Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Kebolehan untuk berfikir dan berbahasa merupakan ciri utama yang membezakan antara manusia dengan makhluk-makhluk yang lain. Atas anugerah-anugerah tersebut, manusia dianggap sebagai makhluk yang paling mulia. Walau bagaimanupun, wujud juga pendapat yang menyebut bahasa manusia dianggap sebagai makhluk sosial. Dengan ada anugerahnya untuk berfikir, manusia dapat menjelajah ke setiap fenomena konkrit dan abstrak. Dalam bahasa, lambang atau objek bertindak sebagai sesuatu yang konkrit, manakala makna semantik dan pragmatik berfungsi sebagai suatu yang abstrak. Dengan ada bahasa, manusia boleh berkomunikasi untuk bersosiolisasi dan menyampaikan buah fikiran. Salah satu objek pemikiran manusia adalah tentang cara manusia manusia berbahasa.pendapat para sarjana tentang pembelajaran bahasa pula adalah beraneka. Ada pendapat yang diutarakan didapati bertentangan, namun terdapat juga yang saling menyokong dan melengkapi. Pemikiran para sarjana tentang teori pengajaran dan pembelajaran bahasa pula adalah bervariasi serta menarik. Dalam hal ini, muncul banyak teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sebelum dibicarakan dengan lebih terperinci tentang-teori-teori

pengajaran dan pembelajaran bahasa, maka perlulah difahami terlebihi dahulu tentang fungsi teori. Menurut Mc Lauglin dalam (Hadley 1993), fungsi umum teori adalah membantu seseorang memahami dan mengorganisasikan data pengalaman, selain memberikan makna rujukan yang sesuai. Fungsifungsi khusus teori pula adalah untuk: i. ii. iii. Mendeskripsi, menerang dan menjelaskan fakta Meramalkan kejadian-kejadian yang akan terjadi Mengendali serta mencegah supaya berlaku atau tidak berlaku

Teori mempunyai hubungan yang teguh dengan aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pembelajaran adalah acquiring or getting knowledge of a subject or a skill by study, experience or instruction . Pembelajaran juga disebut sebagai relatively permanent change in a behavioral tendency and is the result of result if reinformed practice (Kimble & Garmezy 1963). Sebagai guru, kita perlu memahami apa sahaja masalah yang dihadapi pelh murid-murid yang akan diajar kerana kita perlu membuat rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid-murid. Guru juga perlu sentiasa sedar bahawa masalah kemahiran berbahasa dihadapi oleh kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran. Oleh itu tanggungjawab kita sebagai guru amat besar dalam mengenal pasti punca seterusnya mengatasi masalah ini. Di samping itu, KIA2M merupakan program yang dirancang khusus untuk membantu murid-murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.Tujuannya adalah memastikan mereka boleh menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing. Dengan itu tahap keyakinan murid-murid akan bertambah. Sekali gus dapat meningkatkan semangat dan keyakinan mereka. Dari segi sasarannya, program ini adalah untuk kumpulan murid-murid Tahun 1 yang lambat atau belum mengusai kemahiran membaca dan menulis. Melalui program KIA2M, mereka berpeluang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran selaras denfan keupayaan masing-masing lebih-lebih lagi

dikelompokkan dalam kumpulan yang sama. Manakala segi pelaksanaannya, KIA2M dijalankan secara sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh negara.

Dalam tugasan ini akan menjelaskan tentang teori pemorolehan bahasa seperti Teori Behaviorisnme, Teori Mentalis, Teori Kognitif dan Teori

Interaksionalisme. Seterusnya, tugasan ini akan menghuraikan hubungan antara teori-teori pemerolahan bahasa dengan kemahiran asas LINUS iaitu pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan.

Anda mungkin juga menyukai