Anda di halaman 1dari 35

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31111.

0 PENGENALAN Semantik Umum merupakan satu bidang kajian yang masih baru di Malaysia. Bidang ini mula diperkenalkan di Malaysia oleh sarjana Malaysia Mohd Rajib Ab. Ghani ketika menuntut di luar negara pada tahun 1984. Kajian demi kajian dibuat oleh beliau dan beberapa teman seperjuangan dan hasilnya hasil ini, Istilah semantik baru muncul pada tahun 1984 yang dikenal melalui American Philological Association (Organisasi Filologi Amerika) dalam sebuah artikel yang berjudulReflected Meanings: A point in Semantics. Istilah semantik sendiri sudah ada sejak abad ke-17. Semantik sebagai subdisiplin linguistik muncul pada abad yang ke-19. Pada tahun 1825 seorang pakar klasik yang bernama C. Reisig mengemukakan pendapatnya tentang tata bahasa yang dibaginya atas tiga bagian, yakni etimologi, sintaksis, dan semasiologi. Semasiologi adalah studi tentang makna, dengan kata lain berpadanan dengan istilah semantik. Kata semantik sebenarnya merupakan istilah teknis yang mengacu pada studi tentang makna. Istilah ini merupakan istilah baru dalam bahasa Inggris. Para ahli bahasa memberikan pengertian semantik sebagai cabang ilmu bahasa yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik atau tanda-tanda lingual dengan hal-hal yang ditandainya (makna). Istilah lain yang pernah digunakan hal yang sama adalah semiotika, semiologi, semasiologi, dan semetik. Pembicaraan tentang makna kata pun menjadi objek semantik.

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31112.0 SEMANTIK 2.1 Definisi dan Konsep Semantik Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. Menurut Palmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan. Daripada segi etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda dan lambang. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya. Istilah ini juga sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancissemantique. Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam bukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif). Menurut Radiah Yussof, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah kajian tentang makna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (OGrady, 200, 224, Fromin et al 2003.173) Dalam Buku Bahasa Malaysia Kertas 1- dalam bidang linguistik , semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Mnakala dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain perkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik.
2

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semantik ialah kajian linguistik yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar. Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Sperber dan Wilson (1980) pula, Buku Bahasa Melayu II mendefinisikan semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logiknya. Menurut Abdullah Hassan (1992:1), sematik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab itu, makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka sematik juga adalah sebahagian daripada linguistik. Manakala menurut R. H. Robins (1992:24) mendefinisikan semantik sebagai Makna merupakan atribut bukan sahaja dari bahasa melainkan pula dari segenap sistem tanda dan lambang dan kajian makna dinamakan semantik. Seterusnya Aminuddin (1988:15) menyatakan Semantik berasal daripada bahasa Yunani mengamdungi makna untuk memaknainya. Hasil dapatan ini, makna-makna yang dikemukakan oleh ahli-ahli semantik tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa semantik merupakan salah satu cabang kajian linguistik yang membahas tentang makna. Kajian semantik juga dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31112.2 Teori Semantik

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010: 1659), teori ialah pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain. Menurut Lyons (1993: 483), semantik mellibatkan interprestasi konotatif, rujukan denotatif, syarat benar, struktur argumentasi (penafian) dan peraturan tema yang kesemuanya mempunyai pertalian dengan sintaksis atau ayat. Kajian semantik pada aras kata misalnya, dapat dibahagikan kepada makna denotasi, konotasi, ekstensi, intensi, kiasan, kognitif, referensial, sempit, luas, konstruksi dan kontekstual. Walau bagaimanapun, deretan makna tersebut dapat dikelompokkan kepada dua sahaja, iaitu makna leksikal dan makna gramatikal atau struktural. Makna leksikal dapat dihubungkan dengan makna rujukan dengan berdasarkan makna kamus. Sementara makna gramatikal mempunyai keahlian yang kecil, tetap, tertutup dan dapat dikaitkan dengan perbezaan antara subjek dengan objek; pertentangan ketentuan, kala, bilangan; perbezaan antara kenyataan,

pertanyaan dan permintaan. Selanjutnya, menurut Brown dan Yule (1983: 240), menerangkan semantik dianalisis melalui sintaksis yang membabitkan wacana atau teks secara

keseluruhannya. Analisis ini mempertimbangkan sintaksis dan semantik yang berfungsi untuk menerangkan ciri-ciri linguistik sesuatu wacana. Setiap nilai maksud atau makna yang dianalisis mestilah tepat dan sesuai dengan fakta pada ketika pengkaji itu menjalankan kajian dan dapat digeneralisasikan. Misalnya, mendung bermakna hari hujan dan sokongannya sangat bermakna bagi kami.

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111Setiap ujaran tersebut membawa makna yang berbeza berdasarkan

penggunaannya. Dengan erti kata lain, dari segi semantik, setiap ujaran itu mempunyai nilai makna yang berbeza. Contohnya, ujaran (mendung bermaknahari hujan) yang mengaitkan mendung dengan hujan kelihatannya tidak melibatkan aspek linguistik. Namun demikian, jika dipandang dari segi semantik, mendung merupakan satu tanda yang ada yang kaitannya dengan tanda yang lain, iaitu hujan. Dalam hal ini menerangkan tentang tarikan pemerhatian ahli bahasa untuk mengkaji makna dalam bidang semantik. Tambahan lagi, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik membekalkan kajian makna ayat untuk bahasa dengan cara menghuraikan makna secara spesifik, iaitu berlandaskan situasi ayat-ayat dalam bahasa. Misalnya, semua pengguna jalan raya mempunyai tanggapan makna yang sama tentang warna lampu isyarat jalan raya, iaitu merah bermaksud berhenti, hijau bermaksud jalan dan kuning bermaksud bersedia untuk berhenti. Dalam situasi pertuturan pula, penutur menggunakan bahasa yang bermakna apabila mereka menuturkan sesuatu bunyi bahasa atau ujaran. Sebahagian besar nya berkaitan dengan makna rujukan. Apabila seseorang individu itu menuturkan tentang sesuatu, dia sebenarnya merujuk kepada benda, orang, konsep atau membuat komen. Dia menggunakan sumber sintektikal dan fonologikal bahasa dari segi semantik untuk menggambarkan atau membayangkan makna. Seterusnya, makna pertuturan dapat diperoleh dengan berdasarkan konteks pertuturan itu berlaku. Lantaran itu, teori rujukan merupakan salah satu teori makna. Kata digunakan sebagai cara untuk merujuk kepada dunia luar. Namun demikian, ada kata yang bukan merupakan rujukan seperti mungkin, jika, bukan, dan oleh itu. Justeru, kata nama merupakan contoh terbaik bagi memperkatakan rujukan seperti Musa, jururawat dan menteri kesemuanya merujuk kepada individu tertentu.

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111Namun begitu, kelemahan teori ini ialah teori ini tidak merujuk kepada sesuatu yang abstrak mahupun yang ghaib. Oleh itu, terhasilah satu lagi teori yang dikenali teori representasi mental. Teori ini merujuk kepada imej dalam otak dan wujud padanan dengannya di dunia nyata. Misalnya, bunga mawar sebagai imej yang terdapat dalam minda seseorang dan dihubungkan dengan bunga mawar di dunia nyata. Selain teori tersebut terdapat beberapa teori lain yang telah diketengahkan dalam kajian semantik. Teori tersebut diperkenalkan sejak timbulnya perdebatan tentang persoalan makna dalam kajian linguistik. Sehingga kini, tiada satu teori semantik yang dapat dianggap lebih baik daripada teori yang lain memandangkan setiap teori mempunyai analisis yang tersendiri dalam mengkaji makna. Selain itu, melalui laman sesawang Rujuk Nota bidang

(2009/http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-kajian-semantik.html),

semantik merupakan kajian linguistik yang paling sukar kerana untuk mengkaji makna, kita juga harus melihat aspek kebudayaan, konteks, psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial penutur dan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya. Pada awal abad ke-20 para pengkaji hanya berminat kepada aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa. Pada tahun 1930-an, kajian semantik hanya tertumpu kepada semantik huraian. Pada pertengahan dan akhir abad ke-20, bidang semantik semakin popular dengan lahirnya golongan linguistik transformasi. Semantik dianggap sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa. Banyak teori tentang timbulnya bahasa dan bagaimana bahasa tersebut berhubungan dengan makna telah dikemukakan oleh ahliahli bahasa. Antara yang utama ialah teori behaviorisme, teori analisis komponen, dan teori logik simbolik.

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111Seterusnya, melalui laman sesawang Teori teori Semantik adalah sesuatu

(2009/http://cikgimoon.blogspot.com/2009/10/teori-semantik.html), pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk

menerangkan

perkara. Teori merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa. Melalui laman sesawang ini Kempson (1991: 2), telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan sebahagian daripada teori linguistik am. Teori teori tersebut termasuklah seperti teori imegan, teori behaviosme, teori analisis komponen dan teori lagik simbolik. Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan kepadaan, satu satu teori semantik itu mestilah memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu teori tersebut mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut. Selain itu, teori itu mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, sama ada perkataan atau ayat. Akhir sekali, teori berkenaan mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan antara ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti memberi huraian yang agak jelas hubungan sinonim, perangkuman logik, pertentangan, dan sebagainya. Mana-man teori yang gagal menepati ketiga-tiga syarat di atas, sama ada antaranya atau semuanya sekali, pastilah tidak memadai sama ada dari segi prinsipnya atau pada bahagian tertentu teori itu. Melalui laman sesawang Teori Semantik Bidang

(2009/http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-kajian-semantik.html).

semantik merupakan bidang kajian linguistik yang paling sukar kerana untuk mengkaji makna, kita juga harus melihat aspek kebudayaan, konteks, psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial penutur dan pendengar, tajuk perbincangan dan sebagainya.

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111Selain itu, pada awal abad ke-20 para pengkaji hanya berminat kepada aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa. Seterusnya pada tahun 1930-an, kajian semantik hanya tertumpu kepada semantik huraian. Pada pertengahan dan akhir abad ke-20, bidang semantik semakin popular dengan lahirnya golongan linguistik transformasi. Semantik dianggap sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa. Akhir sekali, banyak teori tentang timbulnya bahasa dan bagaimana bahasa tersebut berhubungan dengan makna telah dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa. Antara yang utama ialah teori imejan, teori behaviorisme, teori analisis komponen dan teori logik simbolik.

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31112.3 Pertalian Ilmu Semantik dengan Disiplin Ilmu yang Lain

2.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa karena falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logik. Oleh yang demikian logik dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak berarti. Contohnya falsafah Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya membawa semantik kesedaran kendiri atau muhasabah diri perlu dipahami pendengar maupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.

2.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-gerik jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan Makan! berbeda berbanding Makanlah.. Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeda tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas.

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31112.3.3 Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok

masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan taman pada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan taman hati, taman buaya, dan taman rimba yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. 2.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya susastra sama ada tulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justru, terdapat berbagai lapisan makna dalam sastra yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat dipikirkan pengkritik) dan makna pribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang saja). Contohnya seperti ungkapan Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95) merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga.

10

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31112.3.5

Hubungan Semantik dengan Sejarah Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa

merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang bermaksud berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya telah disempitkan maksudnya kepada berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Perkataan pondok yang bermaksud tempat tinggal yang usang pula telah dikembangkan maknanya menjadi tempat belajar. Justru sejarah bahasa ini perlu dimuat dalam kamus besar untuk mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

11

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31112.4 Makna Leksikal Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

2.4.1 Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada lima ekor lembu.

2.4.2 Kata paduan Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.

2.4.3 Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya

12

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31112.5 Makna Ayat Dalam Bahasa Melayu Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna. Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut;

2.5.1 Makna Konotatif ( Tersirat) Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna ini lebih mengutamakan nilai komunikatif. Contohnya dalam ujaran Banyak cantik kerja kamu, kata cantik tidaklah membawa maksud lawa atau indah tetapi makn a yang sebaliknya. Yang dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik atau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna.

13

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111Selain daripada itu makna konotatif ( tersirat) juga saling dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya buah tangan, naik angin, kuah tumpah kenasi, dan harapkan pagar, pagar makan padi. Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan kata-kata terkadang didalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal tetapi secara kiasan. Contohnya,

(1) Puteri lilin (2) Umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak (3) Ibarat mencurah air kedaun keladi (4) Ibarat balam, mata lepas badan terkurung Dalam ayat (1) kiasan tidak membawa makna puteri yang diperbuat daripada lilin, tetapi ayat ini membawa maksud seorang yang tidak boleh tahan dengan panas. Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud kehidupan manusia umpama jari ditangan, ada yang kaya dan ada yang miskin. Sebagai perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat di beri yang tujuannya ingin menyatakan bahawa hidup manusia ada perbezaannya antara seorang dengan seorang yang lain. Kiasan dalam ayat (3) membayangkan usaha yang sis-sia dalam menasihati seseorang . Sementara itu kiasan dalam ayat (4) mengibaratkan kehidupan seseorang seperti burung balam di dalam sangkar, dimana ia bebas melihat alam sekelilingnya tetapi tidak bebas hendak kemana-mana atau mengecapinya. Seperti Perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat diberi yang tujuannya ingin menyatakan tentang kehidupan manusia.

14

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31112.5.2 Makna Konseptual Makna konseptual merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna yang diucapkan sahaja. Umpamanya apabila disebut sekolah maka akan dibayangkan sebuah bangunan yang digunakan untuk tujuan pendidikan oleh murid-murid dan guru. Disamping itu, makna konseptual seseorang itu mingkin berbeza daripada individu yang lain. Tidak semestinya dua orang itu mempunyai makna konseptual yang sama. Misalnya, katakana seseorang anak kecil yang sentiasa didera oleh ibunya dengan anak kecil yang sentiasa menerima kasih saying secukupnya daripada ibunya. Kedua-dua anak ini akan mempunyai presepsi yang berbeza dengan perkataan ibu. Mungkin bagi anak yang pertama itu, ibu baginya ialah sebagai syaitan kerana pengalaman yang dilaluinya terlalu perit dan tidak berperikemanusiaan. Manakala bagi anak yang berikutnya pula membawa makna seorang dewi kerana amat dikasihi ibunya. 2.5.3 Makna Stilistik Makna stilistik lazimnya merujuk kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial yang tertentu. Misalnya untuk mengatakan rasa rendah hati, seseorang yang menjemput kawannya kerumah akan mengatakan ; Jika ada masa lapang, sila dating keteratak saya di Likas. Sebenarnya, orang yang menjemput atau pengujar itu tidak menghuni di sebuah teratak (yakni rumah kecil yang lazimnya dibina di sawah ) tetapi di rumah yang diperbuat daripada batu.

15

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31112.5.4 Makna Tersurat Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna ujaran sahaja, sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaan ayat atau ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu. Perhatikan contoh-contoh berikut; (1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini. (2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. (3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik (4) Pekrja-pekerja akan mulakan kerja mereka bila hujan berhenti. (5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu. Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Umpamanya , mereka-mereka dalam ayat (1) merupakan kelewahan semantic atau dengan kata lain makna yang berlebihan dimana ianya tidak diperlukan. Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia. Sementara itu dalam ayat (3) , perkataan merasa membawa makna mengalami sesuatu menggunakan indera dan bukannya mengalami sesuatu dengan hati. Perkataan berdukun pada ayat (5) meknanya agak kabur kerana berdukun boleh membawa dua makna, iaitu orang yang berubat atau orang yang mengubati orang lain.

16

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31113.0 PERISTILAHAN


Dalam konteks peristilahan, bidang Semantik lebih memfokuskan kepada pembentukan kata bagi lapangan-lapangan ilmu. Setiap daripada lapangan memiliki istilah-istilah khusus seperti perubatan, ilmu kejuruteraan, keagamaan, pelancongan, sukan, sebagainya. Namun, istilah yang digunakan kebanyakannya telah dipersetujui dan diterima oleh penuturnya sehinggakan istilah-istilah tersebut diserap dan dibenarkan untuk digunakan dalam majlis-majlis rasmi. Pun begitu, ada kalanya istilah-istilah ini tidak difahami maknanya oleh segelintir masyarakat yang bukan daripada lapangan ilmu tersebut.

3.1 Proses dan Tatacara Pembentukan Istilah Secara umumnya, proses pembentukan istilah berlaku dalam pelbagai cara. Istilah yang terbentuk biasanya digunakan secara meluas, bermakna, difahami, dan sesuai menyebabkan istilah-istilah ini diiktiraf sebagai perkataan baharu. Pelbagai cara dan proses bagi pembentukan istilah dalam bahasa Melayu ini. Antara proses dan tatacara pembentukan istilah ialah : Dialek. Serapan daripada bahasa asing. Variasi disiplin ilmu. Kependekan kata. Penambahan imbuhan.

17

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31113.1.1 Dialek

Istilah-istilah dan perkataan dalam sesuatu komuniti, biasanya digunakan secara meluas oleh komuniti itu sahaja. Namun, jika ada istilah yang difahami, bermakna, dan sesuai, maka, tidak salah jika istilah itu diiktiraf. Sehingga kini, bahasa Melayu telah menerima banyak istilah kata yang asalnya daripada dialek yang sudah pun disenaraikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Contohnya : BIL. 1. 2. 3. 4. 5. Kedah Kelantan Negeri Sembilan Minangkabau Jawa DIALEK PERKATAAN ligan gebal gayu mandeh papah MAKSUD kejar, halau anyam, susun tua ibu pelepah kelapa

3.1.2 Serapan daripada bahasa asing


Istilah-istilah dalam bahasa Melayu juga terbentuk daripada serapan perkataan dalam bahasa asing. Antara bahasa yang perkataannya banyak diserap ialah bahasa Sanskrit, bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan sebagainya. Contohnya :

BIL. 1. 2. 3. 4. Bahasa Arab

BAHASA

PERKATAAN hayat unit huna hunjin

MAKSUD hidup unit rumah berhala wang yuran

Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Bahasa Cina

18

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111Namun, berdasarkan Buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992) pula, buku ini telah menggabungkan dua kumpulan utama kata pinjaman dari segi ejaannya, iaitu :

1. Kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu. 2. Kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu.

KATA ASING YANG BELUM SEPENUHNYA TERSERAP

Terdapat beberapa contoh kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana berkemungkinan kata tersebut tidak mempunyai padanan yang sesuai ataupun keinginan mengekalkan bentuk asal atas dasar istilah keantarabangsaannya digunakan secara meluas. Contohnya : landrover ad hoc de facto in vitro overdraf fasakh qari mithali protein diesel

KATA ASING YANG SEPENUHNYA TERSERAP

Terdapat 63 kaedah penyerapan yang secara dasarnya tidak mahu mengubah keseluruhan ejaan asalnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku masih menyerupai bentuk asal, tetapi kelihatan samar-samar. Kaedah tersebut telah mengikut pengekalan atau perubahan abjad semata.

19

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111Antara kaedah penyerapan kata asing ialah : BIL. 1. 2. 3. 4. 5. KAEDAH PENYERAPAN KATA ASING Abjad a tetap a Abjad ae jika tidak bervariasi dengan e tetap ae Abjad ae jika bervariasi dengan e menjadi e Abjad ai tetap ai Abjad ai (Belanda) menjadi e CONTOH PERKATAAN race aerial aesthetics aileron primair - ras - aerial - estetika - aileron - primer

3.1.3 Variasi disiplin ilmu Pembentukan istilah juga berlaku hasil daripada pelbagai bidang ilmu yang timbul. Bidang-bidang ilmu ini berlaku apabila ahli falsafah mahupun cendekiawan menghasilkan ideologi bernas sehinggakan ideologi ini diterima pakai dalam kehidupan seharian. Misalnya, bidang perubatan, bidang zoologi, linguistik, sastera, muzik, komputer, kimia, industri, kejuruteraan, sukan, undang-undang, ekonomi, dan sebagainya. Apabila berlaku kepelbagaian dalam bidang ilmu, bermakna, terdapat juga pengembangan istilah yang berlaku dalam sesuatu bidang tersebut. Istilah-istilah ini terbentuk memandangkan sesuatu fenomena, isu mahupun permasalahan yang timbul dan pengkaji bidang tersebut telah menggunakan istilah khusus bagi memudahkan manusia memahami konteks ujaran sesuatu perkara. Contohnya :
BIL. 1. 2. 3. 4. Kimia Linguistik Muzik Psikologi BIDANG PERKATAAN polivinil homonimi forte psikik

20

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31113.1.4 Kependekan kata Kependekan kata juga merupakan salah satu cara sesuatu bahasa itu berkembang. Satu-satu istilah yang mengandungi dua dan lebih perkataan boleh dipendekkan menjadi istilah yang baharu. Dan istilah ini dinamai dengan kata akronim. Terdapat empat jenis akronim iaitu : 1. Kata akronim cantuman huruf awal perkataan. 2. Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. 3. Kata akronim cantuman suku kata awal perkataan. 4. Kata akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

Akronim cantuman huruf awal perkataan Kata akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan biasanya terdiri daripada kata nama khas. Oleh itu, kata akronim tersebut perlu dieja dengan menggunakan huruf besar

keseluruhannya. Contohnya : ADUN ABIM - Ahli Dewan Undangan Negeri - Angkatan Belia Islam Malaysia

Akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan Akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata akronim ini juga bermula dengan huruf besar. Contohnya : Mara Perkim - Majlis Amanah Rakyat - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
21

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111Akronim cantuman suku kata awal perkataan Kata akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya menggunakan huruf besar, tetapi jika kata nama am, hurufnya hanya huruf kecil. Contohnya : Bernama Perkeso tadika pawagam - Berita Nasional Malaysia - Pertubuhan Keselamatan Sosial - taman didikan kanak-kanak - panggung wayang gambar

Akronim cantuman awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya Kata akronim ini terbentuk hasil daripada percantuman huruf atau suku kata awal dengan bahagian bukan awal bagi perkataan yang

mengikutinya.Contohnya : asbut jentolak - asap kabut - jentera tolak

22

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31113.1.5 Penambahan imbuhan


Pembentukan kata juga terhasil daripada penambahan imbuhan pada sesuatu kata. Satu-satu perkataan yang menerima imbuhan bakal membawa makna yang berbeza mengikut situasinya. Jadi, penambahan imbuhan ini mewakili makna yang sesuai apabila digandingkan dengan frasa demi frasa bagi membentuk ayat yang gramatis. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini dapat dilihat sebahagiannya dalam tiga bahagian iaitu : 1. Imbuhan kata Sanskrit. 2. Imbuhan kata Arab - Parsi. 3. Imbuhan kata Yunani - Latin - Inggeris.

