Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami: PITAS/GOMBAK/KT/10-2010
Ruj. Tuan:

14 Rajab 1431H
27 June 2010

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركات‬


‫الحمد هلل والصالة والسالم على رسول هلل وعلى اله وصحبه ومن وااله – أما بعد‬

Yang Berhormat Haji Azmin bin Haji Ali


Ahli Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa

PER: JEMPUTAN KE MAJLIS PERESMIAN & PENUTUP PRORAM KARNIVAL


TAHFIZ, PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN (PITAS) DAERAH
GOMBAK

Didoakan YB berada di dalam barakah dan maghfirah Allah.

2. PITAS Daerah Gombak ingin menjemput YB menghadiri dan memberi ucapan di majlis
peresmian dan penutup Forum Karnival Tahfiz Daerah Gombak. Terperincian program adalah
seperti berikut:

TARIKH: 10 JULAI, 2010

MASA: 8:30AM-11:00PM

TEMPAT: MASJID AL-RIDHWAN, HULU KELANG

PERESMIAN & PENUTUP: YB. DR. HALIMAH BINTI ALI


EXCO PENDIDIKAN TINGGI, NEGERI SELANGOR

3. Untuk makluman YB, acara karnival ini akan disertai oleh 400 pelajar dari seluruh
maahad tahfiz di dalam daerah Gombak, 30 orang dari mereka akan menduduki ujian shahadah
hafazan 5 juzuk.

5. Bersama-sama ini kami sertakan lampiran kertas kerja Karnival Tahfiz PITAS-Daerah
Gombak untuk rujukan YB.

6. Di harap pihak YB dapat membuat pengesahan kehadiran selewatnya pada 8hb. Julai
kepada Exco PITAS daerah Gombak, Ustaz Bisri Ibrahim di talian 012-6777774 atau Timb.
Nazir Masjid al-Ridhwan, Ustaz Zuhir Abdullah di talian 012-3938427.
Segala kerjasama dan/atau sumbangan daripada pihak YB didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

ً‫جزاك اهلل خيراً كثيرا‬

Sekian.

Yang Menjalankan Amanah,

……………………………….
HJ. ALAUDDIN BIN ISHAK
A.A.C.S, A.Adm.
Setiausaha PITAS (Pusat)
Pengerusi PITAS Gombak

sk 1.HDR Ustaz Hj. Sahril bin Haji Sartu


Pengerusi PITAS Pusat

2. Haji Fauzi bin Saleh


Nazir Masjid al-Ridhwan, Hulu Kelang

Anda mungkin juga menyukai