Anda di halaman 1dari 14

Syair Definisi Orang Berakal

Rangkap 1 Orang yang berakal melaksanakan amalan para nabi dan orang yang dimuliakan oleh tuhan serta mengalami hidup yang sejahtera
Rangkap 2 Orang yang berakal sentiasa memiliki fikiran yang tajam dan mempunyai bermacam-macam idea yang bernas. Sentiasa memelihara dirinya. Jika dia melihat perlakuan yang tidak elok, dia segera memberikan nasihat kepada orang lain agar menjauhi perkara itu.

Rangkap 3 Orang yang berakal sentiasa menyayangi sahabat handai dan menjauhi orang yang tidak baik kerana bimbang akan terikutikut akan perangai jahat itu sehingga mendatangkan aib kepadanya kelak.
Rangkap 4 Orang yang berakal sentiasa mematuhi hukum Tuhan dan menjauhi larangan-Nya. Dia menjauhi sifat tamak dan selalu berserah kepada tuhan kerana baginya, dunia ini sementara sahaja.

Rangkap 5 Orang yang berakal sentiasa mematuhi arahan pemerintah dan tidak akan melakukan sesuatu perkara menigkut sesuka hatinya. Sifatnya tidak sombong dan menganggap bahawa semua orang adalah sama sahaja. Rangkap 6 Apabila dia disayangi oleh orang atasan, maka orang yang berakal selalu berhati-hati, tidak sombong kepada rakanrakan, malahan merendahkan diri dan sanggup memberikan diri dan snaggup memberikan pertolongan. Rangkap 7 Orang yang berakal sentiasa mencintai ilmu dan tidak jemu membaca serta membuat penyelidikan agar dirinya tidak terpedaya atau terpengaruh oleh perkara yang tidak baik.

Tema
Ciri-ciri orang yang berakal (seperti mempunyai fikiran yang amat tajam, sentiasa melakukan perbuatan baik, dan menjauhi segala perbuatan buruk)

Persoalan
1. 2. 3. 4. 5. Kemuliaan orang berakal. Kepentingan akal dan fikiran yang tajam. Kasih sayang terhadap sahabat handai. Bahaya perlakuan buruk seseorang. Kepentingan kita mematuhi perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya. 6. Kegigihan menuntut ilmu 7. Cinta terhadap ilmu 8. Kebijaksanaan menangani perlakuan buruk seseorang.

Bentuk Syair
1. Syair ini mempunyai tujuh rangkap 2. Setiap rangkap mempunyai empat baris dan setiap baris pula mempunyai tiga hingga lima patah perkataan. 3. Bilangan suku kata antara sembilan hingga tiga belas. 4. Bentuk syair ini terikat.

Gaya Bahasa
1. Anafora Contoh: 2. Inversi Contoh: 3. Sinkope Contoh:

Tiadalah ia melanja-lanja Tiadalah menyombong pada bekerja. Takut akhirnya menjadi fazihat (seharusnyaTakut menjadi fazihat akhirnya)
Demikian lagi dengar olehmu

4. Responsi Contoh:

Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat Tiada mengasihi orang yang jahat

Unsur Bunyi
1. Asonansi Contoh: Orang berakal sentiasa mengamalkan budi pekerti para nabi dan orang yang dimuliakan oleh tuhan. (perulangan vokal a)

2. Aliterasi Contoh: Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat(perulangan konsonan n) 3. Rima Contoh: aaaa

Nilai
1. 2. 3. 4. 5. 6. Berkhemah tinggi Baik hati Kasih sayang Kesyukuran Kerajinan Hormat-menghormati

Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik diri kita supaya menjadi orang yang berakal kerana orang yang berakal mempunyai fikiran yang tajam 2. Kita hendaklah menunjukkan sifat kasih sayang terhadap sahabat handai kerana perkara ini merupakan amalan yang mulia

3. Kita hendaklah sentiasa mengikuti amalan para nabi dan orang yang dimuliakan oleh Tuhan supaya hidup kita sentiasa harmoni.

4. Kita hendaklah sentiasa mematuhi perintah Tuhan dan menjauhi segala larangan-Nya agar hidup kita di dunia ini akan sentiasa selamat tambahan pula hidup di dunia tidaklah kekal.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai