Anda di halaman 1dari 4

KELAS TAMBAHAN CUTI SEMETER TAHUN 6

2013

KERTAS KERJA KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER 2013 TAHUN ENAM SK SULTAN IDRIS II
PENGENALAN Kelas Tambahan Cuti Semester 2013 adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk murid tahun 6. Program ini merupakan salah satu program persediaan UPSR yang dijalankan demi meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid. Kelas ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.

RASIONAL Kelas ini diadakan sebagai pendedahan kepada murid-murid yang bakal menduduki UPSR. Ia menjurus kepada strategi menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan. Selain itu, ia adalah salah satu inisiatif pihak sekolah bagi mengisi waktu terluang sepanjang cuti persekolahan.

OBJEKTIF i. ii. iii. iv. Memberi pendedahan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab soalan UPSR. Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan di dalam bilik darjah. Melahirkan rasa akrab antara murid dan guru. Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam mencapai sasaran kecemerlangan UPSR. v. Mengisi masa cuti murid dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

SASARAN Semua murid tahun 6 SK Sultan Idris II.

TARIKH & MASA CADANGAN Kelas ini akan dijalankan pada cuti sekolah semester iaitu bermula pada bulan Mac, Mei-Jun dan November-Disember 2013. Hari-hari yang terlibat adalah dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Masa bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi bagi mata pelajaran pertama dan 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi mata pelajaran kedua. Waktu rehat adalah pada jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. Tarikh dan masa adalah tertakluk kepada sebarang pindaan.

Berikut adalah tarikh cuti sekolah sepanjang 2013;

MAC MEI JUN NOVEMBER DISEMBER

23 Mac hingga 31 Mac 25 Mei hingga 9 Jun 16 November hingga 31 Disember

JAWATANKUASA KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER

KELAS TAMBAHAN CUTI SEMETER TAHUN 6

2013

TEMPAT Kelas 6 Bijak dan 6 Cerdik

JAWATANKUASA KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER 2013 Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II Setiausaha Ahli Jawatankuasa : Encik Othman Bin Yahaya AMP. PJK. : Encik Sudirman Bin Abdul Ghani : Puan Surayah Lee Kow@ Hashim Lee : Encik Ali Osman Bin Abdul Ghani : Puan Khairunnisa Syazwani Binti Zulkifli : Puan Norliza Binti Bohari (Guru kelas 6 Cerdik) Encik Herezan Bin Mohamad Gapar (Guru kelas 6 Bijak) Puan Shuhaiza Binti Mohd. Shariff (Ketua panitia Bahasa Melayu) Puan Sabariah Binti Abd. Majid (Ketua panitia Bahasa Inggeris) Puan Faridah Binti Tahir (Ketua panitia Matematik) Puan Fadzilah Binti Sahari (Ketua panitia Sains)

PENGISIAN PROGAM Murid-murid akan diberi modul untuk menjawab soalan-soalan UPSR terdahulu oleh guru yang bertugas. Modul-modul ini akan disediakan oleh setiap panitia mata pelajaran teras. Murid-murid akan diberi masa selama satu jam untuk menjawab soalan dan setengah jam untuk sesi perbincangan bersama guru.

PENUTUP Semoga pelaksanaan KelasTambahan Cuti Semester dan komitmen daripada semua warga SK Sultan Idris II dapat meningkatkan prestasi UPSR bagi tahun 2013. Inshaa Allah.

JAWATANKUASA KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER

KELAS TAMBAHAN CUTI SEMETER TAHUN 6

2013

Disediakan oleh,

Puan Khairunnisa Syazwani Binti Zulkifli Setiausaha Jawatankuasa Kela Tambahan Cuti Semester

Disemak oleh,

Encik Sudirman Bin Abdul Ghani Penolong Kanan Pentadbiran Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kelas Tambahan Cuti Semester

Disahkan oleh,

Encik Othman Bin Yahaya AMP. PJK. Guru Besar Cemerlang Pengerusi Jawatankuasa Kelas Tambahan Cuti Semester

JAWATANKUASA KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER

KELAS TAMBAHAN CUTI SEMETER TAHUN 6

2013

JAWATANKUASA KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER

Anda mungkin juga menyukai