Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 2: REFLEKSI

Proses pengajaran dan pembelajaran saya dimulakan dengan murid-murid berkumpul di meja hadapan kerana ketika itu mereka sedang belajar muzik. Guru muzik mereka meminta murid-murid ke hadapan dan meminta mereka menyanyikan lagu-lagu yang ditayangkan di dalam laptop guru tersebut yang terpapar dari sesawang youtube. Matapelajaran muzik adalah matapelajaran pertama setelah tamat waktu rehat. Saya memulakan kelas dengan memberi salam dan murid-murid segera kembali ke tempat duduk masing-masing dan menyimpan buku-buku yang tidak berkaitan dengan matapelajaran yang saya ajar dan mereka berdiri di tempat duduk masing menunggu arahan untuk duduk. Saya meminta mereka duduk dan seterusnya membaca doa penerang hati yang menjadi satu kebiasaan di sekolah ini. Disebabkan mereka baru selesai belajar muzik, saya meminta semua murid menyanyikan lagu alat-alat tulis dalam bahasa arab yang telah mereka pelajari di tahun kerana ia berkaitan dengan pelajaran yang ingin saya sampaikan. Mereka mengulangnya sebanyak tiga kali sambil saya meminta beberapa orang murid menunjukkan alat-alat tulis yang mereka nyanyikan. Di dalam kelas tersebut sememangnya telah ada kad-kad gambar yang menunjukkan warna-warna dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris, saya meminta murid untuk menyebut nama warna-warna yang berkaitan dengan pelajaran hari ini di dalam bahasa inggeris secara berkumpulan dan ke semua mereka dapat menjawabnya dengan baik. !emudian saya menerangkan kepada mereka bahawa mereka akan mempelajari warna-warna berkenaan di dalam bahasa arab. Sesi pengajaran dan pembelajaran "p#p$ dimulakan dengan saya mengeluarkan kadkad gambar yang mengandungi perkataan-perkatan bahasa arab yang membawa maksud nama warna-warna yang akan murid pelajari pada hari itu. %angkah pertama saya mengambil masa selama & minit. !ad tersebut dihias cantik untuk menambahkan keseronokan murid ketika melihatnya dan saya membuatnya lebih besar darpada kadkad warna yang terdapat di dalam kelas agar semua murid dapat melihatnya dengan jelas. Murid-murid memujinya dan menyatakan perbandingan yang mereka dapat lihat melalui kad-kad yang saya sediakan dan kad-kad yang terdapat di dalam kelas. Saya

meminta secara sukarela beberapa orang murid untuk membacakan perkataan bahasa arab yang terdapat pada kad-kad berkenaan. 'eberapa orang murid telah bangun dan membacanya seperti ketua kelas, penolong ketua kelas dan beberapa murid lain yang telah mahir untuk membaca al-(uran. )l-(uran adalah di dalam bahasa arab, oleh sebab itu kemahiran mereka untuk membaca bahasa arab berkait rapat dengan kemahiran mereka untuk membaca al-(uran. Saya jugalah yang mengajar mereka al(uran pada matapelajaran pendidikan *slam yang menyebabkan saya dapat mengenal pasti murid yang dapat membaca bahasa arab. Setiap kali murid-murid tersebut selesai membaca perkataan yang saya minta, saya meminta murid-murid lain untuk mengulangnya beberapa kali sehingga semua murid 'erjaya mengulangnya dengan betul dan saya berpuas hati. Saya dapati ke semua mereka dapat mengulangnya kerana walaupun terdapat beberapa orang murid masih belum dapat membaca dengan mahir perkataan bahasa arab, mereka telah dapat mengenal perkataan-perkataan tersebut dan dapat membezakan warna-warna tersebut. Saya juga meminta mereka menyebutkan satu-persatu huru+-huru+ yang membentuk perkataan tersebut agar mereka dapat mengingatnya dengan lebih baik. ,ara pembelajaran seperti ini merupakan cara pembelajaran dari teori pembelajaran sosial. Satu prinsip daripada prinsip teori pembelajaran sosial ialah kemampuan untuk seolah-olah mengalami sendiri apa yang dialami orang lain. Perkara ini sebagaimana yang disebutkan oleh 'andura " .//$ seperti katanya 0Malangnya, kebanyakan tingkahlaku manusia dipelajari melalui pengamatan terhadap seseorang "model$1 iaitu bagaimana melihat orang lain melakukan sesuatu tindakan yang dianggapnya baru kemudian melakukan tindakan yang sama jika pemerhati ini terjumpa perkara yang sama dan akhirnya menjadikannya panduan untuk melaksanakan tindakan2. Murid-murid yang mencuba secara sukarela untuk membacakan perkataan-perkataan di dalam bahasa arab menjadi contoh kepada murid-murid lain. Sekiranya terdapat kesalahan yang dibuat oleh mereka dan dibetulkan oleh guru, mereka dapat mengelakkan perkara yang sama daripada berlaku kepada diri mereka sendiri ketika mereka membacanya beramairamai. Saya meneruskan sesi p#p dengan memerikan satu contoh ayat dalam bahasa arab disertai dengan perbuatan bagi menggambarkan apa yang saya maksudkan. !emudian

saya meminta beberapa orang murid memberikan respon terhadap perlakuan saya untuk melihat sejauh manakh pemahaman murid. 3ntuk memulakannya, saya telah menyediakan beberapa alat tulis yang berwarna seperti buku berwarna hijau, pen berwarna biru,

Anda mungkin juga menyukai