Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KULIAH PERTAMA (3.1.

2014) BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Saya Nasrullah Aiman Bin Ahmad Nordin daripada kelas pismp 7A menyatakan ilmu yang telah didapati oleh saya sepanjang tiga jam kelas berlangsung. Kuliah pada hari ini telah memberikan pendedahan kepada saya tentang apa yang dimaksudkan dengan bimbingan dan kaunseling. Saya telah mempelajari konsep kaunseling dan apa perkaitannya dengan kaunselor dan klien. Saya juga telah mendapat ilmu tentang perbezaan bimbingan dan kaunseling. iaitu bimbingan adalah perkhidmatan yang boleh dilakukan secara terbuka lebih mudah difahami bimbingan adalah lebih bebas, berbanding dengan kaunseling perlu ada bilik khas untuk melaksanakan perkhidmatan. Selain itu, saya juga telah mempelajari terma-terma yang baru seperti kaunselor, klien, kaunseling individu, kaunseling kelompok dan sebagainya. Dengan ilmu yang telah didapati, dapat membantu saya apabila menjadi seorang guru kelak tentang bagaimana untuk menangani masalah yang terdapat dalam diri murid-murid. Kuliah pada hari ini dijalani dengan baik dan tidak membosankan. Saya tertarik dengan cara pensyarah yang berjaya menarik tumpuan pelajar untuk terus fokus dengan apa yang disampaikan. Unsur-unsur kecindan yang menarik dan selingan yang penuh dengan isi pengetahuan membuatkan saya ingin mendengar dan terus mendengar apa yang akan diperkatakan. Bukan sahaja tentang ilmu bimbingan dan kaunseling, bahkan ilmu hidup yang perlu ada bagi setiap diri individu. Saya berharap ilmu didapati akan dapat diingati dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal guru. Saya juga berharap saya akan mendapat ilmu yang berterusan sepanjang kuliah bimbingan dan kaunseling ini berlangsung pada masa akan datang. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai