Anda di halaman 1dari 16

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

TAJUK 5

ASAS GRAFIK

SINOPSIS

Tajuk ini memperkenalkan prinsip asas grafik sebagai sumber untuk membantu pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kejayaan sesuatu bahan grafik adalah berdasarkan kepada kualiti yang diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai teknik penghasilan yang digunakan.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:

i. ii. iii. iv.

Menerangkan konsep grafik. Menghuraikan peranan grafik dalam pengajaran. Menyatakan prinsip grafik yang berkesan. Menyenarai, menjelaskan dan mengintegrasikan komposisi grafik yang menggabungkan elemen, pola/corak dan susunatur dengan baik dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran.

v.

Menyatakan peralatan penghasilan grafik.

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

KERANGKA TAJUK

Asas Grafik

Konsep dan peranan

Reka bentuk visual

Prinsip grafik

Elemen

Visual

Kontras

Pola/Corak

Lisan

Seimbang

Susunatur

Daya Tarikan

Mudah

Kehampiran

Penegasan

Perulangan

Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran

Peralatan penghasilan grafik

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Fikirkan Bagaimanakah grafik dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu sesi pengajaran-pembelajaran anda?

Sebuah gambar membawa seribu perkataan. Pernyataan ini menggambarkan bahawa bahan visual boleh dijadikan sumber pengajaran yang menarik dan berkesan. Kebenaran dan kejayaan pernyataan ini bergantung kepada cara reka bentuk dan daya kreativiti pada bahan tersebut. Bahan yang berkesan akan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek graphikos bermaksud lukisan. Grafik ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada aspek praktikal, grafik mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui satu kombinasi lukisan, lakaran, lambang, contengan, perkataan, simbol dan gambar. Grafik membawa kepada kejelasan persepsi, kekuatan bahan gambaran dan persembahan yang berkesan. Oleh yang demikian wajar bagi seorang guru mempraktikkan prinsip-prinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar dapat menghasilkan satu-satu bahan pengajaran yang mudah menepati objektif

pengajaran, dan bersistematik.

Fikirkan

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan grafik yang menarik?

5.1 Prinsip Grafik

Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah, kehampiran, penegasan, dan pengulangan.

5.1.1 Kontras (Contrast)

Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

Rajah 5.1 : Kontras

5.1.2 Seimbang (Alignment)

Kesimbangan merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada prinsip yang mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan tidak formal atau sebaliknya.

Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

timbangan yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya. Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.

a. formal

b. tidak formal Rajah 5.2 : Seimbang

5.1.3 Mudah (Simplicity)

Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan

mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

Rajah 5.3: Prinsip Mudah

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK G

5.1.4 Kehampira an (Proximit ty)

ampiran me erupakan elemen yang berkaitan n bersama dikumpulk kansupaya Keha berde ekatan dan dilihat seba agai satu kumpulan da an tidak terp pisah.Eleme en-elemen yang digunakan n haruslah bersesuaian n dengan tema t dan mesej yang g hendak mpaikan. Me ereka perlu saling mele engkapi anta ara satu den ngan yang lain l untuk disam meng gukuhkan i idea dasar r yang dis sampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan

meng ggunakan an nak panah, garisan, g ben ntuk, warna, tekstur dan ruang.

a. anak k panah

b. bentuk b Rajah 5.4 : Penyatuan n

t c. tekstur

n (Emphasis s) 5.1.5 Penegasan

egasan dibe erikan untuk k menjadika an sesuatu idea tumpu uan minat dan d fokus Pene utama. Penggunaan bentuk, warna, ben ntuk, garisan n, hubungan dan perspe ektif dapat egaskan idea a agar dapa at dilihat dan difokus. mene

Surat t berkuatku uasa mulai

S Septem mber
a. bentu uk warna b. w c. perspektif

Rajah 5.5 5 : Penegasa an

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK G

5.1.6 Pengulang gan (Repetit tion)

sip ini meny yatakan bah hawa harus tekalkan se esuatu aspe ek reka ben ntuk pada Prins tempat tertentu. Unsur yan ng ditekalka an mungkin n berupa fo on yang dihitamkan, pa, warna, unsur reka bentuk, forma at tertentu, hubungan h gariskasar, bulletyang serup g dan sebag gainya. ruang

gan Rajah 5.6 : Pengulang

Latih han

ba lihat bebe erapa poste er pilihan an nda. Jelaska an prinsip gr rafik yang Cub digu unakan dan mengapa ia a digunakan.

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

5.2 Reka Bentuk Visual

Reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen iaitu elemen, pola/corak dan susunatur.

5.2.1 Elemen Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.

Elemen Visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu: i. Realistik merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.

ii. Analogi memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik tersebut. iii. Organisasi memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.

Elemen lisan paparan visual dimantapkan maksudnya dengan menyatukan

Kebanyakan

perkataan atau ayat sebagai tambahan kepada visual. Penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Dalam menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan huruf perlu diberi pertimbangan dari aspek-aspek berikut: i. Stail huruf stail yang mudah dapat membantu dalam mewujudkan konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman memudahkan pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica sesuai untuk paparan visual dan Palatino untuk teks bercetak. ii. Bilangan stail huruf digalakkan jangan melebihi tiga stail untuk kelihatan menarik. iii. Huruf besar dan huruf kecil wajar menggunakan huruf besar pada tajuk dan huruf kecil dalam sub-tajuk dan caption. iv. Warna huruf kemudahan dibaca bergantung kepada kontras antara warna huruf dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan. v. Saiz huruf berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan adalah berdasarkan kepada kebolehan ianya dibaca dalam satu jarak tertentu
8

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

vi. Jarak antara huruf dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan. vii. Jarak antara baris sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris yang terlalu rapat akan melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala yang terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan.

Elemen Daya Tarikan

Visual yang menarik akan mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D atau 3D, kombinasi warna yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan objek yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi oleh elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut: i. Ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang.

Rajah 5.7 : Ruang

ii. Garisan digunakan untuk menghubungkan elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK G

R Rajah 5.8 : P Pelbagai Ga arisan

i. Permukaa an diguna akan untuk memberi ke esan ke ata as rupa gari isan yang iii dibuat di atasnya. a

Rajah 5.9 : Jenis Teks stur

v. Bentuk digunakan untuk u menun njukkan dime ensi. iv

R Rajah 5.10 : Bentuk B 2 Dim mensi

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Rajah 5.11 : Bentuk 3 Dimensi

v. Warna digunakan untuk untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.

Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka warna-warna ini biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.

Warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuh-tumbuhan. Warna-warna ini memberikan kesan pasif dan melahirkan ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.

11

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Rajah 5.12 : Skema Warna

Dapatkan maklumat dari internet untuk menambahkan fahaman anda tentang warna.gunakan frasa seperti skema warna atau colour schemes untuk tujuan tersebut

5.2.2 Pola/Corak Pola/corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik dan mengekalkan perhatian seseorang untuk melihat maksud yang terkandung dalam visual.

Rajah 5.13 : Pola/Corak


12

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

5.2.3 Susunatur Susunatur elemen rekaan visual mengambil kira aspek-aspek prinsip grafik untuk menghasilkan karya yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip grafik yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks itu dapat mengarahkan pandangan kepada maklumat yang penting. Susunatur ini dapat diperhatikan dalam paparan visual yang mengamalkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Thirds). Ia menunjukkan bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual dengan menumpu perhatian lebih di sudut atas kiri sesuatu paparan. Oleh itu, perkara yang utama perlu dipaparkan di bahagian ini. Contoh-contoh tersebut ditunjukkan pada Rajah 5.14.

Rajah 5.14 : Peraturan Satu Pertiga

5.3 Peralatan Penghasilan Grafik

Imej grafik merupakan suatu hasil konkrit. Penjelmaan imej grafik daripada suatu idea yang abstrak memerlukan peralatan tertentu. Kebolehan mengendalikan peralatan dengan cekap membolehkan maklumat yang ingin disampaikan

dipaparkan dengan tepat dan jelas. Bagi grafik berkomputer, peralatan yang digunakan ialah perkakasan asas sistem komputer, tablet grafik, pengimbas imej, pencetak dan pemplot. Di samping itu, peralatan lain seperti kamera digital juga merupakan peralatan yang biasa digunakan untuk menghasilkan grafik. Penggunaan aplikasi berkomputer memungkinkan kesan dilihat daripada reka letak (layout) atau perubahan tipografi tanpa menggunakan pen dan dakwat berwarna-warni atau untuk
13

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

mensimulasikan kesan daripada media tradisional tanpa perlu menuntut banyak ruang.

a. Pengimbas imej

b. Kamera digital

Rajah 5.15 : Peralatan Penghasilan Grafik

RUMUSAN

Tajuk ini telah membincangkan aspek-aspek asas dalam grafik dan reka bentuk visual. Dengan ini adalah diharapkan anda dapat menghasilkan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan pengajaran dengan memuatkan pelbagai jenis penampilan grafik yang berkualiti dan berkesan kepada murid.

14

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Amali
Dengan penggunaan kamera digital dan/atau membuat imbasan dengan bantuan alat pengimbas, hasilkan satu media grafik seperti carta, poster atau fotoyang boleh anda gunakan untuk mengajar satu tajuk dalam matapelajaran yang anda ajar. Pastikan anda menggunakan pelbagai prinsip grafik untuk menghasilkan reka bentuk visual yang menarik.

BIBLIOGRAFI

Dick, N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005).The systematic design of instruction. Edisi

ke 6. New York: Pearson, Allyn and Bacon.


Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran: penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2001). Grafik asas: panduan penghasilan bahan pengajaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey: Prentice Hall.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan
Kamaruddin Wan Hasan (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.

Priscilla, N. & Karin, M. W. (2003). Teaching with technology: designing opportunities to learn. Edisi ke 2. Canada:Thomson Wadsworth.

Smaldino, S. E., Lowther, D. L. & Russell, J. D. (2012). Instructional technology and media for learning. (10th ed.). Boston: Pearson.

15

EDU3105

T5-ASAS GRAFIK

Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice-Hall.

16

Anda mungkin juga menyukai