Anda di halaman 1dari 8

Student Mapping a Right Track

Kertas Kerja Cadangan Smart Study Skills Workshop Untuk

SEKOLAH MENENGAH SETIABUDI Tarikh: 6 Januari 2014 & 7 Januari 2014 Masa: 8.00 pagi 4.00 petang Tempat: Dewan Sekolah Sekolah Menengah Setiabudi Gombak, Kuala Lumpur

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366 azzahra.professional@gmail.com

PENGENALAN Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu sebagai sebaik - baik kejadian ( Surah At Tiin : 4 ) Manusia pada fitrah kejadiannya telah dicipta dengan penuh teliti dan suci untuk diangkat martabatnya sebagi pemimpin dan pemegang amanah untuk bertanggungjawab pada memakmurkan alam raya. Darjat manusia ditinggikan melebihi seluruh makhluk yang lain. Dengan keseimbangan tahap kecerdasan Akal, Rohani, Emosi dan Fizikal, manusia pastinya mampu membina kecemerlangan pada impian yang tersimpan pada kepercayaan diri. Apabila manusia mengerti dan menghayati akan tujuan penciptaannya, seluruh kehidupannya akan terarah untuk membangkit potensi tersebut bagi mencapai maksud agung penciptannya iaitu memakmurkan muka bumi yang bermula dengan membina kecemerlangan diri. Didalam menjalani kehidupan, setiap manusia akan membuat keputusan untuk memberi balas dan bertindak pada kepercayaan yang terbina didalam diri. Kepercayaan itu pula terbina pada setiap yang masuk ke dalam diri melalui pintu pancaindera dan membentuk pandangan hidup, sistem kepercayaan, sistem nilai dan kesemuanya ini akan membentuk sikap. Dari sikap inilah lahirnya tingkahlaku zahiriah seseorang yang menjalani kehidupan sehariannya. Maka, untuk melahirkan manusia yang mampu mencipta kejayaan yang hakiki, sistem kepercayaan seseorang itu perlu dibina dengan menjuruskan pandangan hidup, sistem kepercayaan, sistem nilai dan sikap ke arah yang ingin dicapai. Sistem kepercayaan positif yang sudah terbina di dalam diri akan membentuk jatidiri yang perkasa. Dalam merealisasikan harapan ini, Azzahra Professional telah merangka modul khusus untuk tujuan di atas. Program-program pembangunan insan giat dijalankan bagi memastikan para pelatih mempunyai ilmu dan pandangan hidup yang benar untuk membentuk jatidiri yang kukuh sekaligus mampu menghadapi cabaran dunia kini. Semoga program ini mampu membantu meningkatkan pencapaian diri para pelatih dalam menunaikan amanah selaku khalifah Allah s.w.t, seterusnya berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366 azzahra.professional@gmail.com

OBJEKTIF Meningkatkan motivasi untuk memperbaiki diri dalam diri peserta Memberi gambaran kehidupan yang betul sabagai seorang pelajar Muslim Memberi pendedahan dalam ilmu pengurusan kendiri pelajar Muslim Mengadaptasi teknik teknik kemahiran belajar yang betul kepada para pelajar melalui kaedah NLP Menerapkan budaya pembelajaran dan persahabatan yang baik di kalangan para pelajar Memberi ruang dan peluang mendapatkan pengalaman berharga daripada Mantan Pengetua Cemerlang Malaysia

PENGANJUR Unit Bimbingan & Kaunseling Sek. Men. Setiabudi dengan kerjasama pihak Akademi Azzahra.

TARIKH 6 Januari 2014 7 Januari 2014 (Tidak bermalam)

TEMPAT Dewan dan Bilik Darjah Sek. Men. Setiabudi

MODUS OPERANDI 1. Melibatkan siri ceramah (Kuliah Audio Visual dan Interaktif) dan siri Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran (PKPK) sepanjang tempoh 2 hari program 2. Melibatkan kebersamaan para fasilitator dalam setiap aktiviti PKPK di dalam kelas 3. Turut mendapat kerjasama para guru dan kakitangan dalam memastikan keberkesanan program

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366 azzahra.professional@gmail.com

Kuliah Audio Visual dan Interaktif Siri perkongsian pintar dan dialog oleh pakar motivasi Malaysia yang akan diadakan di dewan sekolah melibatkan pengbabitan seramai 400 pelajar dan para guru. Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran (PKPK) Para pelajar akan diagihkan mengikut kumpulan kelas dan tingkatan masing masing untuk berada di kelas bagi sesi perkongsian pintar dan perbincangan kumpulan oleh para fasilitator berpandukan kepada modul dan permainan berkonsep yang telah disediakan.

PESERTA Seramai 400 pelajar terdiri daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran 1
PENCERAMAH & FASILITATOR

Keseluruhan program latihan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Pasukan Jurulatih Akademi Azzahra dan di bantu oleh para Fasilitator terlatih daripada Pasukan Professional Learning Facilitator (PLF)
KOS PENGENDALIAN PROGRAM

Cadangan kos keseluruhan ini termasuk: Pembangunan Modul Jurulatih perunding / penceramah jemputan Khidmat fasilitator seramai 30 orang Dokumentasi pelajar & Sijil Penyertaan Pengurusan Teknikal & Kelengkapan PKPK

Sebutharga akan disertakan kemudian merujuk kepada perbincangan bersama kedua belah pihak.

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366 azzahra.professional@gmail.com

KEPERLUAN PROGRAM

Pihak kami memohon kerjasama pihak sekolah untuk menyediakan: Sistem siaraya bersama pembesar suara Whiteboard (jika ada) Projektor LCD & Skrin Sijil kepada Penceramah Sijil kepada pihak Fasilitator Sijil kepada pihak syarikat pengendali

RUMUSAN Diharapkan program ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan berjaya mencapai objektif yang telah digariskan. Usahasama ini akan menjadi lebih lancar apabila semua pihak menggembeleng tenaga memainkan peranan secara berterusan. Semoga Allah S.W.T merahmati usaha ini dan membantu kita semua dalam pembentukan tamadun gemilang.

We cannot always build the future for our youth, but we can build youth for the future.
(Franklin D. Rooservelt)

Kertas cadangan disediakan oleh,

.. MUHAMMAD IMRAN MOKHTAR Akademi Profesional Azzahra 012-6797486

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366 azzahra.professional@gmail.com

Lampiran

CADANGAN TENTATIF PROGRAM


HARI PERTAMA 8.00 am 8.30 am Pendaftaran & Taklimat Kuliah Audio Visual Interaktif I Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang En. Azman Mohd Nawi Ketua Editor Majalah FOKUS SPM Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang En. Azif bin Abd Razak Principle Trainer ABAR Group of Companies 10.30 am 11.00 am Rehat Kuliah Audio Visual Interaktif II Minda Pelajar Cemerlang Melalui Teknik NLP En. Ridzuan Osman NLP Certified Master Trainer Rehat dan Solat Zuhur Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran I Kemahiran Belajar & Mendengar Kemahiran Kerja Berpasukan (Group Study) Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran II Kemahiran Mengambil & Membuat Nota Gaya MAPPiCXS Bersurai Cadangan I

Cadangan II

1.00 pm 2.00 pm

3.00pm 4.00 pm HARI KEDUA 8.00 am 8.30 am

Pendaftaran & Taklimat Kuliah Audio Visual Interaktif III Smile, Respect, Appreciate Pn Raffidah Asnawi Managing Director RA Training & Consultancy Rehat

10.30 am

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366 azzahra.professional@gmail.com

11.00 am

Kuliah Audio Visual Interaktif IV Dialog Bersama Mantan Pengetua Cemerlang Malaysia Pn Hjh Rokiah bte Alias Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan Rehat dan Solat Zuhur Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran III Kemahiran Mengingat Peningkatan Keilmuan dan Penjanaan Kesedaran IV Kemahiran Merangka Perancangan Belajar Secara Individu dan Berkumpulan Penutup dan penyampaian sijil

1.00 pm 2.00 pm 3.00pm

3.30 pm

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366 azzahra.professional@gmail.com

Lampiran

CADANGAN ANGGARAN KOS


PERKARA JUM PESERTA 400 Pengurusan Konsultansi Penceramah (4 orang X RM 400) Fasilitator (30 orang X RM 200 untuk 2 hari) Peralatan Tulis + Fail (RM 3 Seorang) Nota Kuliah & Modul PKPK (RM 5 seorang) Sijil Penyertaan 600.00 1,600.00 6,000.00 1,200.00 2,000.00 600.00 JUMLAH (RM)

JUMLAH KESELURUHAN RINGGIT MALAYSIA DUA BELAS RIBU SAHAJA

12,000

Nota: Pihak kami mengalu-alukan perbincangan bersama kedua belah terlebih dahulu kerana kertas cadangan ini adalah TIDAK MUKTAMAD. Sebarang perbincangan dan perubahan tertakluk kepada persetujuan kedua belah pihak atas kepercayaan bersama. Namun, ianya tidak menjadi halangan dan bebanan bagi kami untuk memastikan objektif program ini tercapai sepenuhnya atas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Moga dipermudahkan segalanya. Amin.

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES No.107, Tingkat 1, Jalan Komersil Senawang 4,, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 017-3727486 / Faks: 06-6715366 azzahra.professional@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai