Anda di halaman 1dari 7

Iqbal Faizal Andy Haffizal

Tiap-tiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah ini adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru darjah itu sendiri, kerana guru itulah yang mempunyai pengetahuan penuh mengenai keperluan ujian yang direkabentuk olehnya itu. Tujuannya adalah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang diikuti oleh pelajar dan pengetahuan pelajar yang ingin diuji.

Adalah tidak wajar sekiranya kita menggunakan ujian umum seperti UPSR bagi memenuhi keperluan sesuatu keadaan yang khusus dalam bilik darjah. Oleh sebab itu, guru digalakkan membentuk ujiannya bagi memenuhi keperluannya sendiri.

Ujian kemajuan ini bertujuan mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar dapat menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu. Ujian itu berasaskan kepada rancangan pelajaran yang diikuti oleh pelajar.

Oleh sebab itu, ujian itu bukan sahaja penting bagi menilai kemajuan pelajar dalam pelajarannya, tetapi juga tugas-tugas guru itu sendiri dalam mengajar murid-muridnya. Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat mengerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebih positif. Dengan demikian, ujian ini adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspekaspek tertentu yang dipelajari.

Biasanya satu ujian kemajuan harus menghasilkan markah pencapaian yang tinggi dan ini akan mendorong pelajar berusaha lebih kuat lagi.

Anda mungkin juga menyukai