharmonian dan perpaduan dapat dibina dan dipertahankan. Apabila sesuatu kaum itu tidak memahami agama sesuatu kaum yang lain, kelancaran hidup bermasyarakat tidak dapart dikekalkan. Sebagai contoh, dalam agama Islam melarang lelaki dan wanita yang bukan muhrim bersentuhan. Adalah perlu bagi pengikut agama lain memahami perkara tersebut agar tidak menjadikannya sebagai isu yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan dan hubungan etnik yang terjalin. Sikap toleransi dan saling memahami serta menghormati agama dan kepercayaan agama lain adalah pemangkin yang penting dalam proses memantapkan perpaduan masyarakat di Malaysia.

iii.

Pendidikan Di samping itu, bahasa pengantar yang berbeza di setiap sekolah mengakibatkan kesukaran

komunikasi antara penduduk yang kurang memahami bahasa bangsa lain. Keadaan ini melebarkan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berbeza serta menjejaskan fahaman dan pergaulan antara kaum disamping mewujudkan bangsa yang tidak mementingkan identiti satu negara. Pada tahun 1956, Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Antara tujuan utama penyata Razak ini adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu disamping mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.

iv.

Adat Resam

Adat resam merupakan satu simbolik kepada sesuatu kaum. Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat resam yang tersendiri dan pelbagai. Setiap kaum juga mempunyai semangat yang menebal dalam mengamalkan adat resam masing-masing sehinggakan terdapat pepatah Melayu yang mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Nilai sesuatu adat resam itu sangat tinggi sehingga sebarang isu yang timbul akibat daripada

salah faham pengamalan sesuatu adat itu yang bolah menyebabkan keharmonian kaum tergugat. Adalah perlu bagi setiap kaum menghormati dan memahami adat resam kaum lain agar tidak menimbulkan sebarang pertelingkahan kerana adat resam sesuatu kaum adalah amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh kaum tersebut. Adat resam yang diamalkan memaparkan bagaimana citra sesuatu bangsa dan kaum itu sendiri. Sekiranya perbezaan adat resam ini dijadikan isu yang lebih besar, ini akan menyukarkan perpaduan antara kaum. Justeru, adalah penting bagi semua individu dalam masyarakat untuk bertoleransi dan menghoramti adat resam yang diamalkan oleh semua etnik di Malaysia.

KOMUNIKASI Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris communication. yang bermakna penyertaan atau pemberitahuan maklumat, ini dinyatakan oleh Jaafar Mohammad (1996), di dalam bukunya Kelakuan Organisasi. Komunikasi juga satu proses mengubah maksud daripada pengirim kepada penerima. Maksud ini adalah perpindahan menerusi medium misalnya pennggilan telefon, memorandum, atau perbincangan. Komunikasi juga adalah satu proses yang tiada permulaan dan pengakhiran. Ianya berjalan terus menerus tanpa henti. Sesuatu komunikasi itu memberikan makna. Oleh itu, komunikasi ialah satu proses di mana sesuatu idea, nilai, dan sikap dipindahkan serta dikongsi oleh individu dengan individu yang lain. Apabila kita berkomunikasi kita ingin mewujudkan kesamaan dengan orang lain. Kita cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan diri orang yang terlibat dalam proses komunikasi itu. Pemikiran, kepercayaan, nilai-nilai sosial dan lafazkan kepada orang lain dengan mencari kesamaan ini. Selain daripada itu, komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindakbalas yang diharapkan atau penghantaran maklumat dan kefahaman dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui cara yang berkesan

Komunikasi Dalam organisasi sekolah Hoy dan Miskel (1978) telah membuat satu analisis komunikasi dalam organisasi dan telah mengemukakan beberapa kesimpulan tentang teori komunikasi: 1. Makna komunikasi adalah di dalam diri individu dan tidak semestinya di dalam mesej yang ditujukan. 2. Komunikasi mempunyai tujuan. 3. Komunikasi Dalam Pendidikan 4. Maklum balas adalah penting untuk kefahaman. 5. Saluran komunikasi formal dan tidak formal adalah saling melengkapi. 6. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan komunikasi yang bermakna.Tujuan komunikasi dalam pendidikan adalah untuk mewujudkan suatu hubungan(interaksi) yang sempurna supaya terdapat perkongsian

idea,nilai,sikap antara individu.Setiap individu dapat saling memahami idea yang disampaikan.Bagi mewujudkan perkongsian yang berkesan ini murid perlu diberi ruang yang secukup untuk berkomunikasi. Murid boleh berkomunikasi melalui percakapan,mendengar,melihat menulis,membaca,melukis dan gerak badan(body contex).Untuk itu dalam pendidikan punca-punca yang menjadi saluran komunikasi kepada murid diberi perhatian.Guru perlu memberi perhatian yang serius kepada saluran komunikasi murid ini. 7. Sutton,C(1975) menggariskan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada murid.Beliau menyatakan ianya berlaku for melalui percakapan(Talking listening) for dan

meaning),menulis(Writing

meaning),mendengar(Active

pembacaan(reading for meaning).Hubungan ini ditunjukkan dalam rajah di sebelah. 8. Maklumat yang disalurkan secara lisan dan bukan lisan hendaklah selaras supaya kefahaman yang berkesan mungkin diperolehi.

Kepentingan Komunikasi Sekiranya komunikasi berkesan, maka kita dapatlah: i. ii. iii. iv. memperoleh status dalam kerjaya, diberi pengiktirafan/respect, senang mengurus orang lain, menyebar ilmu.

i.

Memperoleh status dalam kerjaya,

Contohnya, jikalau seseorang itu boleh berkomunikasi dengan berkesan maka adalah sangat membantu dalam pengurusannya dengan guru lain. Secara tidak langsung , dia akan mendapat status dalam kerjayanya. Ini Adalah penting bagi seseorang pengetua.

ii.

Diberi pengiktirafan/respect Contohnya, seseorang kaunselor mestilah mempunyai teknik berkomunikasi yang baik

agar boleh dihormati oleh yang lain terutamanya murid-murid yang bermasalah agar mereka berani untuk berjumpa dengan guru tersebut dan bersama-sama menyelasaikan masalah. Contohnya, Guru disiplin yang berkomunikasi dengan berkesan adalah mereka yang memberikan arahan dengan tepat dengan bahasa yangg tepat dan betul. Guru displin jenis inilah akan dihormati dan disanjungi. Contoh lain pula ialah seperti guru besar sekolah yang berkomunikasi dengan berkesan dapat dihormat oleh semua warga sekolah mahupun komuniti. Dia mestilah seorang yang peramah, pendengar yang baik dan menyampaikan maklumat dengan baik serta cuba membantu menyelesaikan masalah.

iii.

Senang mengurus orang lain,

Jika seseorang pengetua dapat berkomunikasi dengan baik maka dia akan senang berurusan dengan warga sekolah yang lain terutamanya kerani kerani dan guru-guru serta ibubapa. Ini amat penting untuk kelancaran program atau aktiviti sekolah.

Menyebar ilmu. Seseorang yang ingin menyebar maklumat mestilah mempunyai teknik komunikasi yang berkesan suapaya mesej yang disampaikan mesti diterima oleh penerima dengan tepat. Kementerian ingin menyebar maklumat berkaitan sukatan baru matapelajaran Sivik maka kursus-kursus diadakan supaya ilmu baru itu dapat disampaikan kepada guru-guru yang akan mengajar subjek tersebut.

Kepentingan Komunikasi Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Di samping itu, guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana komunikasi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Manakala, dalam konteks bilik darjah pula waktu untuk guru berkomunikasi dengan murid-murid adalah terhad. Oleh itu, segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu, apabila berhadapan dengan murid-murid guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).

Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, sama ada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan telah menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996). Oleh yang demikian, ini bermakna komunikasi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.

Ciri-ciri Komunikasi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah : Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna.

Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar. Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya : Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri Memberi arahan secara lebih positif Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah : Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan

Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid Sentiasa mengulang isi-isi penting Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : "Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami" (Riwayat Al-Bakhari)

HALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak

mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.

Halangan fizikal Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak. Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang kemahiran komunikasi sejak kecil.

Halangan Bahasa Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain.

Halangan Sikap Penghantar Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negative. Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam memberi keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi.

Halangan Sikap Penerima Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang hendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja, sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang individu untuk terus mendengar dan menerima mesej.

Halangan Alam Sekitar Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan. Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses kominikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan proses komunikasi tidak efektif.

Tanggapan yang berbeza Perbezaan individu merupakan salah satu punca rintangan komunikasi.Individu-individu yang memiliki tahap pengetahuan dan pengalaman yang berbezamengangap keadaan yang sama dari sudut pandangan yang berbeza.

Bahasa yang berbeza Bagi penyampaian sesuatu mesej atau maklumat dengan wajarnya, perkataan-perkatan yang digunakan mestilah sama maknanya bagi pengrim dan mana bagi penerima. Misalnya, pereka perisian yang hendak menunjukkan kebijakkan mereka tidak sedar bahawa ramai orang tidak memahami istilah-istilah khusus dan rumit yang mereka gunakan.

Kebisingan Kebisingan merupakan satu faktor yang boleh mengganggu, mengelirukan, atau menghalang komunikasi. Misalnya, apabila berlaku hujan lebat dan petir yang kuat maka apabila situasi seseoran sedang berbual di dalam telefon maka akan menjejaskan penerimaan maklumat dengan jelas.

Emosi Tindak balas emosi dapat dilihat seperti perasaan marah, sayang, benci, cemburu, malu dan sebagainya yang mana bolh mempenrgaruhi keberkesan mesej yan diterima. Misalnya, guru yang mengalami ganguan emosi (tekanan) maka dia akan menerima mesej dengan kurang tepat. Bagi mengatasi keadaaan ini, maka guru perlu belajar menerima emosi sebagai ebahagian daripada proses komunikasi dan cuba memahami masalah dan mengatasinya apabila mengalami masalah.

Kecurigaan Sesuatu mesej itu boleh dipercayai oleh penerime sekiranya pengirim yang mengahantar mesej tersebut dipercayai. Dalam sesetengah situasi, penerima juga boleh diragukan, misalnya dalam perjanjian yang dibuat antara pengetua dengan guru, sering didapati guru bersifat curiga terhadap majikannya.

Mendengar Kadang kala mesej yang disampaikan tidak dapat diterima dengan tepat kerana pendengar tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Misalnya, pengetua memberi taklimat kepada para guru tetapi terdapat guru yang sibuk berborak masa taklimat dan mendapat mesej yang dihantarkan oleh pengetua secara tidak tepat.

Komunikasi lisan dan bukan lisan Walaupun bahasa merupakan satu medium untuk berkomunikasi, tetapi mesej yang dihantar dan diterima kuat dipengaruhi oleh faktor-faktor bukan lisan misalnya, pergerakan badan, pakaian, gerakan tangan , perawakan muka, gerakan mata, sentuhan badan dan sebagainya. Misalnya, seorang guru lelaki mengajar dengan gerakan mata yang tidak membawa apa-apa maksud telah didakwa oleh murid perempuan bahawa guru itu melakukan perkara yang tidak sopan terhadapnya.

Maklumat tidak mencukupi atau berlebihan Maklumat yang hendak disampaikan mestilah ringkas, tepat, padat dan betul. Jangan wujud mesej yang terlalu rumit, panjang dan tidak senang difahami. Misalnya, seorang pengetua memberi maklumat yang tidak mencukupi mengenai sesuatu program baru akibatnya guruguru tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna. Punca utama adalah disebabkan oleh maklumat yan diberikan oleh pengetua tidak mencukupi maka maklumat sampaian mestilah mencukupi.

