Anda di halaman 1dari 27

BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir bab ini , pelajar akan dapat: 1. Memahami konsep etika dan amalannya dalam perniagaan 2. Mengenal pasti hubungan etika dalam proses membuat keputusan 3. Mengenal pasti contoh-contoh beretika yang patut dihindari 4. Mengaplikasikan kod etika dalam perniagaan
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

PENGENALAN
Etika merupakan satu amalan yang dianggap penting dalam membangunkan perniagaan. Terdapat banyak cabaran dalam mengamalkan perlakuan beretika. Peruntukan undang-undang perniagaan tidak mencukupi dalam membendung amalan perniagaan tidak baik yang boleh menjejaskan manusia, penggunaan sumber dan alam sekitar. Pengawalan diri seperti memegang kepada nilai moral sejagat dan mengikuti garis panduan dalam agama boleh membantu menjadikan seorang itu lebih beretika dalam pemikiran dan perbuatan mereka.
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

PENGERTIAN ETIKA
Etika menyediakan peraturan asas atau had perlakuan untuk menjalankan sebarang aktiviti dalam bentuk yang boleh diterima (Kuratko & Hodgetts, 2004). Etika merangkumi satu set prinsip-prinsip yang memperihalkan tatacara perlakuan yang menerangkan apa yang baik dan betul atau tidak baik dan salah di samping menggariskan tanggungjawab dan obligasi moral.
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

Adakalanya sesuatu perbuatan itu salah dari segi undang-undang, ia boleh diterima untuk pertimbangan oleh piawaian moral. Contohnya seorang yang mencuri untuk

kelangsungan hidup diri dan keluarganya dalam menghadapi keadaan kegawatan ekonomi, mungkin boleh diterima dari segi moral, tetapi dari segi perundangan ia dianggap bersalah

BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

Hisrich dan Peters (2002), etika perniagaan adalah merupakan kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral dalam situasi perniagaan. Ia melibatkan apa yang patut atau tidak, boleh atau tidak, perlu atau tidak yang dipraktikkan dalam pengendalian perniagaan baik dari pembangunan produk mahupun pelaksanaan perkhidmatan
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

ISU-ISU DALAM MENGAMALKAN PERBUATAN BERETIKA 1. Terdapat berbagai pihak yang kepentingan baik di dalam mahupun diluar perniagaan dari kalangan pekerja, pembiaya, pelanggan, pembekal, kerajaan tempatan, masyarakat sekitar dan mereka yang berinteraksi dan saling mempengaruhi.

BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

2. Masyarakat kini berdepan dengan perubahan yang pesat dari segi nilainilai yang pernah dipegang tetapi berubah selaras dengan perubahan masyarakat yang mengamalkannya.

BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

ETIKA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN


Terdapat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seorang usahawan itu apabila membuat keputusan, iaitu:
_________________________________ _________________________________ ____________________________________ ___________________________________ ___________________________________
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

_________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _________________________________________
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

_____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

CONTOH-CONTOH DAN IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA 1. Contohnya pemasaran pil menguruskan badan. 2. Banyak isu bangunan atau prasarana roboh.

BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

CONTOH-CONTOH DAN IMPLIKASI PERBUATAN TIDAK BERETIKA 3. Ada usahawan sanggup menikam rakan dari belakang 4. Syarikat yang membuang sisa pengeluaran yang berbahaya ke alam sekitar. 5. Penggunaan tenaga buruh dari kalangan kanak-kanak.

BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

GARIS PANDUAN DALAM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA


Garis panduan etika perlu dibangunkan untuk mengelakkan perbuatan tidak beretika seperti mendapatkan bahan dari sumber haram, melanggar peraturan kerajaan, penipuan, rasuah dan sebagainya. Namun demikian, adalah lebih baik sesuatu perlakuan beretika itu di dokumentasikan supaya lebih jelas untuk amalan di dalam organisasi melalui apa yang dinamakan sebagai Kod Etika. Kod etika selalunya dibangunkan selaras dengan misi dan visi organisasi
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

GARIS PANDUAN DALAM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA


Kod Etika elok dibangunkan kerana: ia mendefinisikan apakah perbuatan yang diterima atau tidak diterima di dalam organisasi berkenaan, ia menggalakkan amalan tingkah laku piawaian yang tinggi yang memudahkan setiap ahli mengukur sama ada tingkah laku mereka beretika atau tidak, ia mewujudkan kayu ukur untuk ahli gunakan bagi penilaian diri mereka semasa bertingkah laku baik dalam organisasi mahu pun dengan pihak luar, dan ia mewujudkan garis panduan untuk perlakuan dan tanggungjawab profesional bagi pekerjaan tertentu dalam apa saja keadaan.
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

Kebanyakan kod etika ini terdiri dari dua komponen:i) menonjolkan bahagian harapan yang

ditekankan oleh organisasi berkenaan. ii) menyenaraikan semua peraturan atau prinsip yang perlu dipatuihi oleh anggota organisasi berkenaan.
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

menggariskan apa harapan organisasi berkenaan atau perkara yang ingin

Persoalan berkenaan kod etika.


Siapakah yang akan terlibat? Bagaimana anda akan menapis di antara keperluan organisasi anda dan kepercayaan setiap ahli semasa membangunkan dokumen tersebut? Adakah kod itu akan melibatkan penguatkuasaan, dan jika ya bagaimana ia akan dilakukan? Bagaimanakah kod ini akan dilaksanakan? Adakah ia akan dihebahkan secara dalaman atau juga di luar organisasi? Bagaimana dan bila kod ini akan disemak semula?

BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

1. Garispanduan didokumentasikan untuk panduan, 2. Memasukkan garis panduan ini dalam manual kerja atau dalam mana-mana bahan bertulis yang diberikan kepada pekerja baru, 3. Meletakkan garis panduan ini di lokasi yang bersesuaian untuk mudah di baca oleh pekerja, dan 4. Meletakkan garis panduan ini di dalam deskripsi tugas.
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

Di Malaysia, kod etika juga diberi penekanan. BEIM ialah sebuah organisasi bukan kerajaan yang komited dalam menggalakkan amalan etika di kalangan perniagaan di Malaysia melalui pendidikan, penyemaian dan penyuburan nilainilai seperti amanah, adil, keutuhan dan kawalan dalaman. (sila rujuk http://www.beim.org.my). Kebanyakan syarikat multinasional mempunyai kod etika tersendiri dan amalan ini semakin diikuti oleh syarikat-syarikat tempatan. Menurut beliau, kajian mendapati bahawa syarikat yang membangunkan kod etika ini lebih berjaya dan bertahan berbanding dengan yang tidak membangunkan kod etika ini. Garis panduan ini di tegaskan melalui perkataan ETHICS.

BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

EQUALITY KESAMAAN - Mengiktiraf hak-hak semua ahli masyarakat and memperlihatkan prinsip keadilan berteraskan Perlembagaan Malaysia TRUTH KEBENARAN - Membuat dakwaan adil dan boleh dipertahankan, menggunakan perakuan yang bertauliah dan berusaha untuk memberi khidmat kepada semua yang membeli dan mengguna keluaran dan perkhidmatan. HONESTY KEJUJURAN - Mendukung prinsip keadilan dan mengawasi tindak tunduk yang berniat dan berkeupayaan mengelirukan semua pelanggan.

INTEGRITY KEUTUHAN - Berusaha melayan pelanggan dan pengguna dengan jujur, menghindarkan dari tindak tanduk mengambil kesempatan terhadap kejahilan dan kelemahan manusia serta harus mematuhi undang-undang dari segi teknikal sahaja.
COOPERATION KERJASAMA - Menyokong kewujudan sistem pasaran sihat melalui kerjasama di antara pelanggan dan pengguna, semua bentuk perniagaan dan profesion yang berkenaan dan semua orang perseorangan yang akan menikmati faedah dari sistem pasaran beretika, terbuka dan bebas. SELF REGULATION KAWALAN DALAMAN - Menghormati semua komitmen termasuk semua jaminan atau waranti yang ditawarkan, mempastikan supaya barangan dan perkhidmatan tidak merbahaya dari segi kesihatan atau keselamatan dengan memberi amaran secukupnya dan mencari penyelesaian dengan adil dan cepat mana-mana pertikaian yang berlaku melalui pendekatan kawalan dalam ini.

BPME1013 SYAHRINA Sumber : Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) http://www.beim.org.my/coe.shtm ABDULLAH

ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL


Etika boleh dihubungkaitkan dengan tanggungjawab sosial. sekiranya tanggungjawab sosial sebuah perniagaan itu kuat dengan sendirinya mereka tidak akan berkompromi dengan perbuatan yang tidak beretika. Tanggungjawab sosial terdiri dari obligasiobligasi sebuah perniagaan terhadap masayarakat (Kuratko & Hodgetts, 2004).
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

Tanggungjawab sosial mengambil kira bagaimana syarikat menguruskan prosesproses dalaman untuk menghasilkan impak keseluruhan yang positif kepada persekitaran mereka. Ia adalah komitmen berterusan organisasi untuk bertindak dengan penuh beretika dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan dalam masa yang sama meningkatkan kualiti kehidupan pekerja dan keluarga mereka dan juga masyarakat setempat dan masyarakat umum di sekeliling mereka.
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

LANGKAH PERLAKSANAAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL


1. Penetapan matlamat - Apakah yang anda dan syarikat anda ingin capai ? Adakah anda akan memasuki pasaran baru? Memperkenalkan produk baru ? Meningkatkan imej syarikat anda? 2. Tentukan apakah usaha murni yang ingin anda sertai. Mungkin anda ingin kaitkan ini dengan produk yang anda keluarkan. Contohnya penglibatan Syarikat Faiza Sdn Bhd dengan program Bersama Mu di TV3 atau Sendayu Tinggi Industries Sdn Bhd dengan program kecantikan Anggun Ayu di TV3. Melalui program ini ditonjolkan komitmen syarikat berkenaan membantu golongan yang memerlukan selain membangunkan produk keluaran mereka.
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

3. Pilih sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk anda bekerjasama. Pastikan NGO berkenaan sebuah yang aktif, lokasinya tidak jauh dari perniagaan anda dan bersedia untuk bekerjasama dengan anda. Contohnya MK Land di bawah Yayasan EMKAY bekerjasama dengan Yayasan Sultanah Bahiyah dalam menyediakan bangunan bagi rawatan pesakit buah pinggang iaitu Pusat Rawatan Hemodialisis di Alor Star, Kedah Darul Aman. Pusat ini mampu menampung 48 pesakit yang menerima rawatan dalam satu masa.
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

4. Bentuk satu program dan usulkan kepada NGO berkenaan atau mempertimbangkan usul NGO yang ingin bekerjasama dengan perniagaan anda. Pastikan program tersebut mempunyai kaedah pengukuran kejayaannya bagi memastikan usaha anda boleh mencapai matlamat dan bersifat berterusan. 5. Berbincang dengan NGO berkenaan supaya matlamat kedua-dua pihak seiringan 6. Libatkan kakitangan dengan menggalakkan dan menyediakan ruang untuk kakitangan terlibat dalam aktiviti yang dibangunkan.
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

7. Libatkan pelanggan dalam usaha murni anda. Contohnya jika anda menjual alatan sukan, galakkan pelanggan menghantar barang sukan mereka yang lama untuk diberikan kepada rumah anak yatim dan kerana usaha mereka, anda memberikan diskaun terhadap pembelian alatan sukan baru mereka. Atau nyatakan kepada mereka bahawa setiap ringgit yang mereka belanjakan di kedai anda, beberapa peratus didermakan untuk pembangunan golongan tidak berbasib baik.
BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

KESIMPULAN
Etika adalah garis panduan yang digunakan dalam menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu betul atau salah, wajar atau tidak dilakukan. Setiap faktor perniagaan itu bertindak balas dengan persekitarannya baik di dalam mahu pun di luar. Setiap pihak yang mempunyai kepentingan dengan kewujudan perniagaan tersebut akan terkena akibat dari perlakuan tidak beretika yang dilakukan oleh perniagaan berkenaan. Pengamalan kod etika yang baik dan pengamalannya oleh perniagaan berkenaan boleh membentuk kelebihan persaingan yang mampu menonjolkan keistimewaan perniagaan tersebut. Perniagaan yang mengamalkan etika yang baik dan melaksanakan tanggungjawab sosial akan mudah didampingi oleh semua pihak di atas ketelusannya berurus niaga. Walau pun terdapat banyak cabaran dalam memastikan pelaksanaan amalan beretika, ia tidak semestinya mematahkan semangat usahawan kerana syarikat yang dikenali mempunyai kod amalan beretika lebih dipercayai.

BPME1013 SYAHRINA ABDULLAH

Anda mungkin juga menyukai