Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

1. Apakah yang saya pelajari dari kursus ini?

Apa yang saya pelajari dari kursus ialah ilmu keusahawanan dan pengetahuan tentang ciri
ciri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dalam subjek ini juga mengajar saya
tentang kreativiti dan inovasi dalam sesuatu keusahawanan yang dapat membantu
usahawan terus berjaya. Turut dimuatkan dalam kursus ini ialah perbincangan tentang
perancangan kewangan peribadi dan cara untuk mencapai impian kewangan sendiri. Saya
dapat pelajari nilai-nilai pesekitaran usaha niaga termasuk politik dan undang-undang
dalam keusahawanan. Dengan itu saya dapat memahami bahawa bukan mudah untuk
memulakan sesuatu perniagaan kecil atau besar tanpa ilmu keusahawanan yang betul.

2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

Pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini tidaklah begitu sukar. Hal ini kerana
saya merupakan bekas pelajar SijilTinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau lebih
dikenali pra-universiti yang telah mempelajari topik-topik dalam kursus ini selama
setahunsetengah pada tahun 2014 hingga 2015. Oleh itu, senang bagi saya membawa diri
dalam kursus ini. Namun begitu, ilmu yang sedia ada tidaklahbegitu kukuh tetapi dengan
bantuan tutor di dalam kelas yang telah memberi penerangan yang lebih jelas membantu
saya serta meningkatkanpengetahuan saya. Terima kasih diucapkan kepada tutor dan juga
rakan-rakan sekelas yang telah membantu saya.

3. Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi krusu


ini?

Seterusnya, cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini ialah
pihak Open Universiti Malaysia(OUM) perlu menyediakan buku nota ringkas yang
mudah difahami para pelajar ekoran masa pembelajaran dengan tutor secara bersemuka
dikelas hanya 3 kali dalam satu semester. Hal ini kerana pada pendapat saya konteks
dalam modul yang disediakan begitu panjang dan sukar difahami tambahan pelajar dalam
OUM yang pelbagai peringkat usia. Penyediaan nota ringkas dapat memudahkan dan
membantu pemahaman mereka dalam kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai