Anda di halaman 1dari 18

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas MASALAH PEMBELAJARAN

PANDUAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR


TAHUN 4
Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

2013

Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv

Panduan PdP
Mata Pelajaran Kelas Masa Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran : : : : : : Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar 4 Sayang 60 minit 1. Benda hidup dan benda bukan hidup 1.1 Mengetahui benda-benda di sekeliling. 1.1.1 Mengenal pasti benda-benda di sekeliling i. benda hidup ii. benda bukan hidup Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: i. Menamakan 3 daripada 5 benda yang ditunjukkan. ii. Mengenal pasti 3 daripada 5 benda hidup dan benda bukan hidup Kerjasama, disiplin dan bertanggungjawab

Objektif

Nilai

LANGKAH

AKTIVITI

BBB

CATATAN

Set Induksi

1. Murid dibawa meninjau kawasan sekitar


sekolah (luar bilik darjah) 2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang benda-benda yang terdapat di kawasan sekolah. Cadangan soalan: i. Apakah nama benda ini? ii. Adakah benda ini bergerak sendiri? iii. Benda ini hidup atau tidak hidup? 3. Murid memerhati dan menyentuh bendabenda yang ditunjukkan oleh guru. Contoh: semut, pokok, pasu, batu dan pokok bunga

Bahan maujud

EMK : Kreativiti dan inovasi Burung: terbang Semut: bergerak Pasu: menyentuh pasu Batu: memegang batu

Langkah 1

1. Murid menamakan benda-benda yang


ditunjukkan oleh guru.

Benda maujud

2. Murid mengenal pasti benda hidup dan benda


bukan hidup, antaranya - sama ada benda tersebut boleh bergerak sendiri atau perlu bantuan lain untuk bergerak (bernyawa) - sama ada benda tersebut perlu makanan untuk hidup dan membesar ataupun tidak

EMK: Kreativiti dan inovasi Semut bergerak sendiri Pokok boleh membesar

Panduan PdP

LANGKAH

AKTIVITI

BBB

CATATAN Pasu dan batu tidak bergerak

Langkah 2

1. Murid menyatakan secara lisan nama bendabenda yang ditunjukkan oleh guru: benda hidup i. benda bukan hidup ii.

Benda mujud/ gambar

Murid mengelas benda mengikut kategori.

Langkah 3

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Murid berada dalam kumpulan yang
ditetapkan. Kumpulan 1 : Benda Hidup i. Murid dikehendaki menamakan benda hidup sahaja. Kumpulan2 : Benda Bukan Hidup ii. Murid dikehendaki menamakan benda bukan hidup sahaja.

3. Setiap murid diberi peluang untuk menyatakan


benda-benda hidup dan bukan hidup secara spontan

Langkah 4

1. Murid masuk semula di dalam kelas. 2. Murid melihat gambar-gambar benda hidup
dan bukan hidup. 3. Murid mengasingkan gambar mengikut kumpulan. Contoh:

Kad gambar

Panduan PdP

LANGKAH

AKTIVITI

BBB

CATATAN

Guru perbanyakkan contoh

4. Murid menamakan gambar yang ditunjukkan


oleh guru. 5. Guru menerangkan ciri-ciri benda hidup dan benda bukan hidup secara am Benda Hidup Benda Bukan Hidup - Bernafas * tidak - Bergerak - Beranak - Makan - Membesar

Penutup

1. Murid diuji secara individu mengasingkan


gambar mengikut kumpulan. 2. Murid diberi peneguhan dengan jawapan yang betul.

Penilaian: ......................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................ Refleksi : ......................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................

Panduan PdP
Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran :1 : 1.1 : 1.1.1 Benda hidup dan benda bukan hidup Mengetahui benda-benda di sekeliling Mengenal pasti benda- benda di sekeliling i. benda hidup ii. benda bukan hidup

SENARAI SEMAK Nama :_____________________________________________ Kelas :___________________ Tarikh :________________

Fokus Pembelajaran : Mengenal dan menamakan benda hidup dan benda bukan hidup di sekeliling. Isikan Menguasai (M) atau Tidak Menguasai (TM) di ruangan yang disediakan. Bil 1. 2. 3 Kemahiran Menamakan benda-benda yang ditunjukkan oleh guru. Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup (3/5 benda) Mengasingkan kad gambar antara benda hidup dan benda bukan hidup (3/5 beneda) Refleksi : ............................................................................................................................................ ....................................................... Tandatangan Guru : ........................................................ Menguasai Tidak Menguasai Catatan

Panduan PdP
Mata Pelajaran Kelas Masa Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran : : : : : : Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar 4 Rajin 60 minit 4. Kemahiran sosial di tempat awam 4.2 Mengaplikasi kemahiran sosial di pasar raya atau pasar mini 4.2.3 Menggunakan ucapan bertatasusila mengikut situasi dan intonasi yang betul i. membuat permintaan secara sopan ii. berbalas ucapan iii. memberi ucapan penghargaan Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat memberi ucapan penghargaan kepada rakan. Keberanian, bekerjasama dan toleransi.