IMBUHAN KATA SANSKRIT

Imbuhan yang berasal daripada kata Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Tetapi, imbuhan kata Sanskrit ini hanya menerima imbuhan awalan dan akhiran sahaja. Contohnya : AWALAN IMBUHAN + PERKATAAN maha tata pra swa tuna eka dwi tri + + + + + + + + karya susila kata asta anggota matra bahasa bulan indera siswazah ISTILAH mahakarya tatasusila prakata swasta tunaanggota ekamatra dwibahasa tribulan pancaindera pascasiswazah AKHIRAN PERKATAAN + IMBUHAN harta seni biara biduan + + + + wan man wati nita ISTILAH hartawan seniman biarawati biduanita

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

panca + pasca +

23

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111IMBUHAN KATA ARAB - PARSI Pengaruh bahasa Arab - Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu lagi. Terdapat dua jenis imbuhan kata Arab Parsi yang diguna pakai dalam bahasa Melayu iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.Contohnya : AWALAN IMBUHAN + PERKATAAN bi + adab ISTILAH biadab AKHIRAN PERKATAAN + IMBUHAN dunia azal lahir hadir munafik qari + + + + + + wi i iah in at ah ISTILAH duniawi azali lahiriah hadirin munafikat qariah

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

IMBUHAN KATA YUNANI - LATIN - INGGERIS Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu ialah imbuhan kata Yunani - Latin - Inggeris. Tetapi, umumnya, imbuhan ini hanya akan membentuk istilah, tidak seperti imbuhan dalam bahasa Melayu seperti me-, meN-, dan sebagainya. Imbuhan kata ini juga terbentuk daripada imbuhan awalan dan akhiran. Contohnya : AWALAN IMBUHAN + PERKATAAN pro anti poli auto sub supra + + + + + + aktif sosial teknik mobil kategori sistem ISTILAH proaktif antisosial politeknik automobil subkategori suprasistem AKHIRAN PERKATAAN + IMBUHAN sosial fonem nasal praktik ekonomi + + + + + isme ik si al is ISTILAH sosialisme fonemik nasalisasi praktikal ekonomis

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

24

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111Namun, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992), terdapat tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah. Tujuh langkah itu ialah : 1. Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan. Contohnya : gaya, garis pusat, hasil keluaran. 2. Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya : peka, hablur, cerakin. 3. Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya : dermaga (Jawa), gambut (Banjar), kamir (Kelantan). 4. Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya : dening (Kelantan), riam (Johor), engkabang (Iban). 5. Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. Contohnya : atom, elektron, skru. 6. Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Contohnya : in toto, de facto, et al. 7. Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan.

Ketujuh-tujuh proses pembentukan istilah ini menggariskan empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu ungkapan yang paling singkat, ungkapan yang maknanya tidak menyimpang, ungkapan yang tidak berkonotasi buruk, dan ungkapan yang sedap didengar. Pun begitu, apa pun prosesnya, perkataan yang terbentuk mestilah diterima umum sebagai salah satu istilah kata yang boleh diguna pakai dalam kehidupan.

25

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 31113.2 Bentuk-bentuk Istilah Bahasa Melayu Bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi yang bercantum membentuk

perkataan. Perkataan pula bercantum membentuk frasa dan ayat. Melalui ayat kita menyusun buah fikiran lalu berhubung dengan ahli-ahli lain dalam masyarakat. Dalam setiap bahasa terdapat pelbagai bentuk perkataan. Dalam bahasa Melayu, misalnya, terdapat perkataan yang kecil binaannya, misalnya perkataanperkataan seperti yu (sejenis ikan), ru (sejenis pokok), cat, sen dan roh. Di samping itu, terdapat juga perkataan-perkataan panjang dan terdiri daripada beberapa suku kata, misalnya : belalang, mahkamah, kelongsong, laksana, munasabah, singgahsana, cenderawasih dan maharajalela. Tatabahasa terdiri daripada dua komponen, iaitu bahagian perkataan dan bahagian ayat. Mengikut istilah ilmiah, bahagian perkataan disebut morfologi, manakala bahagian ayat disebut sintaksis. Dalam bahagian morfologi, dua perkara diberi perhatian, iaitu bagaimana perkataan-perkataan sesuatu bahasa itu terbentuk serta bentuk-bentuk kata yang terhasil, dan kedua, jenis atau jumlah golongan kata yang wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat EMPAT bentuk kata, iaitu : (i) Kata tunggal satu suku kata : contoh - am, gred, teks, baju, skrip dua suku kata : contoh - aur, emas, doa, buku, kapal, sendi, kampung, tiga suku kata : contoh - cuaca, belia, elaun, berlian, utara, amanah, keliru, bendera, tempayan empat suku kata : contoh - keluarga, bijaksana, laksamana, sentiasa, bidadari, masyarakat, universiti

26

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111-

(ii)

Kata terbitan dihasilkan melalui proses pengimbuhan Contoh makanan : pembaca (pem+baca), mendaki (men+daki),

(makan+an),

menjalankan

(men+jalan+kan),

perasaan (pe+rasa+an)

(iii)

Kata majmuk terbentuk apabila dua perkataan atau lebih bergabung dan membentuk perkataan baharu yang membaca makna tertentu. Contoh : papan putih (papan+putih), pita suara (pita+suara), kapal terbang (kapal+terbang), jam tangan (jam+tangan). Lazimnya dieja terpisah, melainkan beberapa bentuk

kekecualian, misalnya antarabangsa, bumiputera, kakitangan, warganegara, jawatankuasa dan kerjasama.

(iv)

Kata ganda Perkataan yang mengalami proses pengulangan sama ada seluruh kata dasar atau sebahagian sahaja. Contoh: pulau-pulau, tiba-tiba, lelaki, kekura, rerambut, sayurmayur, gunung-ganang, anak-pinak.

27

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111-

4.0 RESENSI BUKU

Buku yang menceritakan atau mengkaji bidang ilmu semantik yang saya dipilih ialah buku karya tokoh bahasa dan pengarang tersohor iaitu Siti Hajar Abdul Aziz untuk buku Bahasa Melayu 2 : Siri Pendidikan Guru keluaranOxford Fajar Sdn. Bhd. Setelah membaca dan menganalisis buku tersebut, buku ini ditulis atau mencerita banyak bindang ilmu lingguistik dan tidak terkecuali bidang ilmu linguistik yang ditulis dalam bab lima pada muka surat 253 dan mempunyai 10 sub-sub topik. Dalam buku ini, semantik diceritakan sebagai satu bidang yang berkaitan dengan makna kata dan ayat berbeza dengan bidang bahasa sintaksis yang mengkaji struktur ayat.. Perkataan semantikberasal daripada bahasa Greek iaitu semantikos yang bermaksud memberikan tanda atau sesuatu makna. Semantik menkaji makna pada peringkat morfem, kata, frasa ayat dan wacana. Makna sesuatu kata tidak akan lengkap sekiranya tidak merujuk kepada konteksnya. Penutur sesuatu bahasa menggunakan sumber sintetikal dan fonologikal untuk menggambarkan makna. Tambahan lagi, terdapat pelbagai teori yang berkait rapat dengan ilmu semantik seperti teori rujukan yang mengatakan sesuatu kata digunakan sebagai cara untuk merujuk kepada dunia luar berbeza dengan teori imejan yang mengatakan bahawa makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang terbayang dalam minda penutur. Teori behavioris pula mengatakan bahawa makna terbentuk hasil tindak balas hasil daripada ransangan. Fitur semantik digunakan bagi melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen semantik bagi suatu set kata tetapi analisis fitur mempunyai kelemahan seperti tidak dapat menggambarkan ciri perbezaan secara jitu.

28

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111-

Medan makna merupakan kumpulan butir leksikal yang saling berhubung kait disebabkan kehadiran masing-masing dalam konteks yang serupa. Makna kata juga disebut sebagai makna leksikal iaitu makna perkataan seperti yang terdapat dalam rujukan kamus. Penutur dikatakan mempunyai kosa kata mental yang juga dinamakan leksikon. Tuntasnya, Semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan pandangan. Perbincangan ilmu semantik juga mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna.Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan,tindakan,proses atau benda.

29

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111-

5.0 RUMUSAN Semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan pandangan. Perbincangan ilmu semantik juga mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna.Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan,tindakan,proses atau benda. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Ilmu Semantik adalah penting dalam penggunaan dan pemakaian bahasa. Tanpa makna, ujaran atau bunyi-bunyi bahasa itu tidak berfungsi. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan atau ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat biasanya yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Dalam setiap bahasa untuk membentuk satu ayat hendaklah disusun dan untuk mendapat makna ayat bergantung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut.

30

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111-

6.0 REFLEKSI NAMA KUMPULAN NOMBOR K/P : MOHAMAD KHAIRIL AZLI BIN MOHAMAD YUSOFF : PISMP 6A : 910129-01-5995

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya dapat saya melaksanakan Kerja Berassaskan Ilmu bagi mata pelajaran Semantik dan Peristilahan (BMM 3111) ini dengan jayanya. Sepanjang proses melaksanakan tugasan ini, banyak maklumat yang saya telah peroleh mengenai apa yang terkandung mata pelajaran ini, Sebelum ini, saya hanya mengetahui serba sedikat sahaja tentang bidang ilmu semantik ini selain telah dapat mengetahui apa itu peristilahan.
Tambahan lagi, saya telah mengetahui bahawa dalam konteks peristilahan, bidang Semantik lebih memfokuskan kepada pembentukan kata bagi lapangan-lapangan ilmu. Setiap daripada lapangan memiliki istilah-istilah khusus seperti perubatan, ilmu kejuruteraan, keagamaan, pelancongan, sukan, sebagainya. Namun, istilah yang digunakan kebanyakannya telah dipersetujui dan diterima oleh penuturnya sehinggakan istilah-istilah tersebut diserap dan dibenarkan untuk digunakan dalam majlis-majlis rasmi. Pun begitu, ada kalanya istilah-istilah ini tidak difahami maknanya oleh segelintir masyarakat yang bukan daripada lapangan ilmu tersebut.

Di samping itu, semasa melaksanakan tugasan ini terdapat sedikit kesukaran yang saya hadapi ketika dalam proses menyiapkan tugasan ini. Dari aspek kesukaran pencarian bahan rujukan seperti buku dan bahan dari laman sesawang kerana kawasan tempat menginap saya semasa melaksanakan praktikum fasa dua ini berada dikawasan luar bandar dimana tidak terdapat kedai buku dan perpustakaan yang menjual buku yang diperlukan selain kemudahan penggunaan internet yang sukar.
31

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111-

Tugasan ini turut membantu mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar dan pensyarah dan juga rakan-rakan yang lain. melalui sesi kolaborasi yang dijalankan sepanjang proses mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukanterutamanya semasa melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri padamasa yang akan datang. Melalui interaksi antara rakan-rakan sekelas, saya dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dalam lagi terutamanya dari segi komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal walaupun terdapat perbezaanantara satu sama lain. Benarlah, untuk mengetahui sesuatu kita hendaklah menelaah dan mengkajinya walaupun perkara tersebut hanya sebesar biji sawi. Dengan kefahaman dan kesedaran yang ada, saya percaya bahawa jika saya berusaha lebih gigih lagi mungkin saya juga akan Berjaya dan dikenang seperti tkoh yang baru saya kenali ini iaitu Abdullah Munsyi dan Shellabear dalam memperkembangkan bahasa Melayu ini. Tugasan ini juga mengajar saya dan rakan-rakan supaya mengamalkan sikap bersabar ketika mendapatkan maklumat. Hal ini kerana untuk mendapat sesuatu perkara yang baik, kita perlulah berusaha terlebih dahulu bak kata pepatah yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Justeru, berusahalah untuk mencapai kejayaan. Sekian, terima kasih.

32

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111-

7.0 RUJUKAN Buku Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan Bahasa Melayu Terkini. MASA Enterprise, Kajang. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu 2 : Siri Pendidikan Guru. Oxford Fajar Sdn. Bhd., Selangor.

Internet
http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-kajian-semantik.html (di layari pada 18 Ogos 2013) http://www.google.com/webhp?source=search_app#fp=e0542d100b1f3908&psj=1&q=makna+leksikal (di layari pada 18 Ogos 2013) http://www.google.com/search?noj=1&biw=782&bih=432&q=Bentukbentuk+Istilah+Bahasa+Melayu&oq=Bentukbentuk+Istilah+Bahasa+Melayu&gs_l=serp.12..0i30j0i8i30.4685988.4698554.0.4704611.5.5.0.0.0.0.823. 1449.1j2j1j6-1.5.0....0...1c.1.25.serp..3.2.466.-ddXS5jrsU4 (di layari pada 18 Ogos 2013)

33

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111-

8.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS NAMA PELAJAR MATA PELAJARAN PENSYARAH TARIKH : MOHAMAD KHAIRIL AZLI BIN MOHAMAD YUSOFF : SEMANTIK DAN PERISTILAHAN : ENCIK LOKMAN ABD WAHID PERKARA YANG DIBINCANGKAN Mendapat soalan kerja kursus. . Mencatat isi-isi penting berdasarkan kehendak tugasan. CATATAN

Memilih maklumat yang sesuai dan mengkajinya. Mengambil maklumat dan isi yang penting daripada bahan yang telah dikumpul.

Membuat kerangka awal jawapan bagi tugasan. Mendengar taklimat perincian mengenai tugasan. Mengedit kerangka jawapan. Mengemaskini tugasan. Menjilid hasil tugasan. Menghantar tugasan kepada pensyarah.

34

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN -BMM 3111-

9.0 LAMPIRAN

35

Anda mungkin juga menyukai