Anda di halaman 1dari 2

AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES

NO. 643, LORONG 19/2, TAMAN BUKIT CORAL


70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
H/P: 0173727486 EMAIL: azzahra.professional@gmail.com
Professional For Everyone !

Pihak Yang Berkenaan,

Ybhg. Tuan / Puan,

PERMOHONAN PROGRAM CERAMAH BANDUAN AKHIR TALI GANTUNG (DADAH)

Terlebih dahulu pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas jalinan silaturrahim yang diberikan. Semoga dipermudahkan atas segala
urusan yang dilakukan.

2. Hamzah Abd Rahim (1984 - 2013) merupakan banduan akhir yang pertama
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah penggubalan akta pada tahun 1986
untuk kesalahan dadah. Selama 16 tahun En Hamzah dipenjarakan sebagai banduan akhir
tali gantung dan setiap hari hanya menunggu mati. Tidak cukup daripada itu, beliau
terpaksa meringkuk 12 tahun lagi walaupun telah mendapat perkenan untuk Program
Pengampunan di Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al Marhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadikan beliau dipenjara selama 30 tahun di 4 buah
penjara tersohor Malaysia dan telah menerima 10 sebatan. Kisah dokumentari dan
personaliti beliau ingin kami kongsikan sebagai pedoman dan pengajaran.

3. Sehubungan dengan ini, kami memohon kerjasama Ybhg. Tuan / Puan untuk
membenarkan program ceramah ini kepada seluruh komuniti dan golongan sasar sebagai
kisah rujukan dan bahan arkib. Program bersama tayangan video dokumentari Di Sebalik
Tirai Besi ini boleh dibuat sama ada dalam mesyuarat atau seminar dan perhimpunan
bulanan atau mana-mana program yang bersesuaian pada tarikh dan masa yang
dicadangkan oleh pihak Ybhg. Tuan / Puan Bersama ini juga dilampirkan dokumentasi
Atok Hamzah sebagai rujukan.

4. Kerjasama Ybhg. Tuan / Puan amatlah diharapkan dan boleh menghubungi


Pegawai Penerangan kami En Muhammad Imran di talian 017-3727486. Diharap kisah
ini memberi iktibar dan tauladan buat semua. Segala kerjasama dan keprihatinan yang
diberikan amatlah disanjung tinggi. Sekian, terima kasih.
Yang benar,

.
Muhammad Imran bin Mokhtar
Akademi Azzahra

Anda mungkin juga menyukai