Anda di halaman 1dari 5

Etika kaunseling

KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA


CR.LATIPAH BT MD YUSUH
NUR NABILLA BT MHD RAZIB / BI 0000375
NUR SURIANA BT ROSLAN / BI 0000376
DIPLOMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KAUNSELOR PROFESIONAL

Definisi

Kaunseling satu perhubungan profesional diantara kaunselor yang terlatih dengan


seorag atau sekumpulan klien
Etika ilmu berkaitan dengan dasar dasar akhlak atau moral
-- sistem dasar dasar akhlak, hukuman-hukuman, tingkah laku atau kelakuan
Kitchener (Gladding 1996) menjelaskan etika melibatkan proses membuat keputusan
berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka. Etika menyentuh persoalan
berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai
etika adalah satu set garis panduan yang memandu ahli ahli sesebuah pertubuhan
profesional atau badan pelesenan profesional untuk bertindak sebagai profesional

Ciri ciri kaunselor profesional

Tahap dan gaya kefungsian kaunselor


- Kaunselor perlu berempati keatas klien. Kemahiran berempati adalah
kebolahn kaunselor memasuki ruang dunia klien dan membenarkan
dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien.

Gaya hidup dan perhubungan menolong klien


- Gaya hidup yang natural seorang kaunselor diluar perhubungan menolong
dan sentiasa bersedia untuk mempertingkatkan dirinya. Kaunselor perlu
terus meningkatkan kesedaran untuk terus maju, bersedia menghadapi
sebarang perubahan dan menjadi model bagi tingkah laku yang bail dan
aktiviti berisiko

Kesesuaian diantara kaunselor dan klien

-personaliti yang sama iaitu personaliti yang dapat digunakan walaupun berbeza etnik
dan budaya. Kaunselor haruslah menunjukkan rasa memahami, menghormati dan
menghargai diri klien.

Kaunselor sebagai fasilitator yang memeberikan


pertumbuhan
-menurut Rogers 1957 terdapat beberapa keadaan untuk perkembangan diri klieen iaitu
di antaranya kongruen dalam perhubungan, penerimaan tanapa syarat terhadap klien,
pemahaman empati terhadap ruang klien dan usaha berkomunikasi untuk memahami
a) Kaunselor perlu empati
b) Keterbukaan
c) Kemesraan dan sikap ambil berat
d) Menghormati dan penerimaan tanpa syarat
e) Membekalkan maklumat

Kaunsselor sebagai manusia biasa

1. Kaunselor harus tahu batas hubungan sebagai kaunselor dan klien


2. Kaunselor perlu sentiasa positif dan menerima klien tanpa syarat
3. Kaunselor harus megambil pengalaman yang dihadapi oleh klien sebagai
pengajaran dalam kehidupan
4. Kaunselor perlu merujuk kepada kaunselor yang lebih pakar sekiranya
tidak dapat menyelesaikan masalah atau kes kes yang dihadapinya

Anda mungkin juga menyukai