Perkataan yang mempunyai banyak makna Sesetengah perkataan membawa maksud yang berbeza-beza. Ini juga akan membawa kesan berbeza-beza jika disampaikan. Selain itu terdapat banyak juga halangan yang merupakan halangan minor seperti Kurang minat, Prasangka, Sekatan emosi, Penyampaian kurang menarik, Memikirkan sesuatu yang lain, Persekitaran yang tidak sesuai, Tiada peluang untuk mendapatkan

penjelasan, Wujudnya pelbagai gangguan, Bimbang guru besar marah, Takut- guru besar black-list jika banyak cakap, Prejudis- guru besar ada anak emas

KAEDAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI Faham Jadi pendengar yang baik Teliti maklumat Galakkan orang lain memberi pendapat Hargai pendapat dan maklumat orang lain Bersemuka Bahasa yang sesuai Beri maklumbalas Cari masa yang sesuai Gunakan subconscious mind anda Berhenti bercakap semasa penyampai maklumat sedang bercakap Beri tumpuan kepada penyampai Tunjukkan anda minat mendengar Bersabar Kawal perasaan Bertanya dengan jelas dan tepat Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek muka dan gerak mata. Jujur kepada diri sendiri Jika tidak faham,terus terang dengan pelanggan

Sentiasa kemas Wujud suasana mesra Kawal perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti Gunakan perkataan tepat , ringkas dan tekanan suara yang lembut dan jelas Mengawal mimik muka dan pergerakan diri Bersedia untuk berkhidmat dan beri kerjasama Cuba fahami masalah orang lain Elak perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang

Sentiasa insaf dan berfikiran terbuka Amal seni percakapan (The art of Talking) - Volume - Tekanan Suara - Alunan Suara - Kecepatan

Kesimpulan Komunikasi merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Di samping itu, komunikasi juga melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu, kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepada kadar kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebut gagal dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuah orhganisasi itu tidak mempunyai komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Oleh itu, setiap yang berada dalam organisasi mestilah memainkan peranan yang penting terutamannya dalam aspek komunikasi . Selain itu, proses komunikasi merupakan juga adalah satu proses pertukaran maklumat antara dua atau lebih manusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan prinsip-prinsip komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi, akan membolehkan komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala halangan dan kelemahan dalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian. Justeru itu, dalam era globalisasi ini, kemahiran komunikasi antara budaya amatlah dituntut kerana ia bukan hanya memudahkan manusia untuk berinteraksi, malahan mampu membantu menyelesaikan masalah dan mengharmonikan penduduk dunia. Manusia tidak lagi boleh hidup dalam kelompoknya sahaja kerana teknologi dan kemajuan manusia telah menjadikan dunia ini sebagai satu perkampungan besar. Manusia hidup saling bergantung antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan serta lengkap melengkapi. Sekiranya masalah-masalah komunikasi antara budaya dapat ditangani dengan baik, kepelbagaian budaya masyarakat merupakan warna warni yang mengindahkan lagi panorama kehidupan di dunia ini.

BIBLIOGRAFI

DeVito, J. (2009). Human Communication: The Basic Course (11th ed.). Boston: Pearson Hashim Fauzy Yaacob (2001). Komunikasi Antara Manusia. Skudai: Penerbit UTM

Beebe, S.A. & Masterson, J.T. (2006). Communicating in Small Groups: Principles and Practices. Boston: Allyn & Bacon.

Modul BMK 3023 Kemahiran Komunikasi

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.

Pearson. J.C dan Nelson P. E (2000). An Introduction to Human Communication Understanding dan Sharing. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher Education. Eighth Edition.

Ab. Rahman Abu Bakar (1996). Komunikasi Bilik Darjah. Kelantan: Jurnal Akademik, Perguruan Kota Bahru, Pengkalan Chepa.

Che Su Mustaffa dan Mohd Foad Sakdan (1993), Komunikasi Yang Efektif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Guru. Keluaran 5.

Mok, Soon Sang (2000). Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

Sulaiman, Salleh dan Azlina (2002). Komunikasi Dalam Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai