Anda di halaman 1dari 3

Tahap perkembangan -perkembangan emosi dan intelek

Dari kajian yang dijalankan di dapati bahawa adik Hafizi suka bersendirian dan tidak pedulikan orang lain, mungkin kerana kanak-kanak autisme yang selalu berada dalam dunianya sendiri, dia hanya melakukan kerja seorang diri dan tidak suka bermain dengan kawan-kawan yang lain. Adik Hafizi juga sukar member tumpuan semasa sesi pembelajaran berjalan ataupun tiada eye contact dan sentiasa mengelak dari bertentangan mata dengan orang lain. Disebabkan dia suka bersendirian jadi ia tidak suka bermain dengan kawan-kawannya yang lain dalam PDK tersebut. Dia suka bersendirian tetapi adik Hafizi suka mengganggu rakan-rakan yang lain seperti memukul kawan-kawannya yang sedang bermain dan ia kembali buat kerjanya sendirian. Adik Hafizi hanya fokus kepada perkara yang diminatinya sahaja, ontohnya ia suka kepada mewarna, jadi dia hanya mewarna dengan penuh fokus dan dia akan marah apabila kerjanya diganggu oleh orang lain. Ketika kajian dijalankan ia hanya mewarna buku yang disukainya sahaja. Perkembangan emosi dan intelek Hafizi tidak begitu berkembang, ini dapat di tafsirkan melalui karenah-karenah dan tingkahlaku yang di tunjuk olehnya semasa kajian dijalankan.

-Perkembangan bahasa dan komunikasi


Dari segi perkembangan bahasa dan komunikasi yang adik hafizi tunjukkan semasa kajian dijalankan adalah tahap per akapannya adalah begitu lemah sekali. !erlalu sukar untuk mendengar satu perkataan yang dikeluarkan dari mulutnya. "enurut guru yang mengajarnya, sukar hendak mendengar ia mengeluarkan satu perkataan, tetapi apabila ia mengeluarkan perkataan yang disebut memang sukar difahami dan sangat pelat. Hanya beberapa perkataan di rumah apabila berada dengan ibu bapanya sahaja yang boleh difahami, ontohnya panggilan kepada ayah dan ibunya sahaja yang boleh difahami, perkataan lain memang sukar di dengari malahan di fahami. #ni menunjukkan tahap pemahaman bahasa dan komunikasinya begitu rendah.

-Perkembangan fizikal dan motor


Dari aspek perkembangan fizikal dan motor pula, pergerakan respondan atau adik Hafizi yang aktif suka berlari dan akan duduk diam apabila ia membuat kerja yang diminati sahaja. $ika ia tidak melakukan kerja yang diminati ia akan menga au dan memukul kawan-kawannya yang lain. "enurut gurunya, pada peringkat awal dia masuk ke PDK tersebut, dia ada mempunyai hiperaktif, tetapi kini makin berkurangan meskipun sekarang ini masih ada dan tidak serius seperti mana yang dia mula-mula memasuki PDK tersebut. Perkembangan fizikal respondan adalah seperti kanak-kanak normal yang lain. #ni kerana respondan tidak mempunyai sebarang ke a atan luaran yang boleh menyebabkan tahap perkembangan fizikalnya terjejas. #a hanya mempunyai ke a atan dalaman iaitu autism dan mempunyai sedikit hiperaktif yang juga tidak menganggu tahap tumbesarannya.

-penjagaan dan rawatan


Pada setiap hari respondan dan pelajar lain di PDK tersebut akan di bawa ke klinik untuk menjalani rawatan fisioterapi untuk membantu mereka supaya dapat bertutur dan bergerak dengan lebik baik lagi. Pada setiap hari rabu pula guru-guru akan membuat senaman pagi, ini bagi merawat otot-otot mereka supaya dapat bergerak seperti orang normal. %uru-guru akan mengajar tarian yang dapat membantu mereka, senaman meloggarkan otot-otot dan lain-lain senaman yang mudah dan senang di ikuti oleh kanakkanak istimewa di situ.

-Lankah-langkah untuk membantu kanak-kanak autism


Kanak-kanak autisme sememangnya dapat didik. Keunikan orak pembelajaran mereke disebabkan ketidakupayaan kognitif dalam memproses maklumat dan penerimaan maklumat yang diajar dengan ara biasa. Ketidakupayaan ini dapat diatasi dengan mengadakan program pembelajaran berstruktur dan menggalakkan rangsangan dengan perkara yang diminati atau disukainya. &ara Pengajaran dan pembelajaran yang berstruktur perlu diajar kepada kanak-kanak autisme ini. Program pembelajaran yang berstruktur ini perlu dimulakan seawal mungkin dengan ibubapa sebagai guru dahulu sebelum guru di sekolah atau PDK yang akan mengajarnya. Program kanak-kanak adalah ber orak ke arah analisis tingkah laku dan menggalakkan penggunaan pertuturan dan berkomunikasi supaya tahap pen apainya bahasa akan meningkat sedikit sebanyak. Kanak-kanak dengan tahap autisme yang teruk perlu diajar se ara indi'idu tetapi bagi mereka yang berada pada tahap sederhana dan ringan, integrasi dengan kanak-kanak normal menjadikan mereka lebih efektif dan perlu diajar dengan pembelajaran biasa. Penjaga dan guru mengenalpasti faktor pengukuhan bagi mereka seperti memberi biskut ataupun lebih dikenali sebagai kaedah token untuk menarik minat kanak-kanak autisme ini belajar.

Anda mungkin juga menyukai