Objektif Nilai

: :

LANGKAH

AKTIVITI

BBB

CATATAN

Set Induksi

1. Murid melihat tayangan video yang menunjukkan murid-murid menerima hadiah semasa Majlis Penyampaian Hadiah sekolah. 2. Guru bersoal jawab dengan murid: Apakah yang kamu lihat tadi? i. ii. Siapakah yang memberi hadiah kepada murid. Apakah perasaan kamu sekiranya kamu iii. diberi hadiah? Apakah perkataan yang perlu diucapkan iv. sekiranya kamu di beri hadiah?

Hadiah Kamera video LCD

EMK : Teknologi Maklumat Komunikasi

Langkah 1

1. Murid diterangkan tatacara menerima hadiah yang betul, antaranya: - senyuman - bersalaman - menerima hadiah - ucapan penghargaan 2. Murid menunjukcara perlakuan semasa menerima hadiah daripada rakan dan guru(simulasi). 3. Guru menilai perlakuan murid. 4. Murid bersoaljawab mengenai perlakuan rakan mereka yang menerima hadiah tadi?

Hadiah Kamera Video LCD

EMK Teknologi Maklumat Komunikasi Keusahawanan

*Murid menjalani proses menaakul

Panduan PdP

LANGKAH

AKTIVITI

BBB

CATATAN melalui soal jawab bersama guru

Langkah 2

1. Murid melihat guru menunjukcara tatacara


menerima hadiah yang betul dengan berpandukan gambar

EMK: Nilai murni Kad gambar orang bersalaman Salam menggunakan kedua-dua belah tangan

i.

Cara bersalam - Murid melihat gambar orang bersalam. - Murid ditunjuk cara bersalam. Cara menerima hadiah - Murid memberi pendapat tentang cara menerima hadiah - Murid melihat cara menerima hadiah yang betul. Cara mengucapkan penghargaan - Murid membaca kad perkataanterima kasih - Murid mengulang sebut ucapan terima kasih

ii.

Hadiah

Menerima hadiah dengan kedua belah tangan

iii.

Kad perkataan terima kasih

Murid menyebut dengan jelas serta intonasi yang sesuai Terima kasih

Langkah 3

1. Murid melakukan simulasi menerima hadiah


seperti yang dipelajari dengan betul bersama guru i. rakan ii. 2. Murid mengucapkan terima kasih sesama sendiri sambil bersalaman. 3. Murid menerima hadiah surprise dari guru. Contoh: - kehadiran penuh bulanan, - tingkahlaku baik.

Hadiah surprise

EMK: Nilai murni

Panduan PdP

LANGKAH Langkah 4

AKTIVITI 1. Guru menerangkan kepentingan ucapan terima kasih kepada murid, antaranya - tanda menghargai pemberian orang - tanda persahabatan - tanda kegembiraan 2. Guru menerangkan bahawa ucapan terima kasih boleh diucapkan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. (kaitkan dengan situasi ketika berjual beli di pasar raya/mini)

BBB Kad perkataan terima kasih

CATATAN Ucapan penghargaan lain: -tahniah -bagus -syabas

Penutup

1. Guru merumus pelajaran hari ini sambil menayangkan semula tayangan video Majlis Penyampaian Hadiah 2. Murid memberi ucapan terima kasih kepada guru

Penilaian: ......................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................ Refleksi : ......................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................

Panduan PdP
Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran : 4. : 4.2 : 4.2.3 Kemahiran sosial di tempat awam Mengaplikasi kemahiran sosial di pasar raya atau pasar mini Menggunakan ucapan bertatasusila mengikut situasi dengan intonasi yang betul. i. ii. iii. membuat permintaan secara sopan berbalas ucapan memberi ucapan penghargaan

SENARAI SEMAK Nama :_____________________________________________ Kelas : ________________ Tarikh : _______________

Fokus Pembelajaran :Tatacara menerima hadiah. Isikan Menguasai (M) atau Tidak Menguasai (TM) di ruangan yang disediakan. Bil 1. 2. 3. 4. Kemahiran Bersalaman dengan betul Menyambut hadiah dengan betul Mengucapkan Terima Kasih Menerima hadiah mengikut tertib (bersalam, menyambut hadiah dan mengucapkan terima kasih) Refleksi : ............................................................................................................................................ ....................................................... Tandatangan Guru : ........................................................ Menguasai Tidak Menguasai Catatan

Panduan PdP
Bahan Bantu Belajar (kad gambar)

Anda mungkin juga menyukai