Anda di halaman 1dari 1

Karangan Umum

Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan
anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Rangka Karangan
1. Pendahuluan : keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah
anak-anak di rumah – mereka bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak-anak sejak kecil.

2. Isi-isi penting :
2.1. ibu bapa bertanggungjawab memberikan pendidikan, terutamanya dalam soal agama dan penyemaian
nilai-nilai murni kepada anak-anak yang masih mentah.

2.2. ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua seperti abang dan kakak menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak yang masih kecil kerana mereka memang mudah mengikut perubatan yang
ditunjukkan oleh orang yang lebih tua.

2.3. ibu bapa perlu mengawasi gerak-geri anak-anak, terutamanya anak-anak yang meningkat
remaja kerana remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan pengaruh dari luar

2.4. kehidupan moden yang menjanjikan kemajuan teknologi seperti internet mudah melekakan anak-anak
- ibu bapa juga perlu mengambil tahu perkembangan semasa dan memberikan garis panduan yang
betul untuk diikuti oleh anak-anak.

2.5. walau sesibuk mana sekalipun ibu bapa dengan tuntutan tugas di tempat kerja masa yang
berharga perlu diluangkan bersama-sama anak agar mereka berasa disayangi dan dihargai
dalam keluarga.

3. Penutup: Keluarga terutamanya ibu bapa memikul tugas yang berat untuk membentuk sahsiah terpuji
kepada anak-anak mereka agar insan kamil yang sempurna agama dan akhlaknya akan dapat
dilahirkan.

Karangan Umum
Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan
anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Rangka Karangan
1. Pendahuluan : keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah
anak-anak di rumah – mereka bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak-anak sejak kecil.

2. Isi-isi penting :
2.1. ibu bapa bertanggungjawab memberikan pendidikan, terutamanya dalam soal agama dan penyemaian
nilai-nilai murni kepada anak-anak yang masih mentah.

2.2. ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua seperti abang dan kakak menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak yang masih kecil kerana mereka memang mudah mengikut perubatan yang
ditunjukkan oleh orang yang lebih tua.

2.3. ibu bapa perlu mengawasi gerak-geri anak-anak, terutamanya anak-anak yang meningkat
remaja kerana remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan pengaruh dari luar

2.4. kehidupan moden yang menjanjikan kemajuan teknologi seperti internet mudah melekakan anak-anak
- ibu bapa juga perlu mengambil tahu perkembangan semasa dan memberikan garis panduan yang
betul untuk diikuti oleh anak-anak.

2.5. walau sesibuk mana sekalipun ibu bapa dengan tuntutan tugas di tempat kerja masa yang
berharga perlu diluangkan bersama-sama anak agar mereka berasa disayangi dan dihargai dalam
keluarga.

Penutup: Keluarga terutamanya ibu bapa memikul tugas yang berat untuk membentuk sahsiah terpuji
kepada anak-anak mereka agar insan kamil yang sempurna agama dan akhlaknya akan dapat dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai