Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEMESTER 5 / TAHUN 2012

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO MATRIKULASI NO KAD PENGENALAN NO TELEFON E-MEL

: : : :

750420085008001 750420-08-5008 019-5581975 zhasnatulbaizurah@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

PUSAT PEMBELAJARAN :

HBML1203

Isi Kandungan Kandungan Penghargaan Muka Surat 2

1.0 Pengenalan

3-4

2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Konsonan dan Vokal Bahasa Melayu 2.1 Alat Artikulasi 2.2 Konsonan- Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli 2.3 Vokal- Cara Membunyikan Vokal

5-6 7-9 10-15 16-19

3.0 Perbezaan Di antara Fonem dan Alofon Dalam Sistem Fonologi Bahasa Melayu 20

4.0 Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya Dalam Pengajaran kemahiran Lisan 21-22

5.0 Kesimpulan

23

6.0 Bibliografi

24

HBML1203

Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada saya untuk menyempurnakan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dihulurkan kepada tutor saya En. Abdul Aziz b. Sulaiman kerana telah memberi tunjuk ajar, panduan dan pendedahan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau saya pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Di sini beliau telah memberikan banyak penerangan untuk memastikan setiap individu dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Seterusnya tidak lupa kepada pihak OUM kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menimba ilmu bagi meningkatkan tahap profesionalisme khasnya bagi para pendidik seperti saya dan sekalung penghargaan juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang telah membiayai pengajian di OUM ini. Juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya di mana telah memberi idea dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi. Sesungguhnya tanpa pengorbanan semua pihak tugasan ini tidak mungkin akan dapat dilaksanakan. Oleh itu, sekalung penghargaan juga dihulurkan buat keluarga tercinta kerana begitu memahami dengan tugas dan komitmen saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Ini adalah hasil kerja individu jadi saya berharap sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan mohon dimaafkan. Secara jujurnya, saya telah melakukan yang terbaik dan setakat yang termampu. Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Abdul Aziz bin Sulaiman atas semangatnya di dalam memberi pengajaran dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bagi kepada saya dan seterusnya kepada pelajar-pelajar yang lain sepanjang menjalani kelas tutorial Fonetik dan Fonologi bagi semester ini. Wassalam.

HBML1203

1.0 Pengenalan Hal yang melibatkan fonologi dan fonetik ini adalah berkaitan dengan ilmu linguistik. Ilmu linguistik ialah bidang yang melibatkan kajian mengenai bahasa secara saintifik. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Kajian bahasa itu merupakan satu kajian yang sama seperti bidang kajian sains lain memerlukan peraturan dan syarat tertentu yang dikaji secara sistematik dan berdasarkan teori-teori yang tertentu juga. Teori dan teknik menganalisis bahasa ini dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa daripada pemerhatian mereka terhadap bahasa yang wujud pada masa itu.

Dalam pertuturan, bunyi keluar dalam bentuk ujaran secara pantas dan berterusan. Dengan maksud lain, seseorang tidak mencantumkan ciri-ciri bunyi yang sama untuk menghasilkan satu keseluruhan ujaran yang hendak dilafazkan. Oleh itu, untuk mengenal pasti bunyi-bunyi yang terlibat dalam sesuatu pertuturan, ujaran itu boleh disintesiskan. Walaupun demikian, keputusan yang diterima tidaklah tepat dengan pertuturan sebenar. Di samping itu juga, seseorang itu tidak dapat mengenali bunyi-bunyi yang telah dihasilkan. Oleh yang demikian, bidang kajian fonetik dan fonologi dapat membantu dan berfaedah kepada pengkaji bahasa untuk mencari penyelesaian dalam masalah tersebut.

Bahasa pada dasarnya adalah bunyi. Dalam bahasa, bunyi yang dituturkan adalah berkait dengan arti tertentu. Seseorang yang menguasai bahasa tertentu dapat mengenal bunyi-bunyi itu dirangkaikan sehingga menghasilkan ujaran yang bermakna. Oleh itu, ilmu yang

mengkaji sistem bunyi dan kajian tentang organ-organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran akan dikaji lebih lanjut dalam tugasan ini.

Merujuk Kamus Dewan (2007), Fonologi bermaksud kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa manakala fonetik pula bermaksud ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), fonetik dan fonologi adalah salah satu bahagian penting dalam bahasa yang utama kepada kajian tentang bunyi bahasa. Fonetik secara

HBML1203

khususnya mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia secara keseluruhan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu. Manakala, fonologi adalah mengkaji sistem bunyibunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi perkataan atau sesuatu ayat dilafazkan.

Oleh yang demikian, berdasarkan pernyataan fonologi dan fonetik beberapa perkara seperti penghasilan bunyi-bunyi konsonan dan vokal Bahasa Melayu, perbezaan di antara fonem dan alofon dalam sistem Bahasa Melayu dan cirri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan kepentingannya dalam kemahiran lisan akan dikaji selanjutnya.

HBML1203

2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Konsonan dan Vokal Bahasa Melayu Definisi konsonan membawa maksud huruf mati atau dengan kata lain dikenali sebagai huruf-huruf selain huruf vokal seperti huruf t, s, m, r dan sebagainya. Konsonan terbahagi kepada dua, iaitu konsonan Melayu asli dan konsonan pinjaman. konsonan Melayui asli iaitu: Terdapat 19 bunyi

[p] [b] [t] [d] [k] [g] [?] [] [] [s] [r] [h] [l] [m] [n] [m] [] [w] [j]

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara Konsonan letupan dua bibir bersuara Konsonan letupan gusi tidak bersuara Konsonan letupan gusi bersuara Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara Konsonan letupan lelangit lembut bersuara Hentian glotis Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara Konsonan letusan lelangit keras bersuara Konsonan geseran gusi tidak bersuara Konsonan getaran gusi bersuara Konsonan geseran glottis bersuara Konsonan sisian gusi bersuara Konsonan sengau dua bibir bersuara Konsonan sengau gusi bersuara Konsonan sengau lelangit lembut bersuara Konsonan sengau gusi-lelangit keras bersuara Separuh vokal dua bibir bersuara Separuh vokal lelangit keras bersuara

HBML1203

Terdapat lapan bunyi konsonan Melayu pinjaman seperti berikut: [f] [v] [] [] [z] [] [x] [] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara Konsonan geseran bibir gigi bersuara Konsonan geseran gigi tidak bersuara Konsonan geseran gigi bersuara Konsonan geseran gigi bersuara Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara Konsonan geseran lelangit lembut bersuara

Manakala menurut Kamus Dewan, (2011) vokal bermaksud huruf hidup atau huruf saksi seperti a,e,,i,o dan u. Vokal bahasa Melayu secara keseluruhannya ada lapan bunyi vokal dalam bahasa Melayu, tetapi hanya enam yang biasanya berlaku dalam pertuturan bahasa Melayu standard. Secara keseluruhannya vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis seperti berikut: (a) Vokal hadapan [i] vokal depan sempit [e] vokal depan separuh sempit [] vokal depan separuh luas/lapang [a] vokal depan luas/lapang (b) Vokal belakang [u] vokal belakang sempit [o] - vokal belakang separuh sempit [] vokal belakang separuh luas/lapang (c) Vokal tengah [] vokal tengah

HBML1203

2.1 Alat Artikulasi Alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi dan memainkan peranan semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Dalam pengeluaran bunyi bahasa, banyak alat yang terlibat. Contohnya yang melibatkan system udara yang keluar masuk ke paru-paru supaya bunyi bahasa terhasil. Bunyi bahasa tersebut ialah konsonan , vokal dan diftong. Daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu melibatkan alat-alat artikulasi yang penting. Ia melibatkan alat-alat artikulasi seperti lidah, bibir, lelangit, gusi, pita suara, gigi dan rongga hidung. Gambarajah berikut menunjukkan kedudukan alat-alat dan daerah artikulasi:

Berdasarkan gambarajah di atas terdapat 20 organ artikulasi yang menyebabkan bunyi bahasa terbentuk. Walau bagaimanapun, hanya 7 fungsi organ artikulasi yang penting akan dihuraikan.

a) Lidah Alat artikulasi ini merupakan organ yang paling aktif dan sensitif pada tubuh manusia. Ia terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah, tengah lidah,

hadapan lidah, daun lidah dan hujung lidah. Bahagian-bahagian ini boleh digerakgerakkan ke mana-mana bahagian dalam rongga mulut. Lidah juga dinamakan

artikulasi utama kerana aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

HBML1203

b) Bibir Bibir terletak di luar bahagian rongga mulut. Ia terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Fungsinya ialah untuk menyekat perjalanan udara yang keluar dari rongga mulut. pelbagai bunyi. Selain itu, ia berperanan mengeluarkan

c) Lelangit Terdapat dua bahagian lelangit iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Rongga mulut akan terbuka apabila dinaikkan dan udara akan keluar melalui rongga mulut apabila diturunkan. Seterusnya rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

d) Gusi Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Ia adalah organ yang dikenali sebagai daerah sebutan yang tidak boleh digerakkan. Ia berperanan dalam pengeluaran bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah dan gigi dalam membuat penyekatan.

e) Pita suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam mengeluarkan bunyi bahasa yang bersuara. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara

memperluas dan menyempitkan lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis atau dengan kata lain disebut glotis.

HBML1203

f) Gigi Gigi berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa walaupun tidak begitu aktif. Kedudukannya yang tetap dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu pada rahang atas dan rahang bawah. Selain itu, ia sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara daripada terus keluar dalam penghasilan bunyi.

g) Rongga hidung Rongga hidung tidak kurang pentingnya dalam penentuan penghadsilan bunyi. Ia terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka dan ditutup. Ia bergantung juga kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. .

HBML1203

2.2 Konsonan- Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli Penghasilan bunyi konsonan melibatkan udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran. Ia juga melibatkan di bahagian rongga tekak, mulut atau hidung. Maka bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan yang tidak bersuara. Jadual di bawah menunjukkan bunyi-bunyi konsonan Melayu asli: Cara Penghasilan Dua Bibir Letupan Letusan Geseran Getaran Sisian Sengauan Separuh Vokal m w s r l n p b Gigi gusi t d h Daerah Artikulasi Gusi Lelangit Keras Lelangit Keras Lelangit Lembut k g Pita Suara ?

Berikut pula adalah beberapa contoh cara bagaimana setiap konsonan dihasilkan. a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dibunyikan dengan cara dua bibir dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan dan udara dipaksa keluar setelah mulut dibuka dengan cepat maka terhasillah bunyi [p]. Manakala konsonan letupan dua bibir bersuara [b] terhasil jika pita suara bergetar. Contoh adalah seperti berikut: Awal Konsonan [p] Konsonan [b] paku [paku] balik [bale?] Tengah lapar [lapar] ribu [ribu] Akhir cakap [cakap] jawab [jawab]

10

HBML1203

b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] terhasil apabila hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk sekatan udara, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak dan sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta. Konsonan letupan gusi bersuara [d] terhasil apabila pita suara dirapatkan dan arus udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut. Contoh perkataan adalah seperti berikut:

Awal Konsonan [t] Konsonan [d] tapir [tapir] dasar [dasar]

Tengah atas [atas] tanda [tanda]

Akhir cepat [cepat] akad [akad]

c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] terhasil apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Arus udara pula keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara dan sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta. Manakala cara membunyikan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] sama seperti bunyi konsonan [k]. Cuma perbezaannya ialah pita suara dirapatkan dan arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara. Contoh perkataan adalah seperti berikut: Awal Konsonan [k] Konsonan [g] kata [kata] geram [geram] Tengah rakan [rakan] tegar [tegar] Akhir letak [leta?] dialog [dialog]

11

HBML1203

d) Hentian glotis [?] dibunyikan dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung, pita suara dirapatkan sepenuhnya. Seterusnya arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat di belakang rapatan pita suara tanpa mengetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan oleh hentian glotis [?] dapat dilihat pada perkataan berikut:

Awal arak [?ara?] iman[?iman]

Tengah taat [ta?at] makna [ma?na]

Akhir letak[lta?] bedak[beda?]

e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dibunyikan dengan cara hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara, lelangit lembut dan anak tekak dinaukkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung dan pita suara direnggangkan. Seterusnya arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahanlahan. Manakala cara membunyikan konsonan letusan lelangit keras bersuara [] sama seperti membunyikan konsonan [] cuma yang membezakannya ialah pita suara dirapatkan. Kemudian arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Contoh perkataan adalah seperti berikut: Awal Konsonan [] Konsonan [] cari [ari] jalan [alan] Tengah koci [koi] panji [pani] Akhir koc [ko] kolej[kole]

12

HBML1203

f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dibunyikan dengan cara hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paruparu ke rongga hidung. Kemudian pita suara direnggangkan. Seterusnya alirkan udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara dan udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi. Contohnya adalah seperti perkataan berikut:

g) Konsonan getaran gusi bersuara [r] dibunyikan dengan cara hujung lidah dikenakan pada gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung serta pita suara dirapatkan. Seterusnya arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara dan arus udara yang melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah. Contoh perkataan adalah seperti yang berikut: Awal rakan [rakan] Tengah serak [sera?] Akhir lebar [lebar]

h) Konsonan sisian gusi bersuara [l] dibunyikan dengan cara hujung lidah dikenakan pada gusi. Lelangit lembut dan ank tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Kemudian, pita suara dirapatkan dan digetarkan. Seterusnya arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan dibiarkan keluar melaui tepi lidah sahaja. Contoh perkataan seperti yang berikut: Awal laju [laju] Tengah tulis [tulis] Akhir kekal[kekal]

13

HBML1203

i) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dibunyikan dengan cara bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak pula diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Kemudian, arus udara dari paru-paru masuk ke rongga hidung dan pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Akhirnya arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Contoh perkataan seperti berikut: Awal masa [masa] Tengah jumpa[jumpa] Akhir salam[salam]

j) Konsonan sengau gusi bersuara [n] dibunyikan dengan cara hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung dan pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Seterusnya arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung dan udara dilepaskan perlahan-lahan. Contoh perkataan seperti berikut: Awal nasi [nasi] Tengah panah [panah] Akhir laman [laman]

k) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] dibunyikan dengan cara belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. Seterusnya pita suara digetarkan. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Kemudian arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan perlahan-lahan. Contoh perkataan seperti berikut: Awal ngeri [eri] Tengah nangka [naka] Akhir pulang[pula]

14

HBML1203

l) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [] dibunyikan dengan cara lidah depan dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paruparu ke rongga hidung dan pita suara dirapatkan dan digetarkan. Seterusnya arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Kemudian, udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Contoh perkataan seperti berikut: Awal nyawa [awa] Tengah minyak [miak] Akhir -

m) Separuh vokal dua bibir bersuara [w] dibunyikan dengan cara bibir dibundarkan, belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Lelangit lembut pula dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Kemudian, udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan serta lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan seperti hendak membunyikan vocal tengah []. Contoh perkataan seperti berikut: Awal wakaf [wa?af] Tengah lawan [lawan] Akhir takraw [ta?raw]

n) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j] dibunyikan dengan cara depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi dan bibir dihamparkan. Lelangit lembut pula dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Seterusnya pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk seperti hendak membunyikan vokal [] dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh okal lelangit keras bersuara [j]. Contoh perkataan seperti berikut: Awal yuran [juran] Tengah tayar [tajar] Akhir -

15

HBML1203

2.3 Vokal- Cara Membunyikan Vokal Penghasilan bunyi-bunyi vokal berpunca daripada sesetengah artikulasi yang menyempitkan aliran udara dan yang lainnya melepaskan arus udara yang mengalir melalui rongga mulut dengan bebas. Bunyi vokal juga mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan. Dengan kata lain bunyi yang didengar begitu jelas dan lebih panjang berbanding bunyi konsonan. Bunyi vokal yang terhasil juga boleh rendah dan juga tinggi. Sebagai contoh vokal [a] dalam perkataan [raya] ialah vokal rendah. Manakala vokal [i] dan [u] dalam perkataan [lidi] dan [kuku] merupakan vokal tinggi. Bunyi vokal mempunyai perbezaan. Ini merujuk kepada keadaan lidah, iaitu tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah. Gambaran kedudukan vokal Bahasa Melayu ditunjukkan dalam gambarajah berikut:

Keratan rentas lidah manusia dapat dilihat berdasarkan carta vokal Bahasa Melayu seperti berikut:

16

HBML1203

Dalam penghasilan bunyi vokal peranan bibir amatlah penting. Keadan bibir semasa menghasilkan bunyi vokal ditunjukkan dalam gambarajah berikut:

Beberapa contoh bagaimana bunyi vokal dihasilkan akan dihuraikan seperti berikut: a) Vokal depan sempit [i] dibunyikan dengan keadaan bibir hampar, lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Kemudian anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari dari paru-paru pula keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan bunyi vokal depan sempit [i] yang dihasilkan adalah seperti berikut: Awal iman [iman] ikut[ikut] Tengah biru [biru] bila [bila] Akhir tari[tari] topi[topi]

17

HBML1203

b) Vokal depan separuh sempit [e] dibunyikan dengan cara depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gigi gusi, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung dan udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut serta pita suara digetarkan. Contoh perkataannya adalah seperti berikut: Awal elak [ela?] enak[ena?] Tengah mereng [mere] leher [leher] Akhir tauge[tauge] tempe[tempe]

c) Vokal depan separuh luas/ lapang [] dibunyikan dengan cara depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi dan yang lain sama dengan bunyi vokal depan separuh sempit. Contoh perkataan seperti berikut: Awal elak [la?] enak[na?] Tengah belek [b?] leher [lhr] Akhir tauge[taug] tempe[temp]

d) Vokal depan luas/lapang [a] dibunyikan dengan caradepan lidah diturunkan serendah mungkin. Anak tekak dan lelangit lembut pula dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan bunyi yang dihasilkan adalah seperti berikut:

Awal awal [awal] arak[ara?]

Tengah bakar [bakar] bekas [bkas]

Akhir jumpa[jumpa] lama[lama]

18

HBML1203

e) Vokal belakang sempit [u] dibunyikan dengan cara belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Contoh perkataan bunyi yang dihasilkan adalah seperti berikut: Awal ulat [ulat] urat[urat] Tengah surat [surat] budu [budu] Akhir satu[satu] paku[pa?u]

f) Vokal belakang separuh sempit [o] dibunyikan dengan membundarkan bibir. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Anak tekak dan lelangit lembut pula dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Kemudian pita suara digetarkan. Contoh perkataan bunyi yang dihasilkan adalah seperti berikut: Awal oren [oren] obor[obor] Tengah lorong [loro] pocong [poco] Akhir tomato[tomato] koko[koko]

19

HBML1203

3.0 Perbezaan Di antara Fonem dan Alofon Dalam Sistem Fonologi Bahasa Melayu Fonem bermaksud unit bahasa yang terkecil yang juga berfungsi dalam sesuatu bahasa. Sifat fonem ini boleh diasing-asingkan antara satu dengan yang lain. Jika dilihat pada satu

perkataan iaitu salam, ia boleh dipenggalkan atau diasingkan kepada lima unit penggalan yang lebih kecil iaitu /s/, /a/, /l/, /a/, dan /m/. Jika s digantikan dengan m, maka salam akan bertukar menjadi malam. Oleh itu, s dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit tersebut mengubah dan membezakan maksud perkataan . berasingan unit-unit terkecil ini tidak bermakna. menunjukkan perbezaan erti dalam sesuatu perkataan. Sekiranya diletakkan secara

Berikut adalah contoh fonem yang

/salam/ /padi/ /malam/ /gali/

/saman/ /pagi/ /makam/ /gari/

/sarat/ /pari/ /masam/ /gaji/

Merujuk pada Kamus Dewan, (2011) edisi keempat alofon bermaksud bunyi yang berlainan terhasil daripada satu fonem. Dengan kata lain alofon juga bermakna perbezaan fonem berdasarkan kedudukan. Sebagai contoh fonem p dalam paku, lupa dan taip. Bunyi p dalam paku dan lupa disebut sebagai letupan bibir yang sempurna. Manakala dalam taip, bunyi p disebut sebagai letupan bibir yang tidak sempurna iaitu tidak diletupkan. Contoh perkataan adalah seperti berikut:

Awal paku [paku] betik [beti?] tiga [tiga] dasar [dasar]

Tengah lupa [lupa] kebun [kebun] petik [peti?] landak [landa?]

Akhir taip [taip] jawab [jawab] cepat [cepat] akad [akad]

20

HBML1203

4.0 Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya Dalam Pengajaran kemahiran Lisan Suprasegmental mempunyai definisi yang luas dan bergantung kepada fungsi dan kepentingannya dalam sesuatu bahasa yang tertentu. Dengan kata lain, ia bermaksud kajian tentang pelbagai aspek termasuk intonasi, rentak, irama dan sebagainya. Dalam bahasa lisan penggunaan bunyi-bunyi tertentu pada ayat adalah untuk menarik perhatian pendengar. Terdapat beberapa aspek bahasa yang perlu diberi perhatian iaitu tekanan dan kelantangan, nada, jeda dan mora atau panjang-pendek. Aspek-aspek bahasa tersebut merupakan ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan mempunyai kepentingannya dalam pengajaran kemahiran lisan untuk dikuasai oleh seseorang individu.

Ciri suprasegmental yang pertama ialah tekanan dan kelantangan. Tekanan bermakna bunyi yang diucapkan lebih lantang atau dikuatkan dalam sesuatu kata pengucapan. Selain

daripada itu, tekanan bertujuan untuk menunjukkan keras atau lembut dan menyedapkan percakapan atau bacaan. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah //. Walau bagaimanapun, ia tidak mengubah atau membezakan makna. Sebagai contoh Kita tidak boleh bersikap takbur. Perkataan /ta?bur/ diberi penekanan dalam ayat tersebut.

Ciri suprasegmental yang kedua ialah nada. Definisi nada bermaksud bunyi yang tertentu tinggi rendahnya. Kepelbagaian intonasi digunakan untuk menyampaikan maksud tertentu yang boleh memberikan ucapan berbentuk pernyataan atau penyoalan. Contoh ayat dalam bentuk pernyataan Gadis itu lari dari rumah. Nada ditinggikan pada perkataan rumah.

Ciri yang ketiga ialah jeda. Jeda bermaksud persendian. Dalam pengucapan, jeda digunakan untuk hentian sebentar. Di samping itu, ia juga digunakan untuk memisahkan perkataan, rangkai kata atau ayat. Lambang jeda ialah [#]. Penggunaan jeda boleh menyebabkan makna yang berbeza dalam sesuatu ayat. Dalam pengajaran kemahiran lisan penggunaan jeda tidak kurang pentingnya untuk menyampaikan sesuatu maksud yang tertentu dalam ayat yang sama. Sebagai contoh ayat seperti berikut:

21

HBML1203

a) [saya makan ikan #] bermaksud orang yang bercakap itu memberitahu bahawa dia makan ikan. b) [# saya makan # ikan#] bermaksud orang yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan bercakap, iaitu ikan bahawa dia sedang makan.

Ciri suprasegmental yang seterusnya ialah mora atau panjang-pendek. Mora atau panjangpendek ini bermaksud kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi pengucapan. Dengan kata lain, seumpama harakat dalam bacaan al-quran. Lambang yang digunakan ialah [:].

Penggunaan panjang-pendek dalam pengajaran lisan Bahasa Melayu tidak begitu menonjol dan tidak membezakan makna berbanding penggunaannya dalam Bahasa Inggeris. Contohnya adalah seperti berikut:

Pendek [cold] cold (sejuk)

Panjang [c:l] cool (tenang)

22

HBML1203

5.0 Kesimpulan

Rumusan daripada kajian yang telah dilakukan dalam tugasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik dan fonologi berkaitan tentang penyebutan kata dan lambang-lambang dalam sebutan. Seterusnya, ia juga ada kaitan dengan kajian tentang sistem bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan dan perkaitannya dengan bunyi-bunyi tersebut.

Selain itu, terdapat alat-alat artikulasi manusia yang berperanan dan berfungsi menghasilkan bunyi konsonan dan vokal dalam bunyi bahasa. Terdapat bunyi konsonan yang bersuara dan tidak bersuara. Manakala semua bunyi vokal adalah bersuara. Kedua-dua bunyi ini berkait rapat dengan pita suara.

Natijahnya, pendedahan tentang ilmu fonetik dan fonologi serta ciri-ciri suprasegmental bahasa Melayu amat penting bagi guru-guru mendalami dan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara tidak langsung, komunikasi lisan yang berkesan akan berlaku antara individu. Bagi seseorang pelajar, pendedahan ilmu

fonetik dan fonologi adalah penting untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam menggunakan bunyi-bunyi bahasa dengan sebutan yang betul.

(3,548 perkataan)

23

HBML1203

6.0 Bibliografi Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Kamus Dewan (2007). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kepentingan Bahasa Dalam Kehidupan, 10hb Jun 2012, daripada http://epondok.wordpress.com/2010/02/19/kepentingan-bahasa-dalam-kehidupan/ Munsyi Bahasa-Kata Tunggal, 10hb Jun 2012, daripada http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0805&pub=DuniaPendidikan&sec=M unsyi_Bahasa&pg=mb_02.htm Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan Strategi. Kajang: Masa Enterprise. Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zaba tokoh Pemikir Agung http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&se Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm

24

Anda mungkin juga menyukai